DAH LAMA TEGUR, DAH LAMA SENTUH TENTANG PERKARA INI TAPI PEHAK YANG BERTANGGUNGJAWAB TENTANG MARUAH ISLAM MENJADI BISU, PONDAN SIAM,
KITA TERPAKSA SEBUT INI SEBAB DAH LAMA KITA SUARAKAN HAL PENGHINAAN BUKAN ISLAM TERHADAP ISLAM TAPI APA PENYELESAIANNYA ?
RAJA-RAJA SUNYI SEPI KECUALI SULTAN PERAK DAN MUNGKIN SELANGOR, JABATAN AGAMA ISLAM JADI BISU.
YANG BERANI BERI AMARAN HANYA HADI AWANG, YANG LAIN ? KEMANA HILANG GHAIBNYA SUARA MEREKA ?
MELAYU ISLAM MEMANG LEMAH DAN BANGANG, DIKALANGAN MEREKA SUDAH SAMA NADA DENGAN ORANG KAFIR, ADA MENTERI AGAMAPUN TIDAK MENGUBAH APA-APA.
-Pak Karamu-
Mengapa banyak hal ehwal Islam dipertikai ?
Raziatul Hanum A. Rajak
17 November 2018
AddThis Sharing Buttons
(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mempersoalkan
tindakan pihak yang mempertikaikan hal ehwal agama Islam sejak
kebelakangan ini.
Melalui catatan di Twitternya, Musa berkata hal ehwal dan cara hidup Islam kian sering dipertikaikan.
"Mengapa kebelakangan ini bukan Islam banyak mempertikaikan perkara
yang bersangkutan dengan hal ehwal Islam dan cara hidup orang Islam?
"Adakah peraturan mereka sejagat yang mana tidak perlu hormati cara hidup orang lain?," tanyanya.
Malah beliau turut bertanya sama ada orang Islam begitu lemah hingga terpaksa berkompromi.
Persoalan ini ditimbulkan dipercayai susulan isu khatan wanita yang
menjadi perdebatan sejak kebelakangan ini hingga ada yang mendesak agar
amalan itu dilabel sebagai jenayah.
Ciapan tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata turut berkongsi pandangan masing-masing.
Dr. Adam Izkandar menulis, "sebenarnya ada musuh dalam selimut yang digelar munafik. Melayu Islam sendiri punca segalanya."
Zanjaf pula berkata, "umat Islam Melayu lemah kerana berpecah belah.
Musuh-musuh Islam mempertikaikan cara hidup orang-orang Melayu Islam
sampai ke celah kelengkang pun mereka kata ada unsur jenayah. Mana
maruah bangsa dan agamaku?."
Adi Arfandi berkata, "sejak naik kepala umat Islam berdiam diri, ada pemimpin pun macam kena tarik hidung."
PENDEDAHAN PIEM BUKAN BERSIFAT PROVOKASI, TETAPI SUATU KENYATAAN YANG BENAR DITAMBAH LAPORAN DARI MENTERI DALAM NEGERI
SEPEKARA YANG MALANG, MENGAPA UPAH ORANG MELAYU KAWAL KUIL ? ADA APA-APA MUSLIHAT ATAU PENGHINAAN ?
-Pak Karamu-
Rusuhan kuil: Tun M percaya serangan ada niat bunuh
Muhammad Afham Ramli
28 November 2018
AddThis Sharing Buttons
Dr Mahathir hadir ke IJN melawat Muhammad Adib
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
menyifatkan individu yang memukul anggota bomba, Muhammad Adib Mohd
Kassim, 24, hingga parah mempunyai niat untuk membunuh.
Menurutnya, individu yang melakukan perbuatan itu bukan hadir untuk
demonstrasi aman tetapi mempunyai niat membunuh kerana membawa senjata
tajam sewaktu kejadian.
"Nampak jelas orang yang buat ini dengan niat hendak membunuh, tiada perasaan langsung.
"Berlaku kecederaan serius pada mangsa dan mungkin boleh menyebabkan
kematian padanya. Kita tetap akan buka siasatan sekiranya itu berlaku,"
katanya pemberita selepas melawat Muhammad Adib di Institut Jantung
Negara (IJN), tadi.
Beliau berkata, pihaknya akan sedaya upaya mencari sebanyak mana bukti
yang ada bagi memburu dalang yang terbabit dalan insiden rusuhan itu.
Katanya, sebarang bentuk demonstrasi yang diadakan di negara ini
haruslah diadakan dalam suasana aman, bukannya datang seperti hendak
membunuh dengan membawa parang dan sebagainya.
Mengulas tentang pendedahan dibuat Menteri Dalam Negeri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin yang mengatakan bahawa dalang disebalik rusuhan di Kuil
Sri Maha Mariamman di USJ 25 pada 26 November lalu adalah didakwa
dilakukan oleh pihak peguam pemaju, One City Development Sdn Bhd, Dr
Mahathir berkata perbuatan itu dilakukan tanpa berfikir.
"Ia satu perbuatan yang salah untuk mengupah orang Melayu menjaga kawasan kuil.
"Mereka ini orang asing, tidak faham budaya kita, tidak boleh buat macam tu.
“Jika kita dapat kesan siapa yang bertanggungjawab saya fikir Peguam Negara dan peguam perlu membina kes terhadapnya,” katanya.
Terdahulu, Muhyiddin, pada sidang media khas di Putrajaya menjelaskan
siasatan polis mendapati peguam kepada pemaju One City memberi upah
RM150,000 kepada 50 lelaki untuk menceroboh, mengambil alih dan mengawal
kuil berkenaan.
Muhyiddin dilaporkan berkata, dua peguam terbabit adalah antara 21
orang yang sudah ditahan polis bagi membantu siasatan insiden rusuhan
itu.
Mengenai keadaan mangsa, Dr Mahathir berkata, jantung, paru-paru dan
buah pinggang Muhammad Adib telah berfungsi dengan baik dan berharap
anggota bomba tersebut pulih dalam masa terdekat.
Berhubung permintaan pihak pengurusan kuil meminta campur tangannya, Dr
Mahathir berkata beliau akan membuat kenyataan behubung perkara itu di
Parlimen esok.
IPOH - Pemuda Pas Perak menyokong keputusan tegas Menteri Besar Perak,
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu terhadap individu yang bertindak biadab
terhadap institusi diraja Perak.
Ketuanya, Mohd Akmal Kamaruddin berkata, pihaknya menyokong penuh
tindakan melucut keanggotaan taikun perniagaan, Koon Yew Yin di dalam
Majlis Penasihat Ekonomi Negeri Perak.
Beliau berkata, dakwaan rasuah berhubung amalan tersebut dalam
pengurniaan darjah kebesaran oleh Almarhum Sultan Azlan Shah dan tuduhan
berat wujud campur tangan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah dalam Majlis
Penasihat Ekonomi Negeri oleh Yew Yin sangat serius kerana boleh
mencemarkan institusi diraja Perak.
"Tindakan Koon Yew Yin dilihat sengaja membangkitkan rasa kebencian
kepada rakyat terhadap sultan malahan seolah-olah mencabar kontrak
sosial yang telah dimenterai dalam perlembagaan Malaysia yang selama ini
dipegang oleh semua lapisan masyarakat berbilang kaum khususnya di
Perak.
"Pemuda Pas Perak menggesa supaya Koon Yew Yin segera tampil menyembah
permohonan ampun kepada Sultan Perak dan keluarga Diraja Perak.
"Dalam masa yang sama, beliau perlu membuat permohonan maaf secara umum
di media dalam tempoh 24 jam di atas kata-katanya yang melampau dan
menyinggung banyak pihak, selain berisiko mengundang tindakbalas
negatif," katanya dalam kenyataan kepada Sinar Harian. [ARTIKEL BERKAITAN: Itu keputusan saya: MB Perak]
Dalam pada itu, Mohd Akmal berkata, pihaknya menyarankan semua pihak
untuk sama-sama membuat laporan polis sekiranya tokoh itu enggan memohon
ampun dan meminta maaf dalam tempoh yang ditetapkan.
Beliau berkata, Pemuda Pas Perak komited dalam memperjuangkan isu yang berkaitan Islam, Raja dan Melayu.
"Justeru itu juga diingatkan kepada semua pihak sama ada individu,
parti politik mahupun badan NGO agar menjaga keluhuran perlembagaan dan
kedaulatan sultan.
"Pada masa sama memastikan kontrak sosial yang terbina dapat dijaga dan
disemat utuh dalam jiwa rakyat supaya negara kekal dalam
kesejahteraan," katanya.
SETUJU SANGATLAH JIKA PANDANGAN PIEM, JIKA ADA DALANG BURULAH SAMPAI LUBANG CACING.
BERSTUJULAH PANDANGAN PIEM, BAHAWA PERISTIWA DI KUIL BUKAN ISU PERKAUMAN TAPI ISU KEBETULAN DALANG AMBIL KESEMPATAN MELAKUKAN HAJAT YANG TERSIRAT ?, MUNGKIN UNTUK MELAGA-LAGAKAN ?
HARAP JANGAN SAMPAI MENCETUSKAN PERTEMBUNGAN KAUM DI NEGARA INI, AL- MAKLUM NEGARA MASYARAKAT MAJMUK, TENTULAH ADA DALANG DAN PENJENAYAH YANG ADA NIAT ?
PERISTIWA KUIL SECARA KEBETULAN BERLAKU ATAU DIRANCANG ? SEMUA ITU SERAHKAN KEPADA BADAN PENYIASATAN, HARAP NEGARA AMAN DAN SEJAHTERA.
-Pak Karamu-
Penjenayah, dalang tidak akan terlepas
Raziatul Hanum A. Rajak
27 November 2018
AddThis Sharing Buttons
Tun Dr Mahathir Mohamad. - Foto Bernama
(Ubah saiz teks)
PUTRAJAYA - Kerajaan memberi amaran pelaku dan dalang kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman tidak akan terlepas.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akui kesal dengan kejadian itu
sehingga menyebabkan ada anggota keselamatan dan penyelamat yang
cedera.
“Penjenayah-penjenayah yang terlibat cuba melakukan rusuhan serta
mencederakan anggota keselamatan dan penyelamat termasuk kerosakan harta
benda awam akan dikenakan tindakan tegas mengikut undang-undang yang
sedia ada.
“Jika ada dalang di sebalik kejadian ini, mereka juga tidak akan terlepas daripada
menerima hukuman yang sewajarnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Dalam pada itu, beliau sempat menegaskan kejadian rusuhan di kuil bukan tercetus kerana isu perkauman.
“Amat jelas daripada siasatan awal bahawa kejadian pertama yang berlaku
mempunyai unsur jenayah. Begitu juga kejadian susulan yang melibatkan
kerosakan harta benda serta
kecederaan kepada anggota.
“Tidak timbul sama sekali isu perkauman mahupun isu berkaitan agama walaupun ianya
berkaitan perpindahan kuil,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai agar tidak mendengar
khabar angin serta menyebarkan mesej yang tidak bertanggungjawab
menerusi mana-mana media.
JIKA TIDAK SIAPA YANG MENGAKU, MAKA KERAJAAN SELANGOR &PEMAJULAH YANG BERTANGGUNGJAWAB
-Pak Karamu-
Rusuhan kuil: Kerajaan Selangor harus bertanggungjawab
Nina Farzuin Md Sharom
26 November 2018
AddThis Sharing Buttons
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meminta
supaya kerajaan Selangor bertanggungjawab dalam urusan penjualan tapak
Kuil Sri Mariamman, USJ 25, Putra Heights kepada pemaju One City
Development Sdn Bhd (One City).
Dalam satu kenyataan yang dimuat naik menerusi Twitter miliknya, beliau
juga berkata, rusuhan yang berlaku di tapak kuil itu tiada kaitan
perkauman tetapi pertembungan antara pihak pemaju dan kuil.
“Kerajaan negeri harus ambil tanggungjawab benarkan tapak kuil Hindu dijual kepada pemaju.
“Siasat juga pemaju yang mengupah samseng. Jangan bakar api perkauman,” katanya menerusi akaun Twitter miliknya, hari ini.
Sementara itu, One City pada hari ini turut menafikan dakwaan bahawa
pihak mereka dalang di sebalik rusuhan yang berlaku di tapak Kuil Sri
Maha Mariamman, USJ 25, Putra Heights, di sini, awal pagi tadi.
Menerusi satu kenyataan, pemaju itu menyatakan bahawa tuduhan itu tidak berasas, serta berniat jahat ke atas mereka.
"Pihak kami mengutuk tindakan merusuh berkenaan, ingin kami jelaskan
bahawa pihak kami tidak terlibat sama sekali," jelas kenyataan tersebut.
ORANG MELAYU DI DALAM PAKATAN HARAPAN MACAM LEMBU DICUCUK HIDUNG ?
-Pak Karamu-
Tak iktiraf ICERD: Melayu harus waspada
Nurulatiq Ahmad Bandi
25 November 2018
AddThis Sharing Buttons
Tun Abdul Hamid
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR - Orang Melayu diingatkan agar terus waspada walaupun
kerajaan mengambil keputusan tidak menandatangani Konvensyen
Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum
(ICERD).
Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad berkata, orang Melayu
kena terus berwaspada kerana kerajaan tidak boleh memberi jaminan ICERD
tidak akan ditandatangani atau diratifikasikan di masa hadapan.
Menurutnya, Perdana Menteri mungkin bertukar, malah kita sudah pun ada
perdana menteri menunggu dan kita tidak tahu apa pendiriannya.
“Jika perdana menteri tidak bertukar pun, mungkin tekanan terhadapnya
di dalam kerajaannya sendiri, terlalu kuat hingga beliau terpaksa
membuat u-turn.
“Sejak 9 Mei 2018, kita telah melihat (Kerajaan PH) beberapa kali
u-turn dibuat. Sebab itu kita perlu terus berwaspada dan bangun
menentang semula, jika perlu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Kongres Tolak ICERD di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.
Abdul Hamid berkata, sebelum ini, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir
Mohamad hanya mengatakan ICERD tidak mungkin boleh diratifikasi, sebab
PH tidak mempunyai majoriti dua pertiga di Parlimen.
“Ada kemungkinan ICERD akan diratifikasi setelah PH mempunyai majoriti yang cukup di Parlimen.
“Dan ketika ini kerajaan PH tidak meratifikasi ICERD kerana ia hendak mempertahankan Perlembagaan.
“Ertinya, Kerajaan PH mengakui bahawa jika ICERD diratifikasi, maka peruntukan Perlembagaan akan terjejas,” katanya.
Dalam pada itu, Abdul Hamid mahu Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng
(Menteri Kewangan) mendedahkan apa yang dibincangkan dalam pertemuan 90
minit dengan pengarang akhbar berbahasa Cina pada Jumaat berhubung isu
ICERD seperti yang dilaporkan media selepas Kerajaan mengeluarkan
kenyataan tidak akan meratifikasi ICERD.
“Mengapa beliau hanya memanggil pengarang-pengarang akhbar Cina, jika
beliau hendak membuat kenyataan akhbar. Adakah ada sesuatu yang
tersembunyi yang beliau tidak mahu orang Melayu tahu?
“Mengapa selepas kenyataan itu dikeluarkan pun, orang-orang yang
menentang ICERD masih dikatakan ‘memainkan sentimen masyarakat Melayu’
dengan menggunakan isu ICERD?,”
katanya.
Abdul Hamid turut mempertikaikan tindakan sesetengah pihak menyifatkan orang Melayu yang menentang ICERD sebagai rasis.
“Yang peliknya, orang Melayu yang mempertahankan hak mereka seperti
yang dipersetujui dan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dikatakan
rasis. Tetapi, orang bukan Melayu yang hendak mengambil hak orang
Melayu tidak rasis.
“Saya seru semua rakyat Malaysia, termasuk Guan Eng dan (Menteri di
Jabatan Perdana Menteri) P Waytha Moorthy, marilah terima kenyataan
kerajaan PH yang mereka sendiri menjadi anggota Kabinetnya dan jangan
lagi menuduh penentang ICERD sebagai rasis dan pelampau, jika mereka
mahu cuba mewujudkan perpaduan,” katanya.
Abdul Hamid menambah, kita mungkin telah memenangi satu pertempuran, tetapi perang belum lagi tamat.
“Saya percaya, kumpulan yang tidak senang adanya hak keistimewaan orang
Melayu dan anak-anak negeri Sabah dan Sarawak, tidak akan berdiam
diri.”
“Perjuangan kita masih belum selesai,” katanya lagi.
HANGPA JANGAN LA DOK SERANG ANUAR LAGU TU ! DOSA TAU, DIA BARU SAHAJA NAK KERJA KERAS UNTUK RAKYAT.
DAH AGAK LAMA JUGA DIA MERENGKOK DALAM PENJARA SEBAB MENJALANI HUKUMAN MELIWAT.
BAGI LA DIA CAN JADI ORANG BAIK, DIA NAK KERJA KUAT TUUUU ! MAKLUM LA NAK JADI PIEM LA KATAKAN !
ANUAR MANUSIA YANG MUDAH LUPA:
Orang tua-tua kata macam tolong anjing tersepit !
‘Pak lebai berserban inilah yang dulu bela Datuk Seri’
Mokhtar Senik- Foto harakahdaily.com
KUALA LUMPUR - Kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang
memetik golongan serban makin besar dan janggut makin panjang antara
yang harus dipersalahkan kerana membiarkan skandal 1MDB berlaku mendapat
respons daripada Pas.
Biarpun hanya menamakan Syeikul Abim Datuk Seri yang dipercayai merujuk
kepada Ahli Parlimen Port Dickson itu, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas,
Mokhtar Senik berkata, pak lebai berserban yang dipercayai merujuk
kepada Pas itulah rakan baik ketika Anwar dalam kesusahan sebelum ini.
Mokhtar yang kecewa dengan apa yang diungkapkan Anwar dalam syarahan
program tahunan 'Syarahan Za'ba Pengajian Melayu' di Universiti Malaya
itu berkata, Anwar perlu ingat bahawa ‘hinaan kedua yang lebih dahsyat’
boleh berlaku andai mengkhianati rakan-rakan yang pernah membantunya
dalam kesusahan.
“Tak mengapa Syeikhul Abim. SunnatuLlah tidak berubah. Ia adalah Sunnah
yang berulang. Siapa sahaja yang khianat terhadap teman dan
sahabat-sahabat yang pernah melepaskan ia dari kepayahan pasti akan
kembali diinjak hina.
-Pak Karamu-
Pas sedia soalan untuk Anwar
Raziatul Hanum A.Rajak
24 November 2018
AddThis Sharing Buttons
Nasrudin Hassan - Foto Sharifudin Abdul Rahim
(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Pas hari ini tampil membalas kenyataan Presiden PKR, Datuk
Seri Anwar Ibrahim dengan mengajukan beberapa soalan terkumpul.
Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan berkata Anwar mengalami rabun
dekat atau tuli badak sekiranya tidak mengetahui peranan pimpinan Pas
dalam isu 1MDB.
“YB Anwar telah menempelak golongan berserban, agamawan dan akademik
kononnya golongan ini membisu ketika skandal kewangan 1MDB berlaku.
“Saya kira Anwar telah alami rabun dekat atau tuli badak bila gagal
mengambil maklum peranan alim ulamak khasnya pimpinan Pas dalam isu
1MDB.
“Apakah beliau mahu pimpinan Pas yang berserban dan berijazah itu
menjerit dan melaung-laung bagai ahli Parlimen mereka dalam Dewan Rakyat
baru dinilai berperanan dalam menangani isu 1MDB?,” katanya dalam satu
kenyataan, hari ini.
Semalam, Anwar ketika menyampaikan syarahan di Universiti Malaya
menyifatkan selain ahli politik, golongan cendekiawan termasuk penjawat
awam juga dipersalahkan susulan skandal 1MDB kerana sekadar membisu.
"Bukan saja pemimpin politik. Sarjana, penjawat awam, bukan sekadar
membisu, tapi yang sanggup bersekongkol untuk mempertahankan kedurjanaan
yang menimpa bangsa, rakyat dan negara.
"Berlakunya kebobrokan, kemusnahan sistem, rompakan begitu besar bukan
semata-mata kerana nafsu serakah beberapa pemimpin politik, tetapi
kerana golongan sarjana yang membisu, yang sanggup jadi perkakasan
murahan atas nama kaum atau agama.
"Serban makin besar, janggut makin panjang, degree mungkin berjela tapi
tak ada hati nurani dan etika,” kata Anwar lapor Malaysiakini.
Sehubungan itu, Nasrudin berkata beliau ada memikirkan beberapa soalan
kepada Anwar melibatkan beberapa isu termasuk hasratnya mahu menjadi
Perdana Menteri.
“Di mana suara lantang beliau ketika skandal kewangan yang terburuk
dalam sejarah berlaku di Malaysia sekitar tahun 1980-an hingga 1990-an?
Adakah beliau juga telah menjadi alat perkakas murahan kerana gejolak
nafsu untuk menjadi Perdana Menteri?
“Apa yang telah beliau lakukan ketika pelbagai skandal kewangan
terbongkar sejak 1981? Di mana Anwar ketika negara mengalami kerugian
berjumlah RM1.6 bilion akibat skandal syarikat Maminco (1981)?
“Di mana Anwar ketika negara diheret kerugian sebanyak RM2.5 bilion
dalam kes Bumiputera Malaysia Finance (1983)? Di mana Anwar ketika
negara rugi sehingga RM10 bilion akibat skandal syarikat Perwaja Steel
1988?
“Di mana Anwar ketika negara menanggung kerugian RM10 bilion dalam isu
forex? Tidakkah ketika semua skandal kewangan negara berlaku, Anwar
Ibrahim adalah sebahagian anggota kabinet kerajaan?,” katanya.
Katanya, Anwar hanya dilihat gigih melawan regim Tun Dr Mahathir Mohamad setelah dipecat daripada kerajaan dan parti.
Dalam pada itu, beliau menegaskan Anwar tidak perlu tunjuk hero dengan menghentam orang lain dalam isu 1MDB.
“Sebelum memenangi PRU Ke-14, PH untuk menubuhkan satu suruhanjaya
untuk menyiasat Tun Mahathir. Di mana pula suruhanjaya siasatan
sekarang?
“Anwar tidak perlu tunjuk hero dan menghentam orang lain dalam isu 1MDB
kerana beliau 10 kali lebih teruk daripada itu,” katanya.
KERAJAAN BAGI JAMINAN SECARA MEMBAWA USUL KE PARLIMEN DAN REKODKAN DALAM HANSARD RASMI.
JANGAN CAKAP SAHAJA, SEBAB DAH RAMAI FAHAM PERANGAI PUTAR DAN BELIT.
JIKA SAMA-SAMA IKHLAS, TAK SUSAH LAKSANAKAN PERMOHONAN PEMBANGKANG.
DALAM HIDUP NI MACAM-MACAM PUTAR DAN BELIT BERLAKU. DAH FAHAM SANGAT DAH !
MACAM MANIFESTO LA !
-Pak Karamu-
Umno curiga tindakan PH tolak ICERD
Janatul Firdaus Yaacob
23 November 2018
AddThis Sharing Buttons
Ahmad Zahid Hamidi. - Foto Bernama
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR - Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meragui
keikhlasan kerajaan PH menolak Konvensyen Antarabangsa Mengenai
Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD).
Katanya, pembangkang berterima kasih dengan keputusan itu dan percaya
ia ada kaitan dengan Perhimpunan Kebangkitan Ummah dalam menentang ICERD
di seluruh negara sejak kebelakangan ini.
Beliau bagaimanapun percaya ada hubungan dengan langkah politik Kerajaan PH menjelang PRK Dun Rantau tidak lama lagi.
"Pembangkang berterima kasih dengan keputusan itu dan percaya ia ada
kaitan dengan Perhimpunan Kebangkitan Ummah dalam menentang ICERD di
seluruh negara sejak kebelakangan ini.
"Ia juga dipercayai ada hubungan dengan langkah politik Kerajaan PH
menjelang PRK Dun Rantau tidak lama lagi," katanya dalam satu
kenyataan.
Hal demikian, Ahmad Zahid berkata, kenyataan media Jabatan Perdana
Menteri mengenai keputusan kerajaan tidak akan meratifikasi ICERD tidak
mengikut formaliti pentadbiran.
"Ia hanya boleh disahkan melalui tanda tangan Perdana Menteri sendiri,
yang kemudiannya membawa usul itu ke Parlimen agar direkodkan dalam
hansard rasmi.
"Pendekatan ini tidak boleh diterima dan tidak menjamin ianya akan
berubah bila-bila masa sahaja, apatah lagi ia dibuat dalam keadaan
tergesa-gesa," kritiknya.
Sementara itu, beliau yang juga Ketua Pembangkang berkata, pembangkang
menggesa kerajaan mengikut prosedur tetap bagi mengumumkan keputusan
berkaitan dasar luar negara ini.
"Selagi ia belum dimasukkan ke dalam hansard Parlimen, kami sukar untuk
mempercayai keikhlasan kerajaan dalam membuat keputusannya," tegasnya.
SEMUA ORANG TAHU DAP BAIK ? DAN SEMUA ORANG TAHU DAP JAHAT ?
SEMUA ORANG MAHU SIASAT PUNCA BOLEH JADI HURUHARA ?
BILA SUDAH HAMPIR HURUHARA MAKA SEMUA ORANG PANDAI TEPIS,
SEMUA ORANG PALING MELUAT JIKA ORANG YANG TIDAK BERKAITAN TETIBA BUAT KENYATAAN MEMBODEK,
SEMUA ORANG TAHU ISU AGAMA ISLAM SIAPA YANG BERCITA-CITA HENDAK HAPUSKAN ?
SEMUA ORANG TAHU, BILA ADA ISU AGAMA ISLAM MAKA BUKAN ISLAM TOMPANG GATAI MULUT JAMPUK, NAK NAFIKAN ? SEMUA ORANG TAHU !
SIASAT SEMUA !!!
WAKTU YANG SAMA:
KIT SIANG PERLU DISIASAT
DAP jangan campur urusan umat Islam!
Mohd Azlim Zainury
Abdul Hadi Awang
(Ubah saiz teks)
MARANG - DAP diminta tidak mencampuri urusan umat Islam yang menolak
meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk
Diskriminasi Kaum (ICERD).
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Penasihatnya, Lim
Kit Siang juga tidak berhak mempersoalkan sama ada orang Islam yang
menentang ratifikasi ICERD adalah muslim sejati atau sebaliknya.
"Dia tidak berhak bercakap tentang umat Islam dan tidak perlu mengajar
orang Islam yang lebih mengerti (mengenai Islam) dari dia," tegas Ahli
Parlimen Marang itu ketika ditemui wartawan di Rusila, hari ini.
Terdahulu, Kit Siang mendakwa banyak negara yang mempunyai penduduk
majoriti beragama Islam yang telah meratifikasikan dan melaksanakan
ICERD.
Memetik kenyataan Kit Siang di laman rasmi DAP, Roketkini, Kit Siang
menujukan persoalan kepada Abdul Hadi sama ada orang Islam yang
menentang ratifikasi ICERD adalah muslim sejati.
Dalam kenyataan itu juga, Kit Siang menyenaraikan 36 buah negara
majoriti penduduk Islam yang telah meratifikasikan ICERD termasuk Yemen,
Tunisia, Arab Saudi dan Turki.
Bagaimanapun, Kit Siang tidak mengulas realiti kesemua negara tersebut
tidak mempunyai keunikan dalam konteks kemajmukan dan kepelbagaian kaum
serta bangsa.
Mengulas lanjut, Abdul Hadi meminta pemimpin Islam yang berada dalam PH
yang lebih mengerti mengenai perkara yang melibatkan umat Islam agar
'mengajar' penasihat DAP itu.
-Pak Karamu-
'Semua orang tahu bukan DAP bangkitkan ICERD'
Muhammad Shamsul Abd Ghani
22 November 2018
AddThis Sharing Buttons
Lim Guan Eng. - Foto Bernama
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR - DAP menafikan bahawa parti itu yang menggerakkan agenda
agar Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk
Diskriminasi Kaum (ICERD) diratifikasi oleh kerajaan.
Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, pemula agenda ICERD itu, bukan daripada DAP.
"Saya rasa semua orang pun tahu bahawa isu itu tidak dibangkitkan oleh pihak kami daripada DAP.
"Siapa yang bangkitkan itu bukan kamilah DAP, itu sentimen perkauman
yang cuba dibakar, kita tidak timbulkan langsung perkara ini mereka cuba
kaitkan atas tujuan politik mereka," katanya kepada pemberita di lobi
Parlimen hari ini.
Semalam, Pengerusi Gabungan NGO Gagasan Kuasa Tiga (G3), Raggie Jessy
mendakwa isu ICERD merupakan agenda tersembunyi DAP yang dibawa oleh Lim
Guan Eng dan Lim Kit Siang bagi menghapuskan hak istimewa orang
Melayu-Islam di negara ini.
Mengulas lanjut beliau berkata tuduhan NGO G3 ini 'sungguh bahaya'.
"Apabila kita mengalami krisis kewangan dan fiskal, pihak
bertanggungjawab dalam rasuah dan tidak dapat urus ekonomi dengan baik,
mereka akan cuba alih perhatian kepada isu-isu perkauman dan kebencian
ke atas rakyat malaysia.
"Saya harap rakyat Malaysia dapat lihat dan menilainya dan membezakan antara benar dan batil," katanya.
Isu ICERD ini kian membara di negara ini, perkembangan terbaharu
menyaksikan Pas-Umno akan bersatu hati untuk mengadakan himpunan raksasa
pada 8 Disember ini.
Pada 23 Oktober 2018, Senator P. Waytha Moorthy berucap dalam perasmian
penutup Persidangan Kebangsaan Non-Diskriminasi ke-8: "Malaysia Lebih
Dekat untuk Meratifikasi ICERD" anjuran Pusat Komunikasi Masyarakat
(KOMAS).
Beliau menyatakan bahawa “Kerajaan Malaysia komited untuk meratifikasi
enam perjanjian antarabangsa termasuk Konvensyen Antarabangsa Mengenai
Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) pada suku pertama
tahun hadapan”.
Sebelum daripada itu, Ahli Parlimen DAP Batu Kawan, Kasthuriraani a/p
Patto ketika berucap di Parlimen pada 15 Oktober 2018 turut menggesa
Kerajaan PH agar mematuhi janji ke-26 dalam Manifesto Pakatan Harapan
iaitu meratifikasi kesemua konvensyen antarabangsa termasuk ICERD ini.
Antara kenyataan pertama Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah
setelah dilantik sebagai menteri ialah pada 02 Julai 2018 , beliau
menyatakan hasrat Kerajaan PH mahu meratifikasikan kesemua baki 6
konvensyen antarabangsa yang masih belum ditandatangani.
Jadi, tuduhan Anwar dan pemimpin PH kononnya PAS dan Umno memanipulasi
isu ini bagi kepentingan politik adalah tidak benar kerana yang mula
menuntut dan berjanji ICERD ini diratifikasikan ialah pemimpin PH
sendiri.
Usahlah hanya pandai membaling batu tetapi sembunyi tangan pula dalam ketakutan. PH juga kelihatan tidak seiring sekata dalam icu ICERD ini.
PPBM antara yang paling awal menolak ICERD.
PKR kata ICERD ini bagus tapi perlu tangguh dulu.
PAN pula tengah pening lalat, presiden senyap sepi, timbalan presiden
menolak, Mujahid dan Khalid Samad pula perlekeh orang yang menentang
ICERD.
DAP antara pendokong tegar ICERD ini, lihat sahaja kenyataan rasmi di
portal Roketkini yang bertajuk "DAP harus sokong ICERD" sepertimana yang
terkandung dalam Deklarasi Setapak 1967 bahawa warganegara Malaysia
tidak harus diasingkan dengan label “bumiputera” dan “bukan bumiputera”.
Di Parlimen pada hari ini, suasana Dewan menjadi kecoh apabila tiba
giliran Senator P. Waytha Moorthy menyampaikan ucapan penggulungan
belanjawan 2019 bagi portfolionya iaitu perpaduan.
Dia ditekan hebat oleh barisan Ahli Parlimen Pembangkang yang meminta dia bercakap benar berkenaan hasrat meratifikasi ICERD.
P. Waytha Moorthy mengubah pula kenyataan yang dahulunya dia berkata
Kerajaan akan meratifikasi ICERD pada suku pertama tahun hadapan kepada
sesi konsultasi akan bermula pada tempoh tersebut.
Dia juga didesak memperjelas berkenaan kononnya Artikel 153 Perlembagaan
tidak terjejas apabila ICERD diratifikasi sedangkan Artikel 1. 4
Konvensyen ICERD secara jelas menyatakan pengecualian (reservation)
perlu ada had tempoh masa bukannya boleh kekal untuk selamanya.
"4. Special measures taken for the sole purpose of securing adequate
advancement of certain racial or ethnic groups or individuals requiring
such protection as may be necessary in order to ensure such groups or
individuals equal enjoyment or exercise of human rights and fundamental
freedoms shall not
be deemed racial discrimination, provided, however, that such measures
do not, as a consequence, lead to the maintenance of separate rights for
different racial groups and that they shall not be continued after the
objectives for which they were taken have been achieved."
Apa jaminan Kerajaan PH tidak akan mengusik Artikel 153 Perlembagaan
Persekutuan suatu hari nanti kerana pihak antarabangsa pasti mendesak
ianya dihapuskan seiring dengan matlamat utama ICERD ini diwujudkan
iaitu menyamaratakan hak kesemua kaum tanpa ada diskriminasi?
Kelihatannya P. Waytha Moorthy gagal menjawab persoalan asas ini
sehingga dia sendiri tidak dapat meneruskan sesi penggulungan akibat
asakan kuat daripada sekalian Ahli Parlimen Pembangkang.
Yang anehnya, tidak ada seorang pun Ahli Parlimen Kerajaan PH yang
berani bangun membela P. Waytha Moorthy yang terkapai-kapai keseorangan
menghadapi serangan demi serangan Pembangkang.
Benar apa yang dikata Ahli Parlimen Kubang Kerian, YB Ustaz Dato' Tuan
Ibrahim bahawa Menteri Perpaduan ini sudah hilang kelayakan untuk
menjawab di dalam Dewan. Tugas ini perlu digalas oleh Perdana Menteri
sendiri.
Tekanan demi tekanan perlu diteruskan terhadap Menteri PH ini agar dia
sedar dan insaf bahawa apa yang dia pernah sebut dalam rakaman video
yang sedang hangat tersebar itu adalah suatu fitnah jahat dan
pengkhianatan kepada negara Malaysia yang menganugerahkan
kewarganegaraan kepadanya.
Tidaklah mustahil P. Waytha Moorthy ini akan berundur sepertimana yang
dia pernah lakukan ketika bergelar timbalan menteri pada zaman BN
dahulu. Dia meletakkan jawatan pada 10 Februari 2014.
UMNO DAN BERSATU MASIH BERBAU SAMA, TOK PA PERLU JADI JAMBATAN UNTUK TENTUKAN SEMUA AHLI UMNO MENYERTAI PARTI TERSEBUT.
ANDAINYA UMNO DAN PAS BERCANTUM ? TU MEMANG AGAK MUSTAHIL SEBAB MCA AKAN LARI KEPADA DAP ATAU GERAKAN, DAN DARIPADA PAS LEBIH BAIK LA MCA, SEKURANGNYA BAU MASIH SAMA.
WALAU APAPUN UMNO PERLU BERFIKIR PANJANG SAMA ADA MAHU PADA PAS ATAU MAHU KEPADA MCA DAN GERAKAN.
JIKA DITIMBANG-TIMBANG ELOK LA UMNO BERSATU DENGAN BERSATU,SEKURANG-KURANGNYA BERSATU BERKUASA, MAKA KERANA MABUK KUASALAH RAMAI MENGUNDI PAKATAN HARAPAN PADA PRU LEPAS.
DALAM MASA YANG SAMA UMNO PERLU MEMULAKAN BERJINAK DENGAN DAP SEBAGAIMANA MAHADHIR LAKUKAN, TU BARU SATU BAU DAN BOLEH BUAT ICERD ?
-Pak Karamu-
Umno dan Pas tidak mungkin bergabung
Raziatul Hanum A.Rajak
20 November 2018
AddThis Sharing Buttons
Annuar Musa
(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Umno dan Pas tidak mungkin bergabung tegas Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa.
Menurutnya, kenyataan Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah disalah tafsir.
“Ada yang telah salah faham apabila Datuk Seri Zahid bercakap tentang
Umno bergabung dengan Pas. Kononnya itu pelawaan Umno untuk melakukan
‘merger’ dengan Pas.
“Itu tidak tepat. Ucapan nya bermaksud bergabung tenaga bukan ‘merger’ antara dua parti.
Umno dan Pas tak mungkin bergabung dalam erti kata ‘merger’,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.
Minggu lalu, Ahmad Zahid secara terbuka mempelawa Pas untuk bercantum
ketika berucap pada Himpunan Perpaduan Ummah di Dataran Kampung Gajah.
Kelmarin, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan
Umno-Pas hanya bercantum dalam konteks muafakat politik bagi
mempertahankan agenda Islam bukan bergabung dalam gerakan parti.
[ARTIKEL BERKAITAN: Cukuplah Umno, Pas bergaduh sebelum ini]
http://www.sinarharian.com.my/politik/cukuplah-umno-pas-bergaduh-sebelum-ini-1.905950
Dalam pada itu, Annuar berkata Umno-Pas lebih strategik kekal sebagai
entiti berasingan dengan dasar dan ideologi masing-masing.
“Namun kita tingkatkan kerjasama strategik antara kedua-dua parti dan menjamin ‘win win situation’ bagi kedua-dua parti.
“Buat masa ini lebih baik Umno belajar membina kekuatan dan daya tahan
sendiri. Terlalu banyak proses rekayasa yang perlu dilakukan baik dari
segi organisasi mahu pun watak dan kepimpinan,” katanya.
Mengulas lanjut, Annuar berkata gabungan antara Umno dan Bersatu bakal memberi hasil yang berkualiti.
“Sekiranya ‘merger’ yang dicari, Umno seharusnya memikirkan ‘merger’
dengan Bersatu. Itu pun sekiranya ia menjamin kekuatan agenda perjuangan
kaum Bumiputera dan orang Melayu negara ini.
“Umno masih merupakan wadah politik orang Melayu yang terbesar. Ia akan
terus utuh kerana akar tunjangnya kuat. Ranting dan dahan mungkin
serkah dan patah namun pokoknya tetap kuat dan tidak mudah rebah.
“Cuma jika berlaku percantuman Umno-Bersatu satu hari nanti, sudah pasti ia benih tut yang lebih berkualiti,” katanya.
KUALA LUMPUR - Kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
Mohamed Hanipa Maidin yang mempertahankan Peguam Negara, Tommy Thomas
mengundang pertikaian.
Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, Mohamed
Hanipa sanggup mengetepikan isu moral apabila mempertahankan Tommy yang
didakwa menggunakan kuasa.
“Masa jadi pembangkang, kata Peguam Negara tak ada moral guna kuasa. Bila dah jadi menteri, pertahan Peguam Negara guna kuasa.
“Hal moral ni tak main la.. kata menteri. Pening main dengan Menteri PH ni..,” katanya di laman Facebook hari ini.
Kenyataan Nik Mohamad Abduh itu merujuk kepada jawapan Mohamed Hanipa
di Dewan Rakyat berhubung isu banglo melibatkan Menteri Kewangan, Lim
Guan Eng.
Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu turut menyertakan pautan video
pertelingkahan ahli-ahli Parlimen Pas dan Mohamed Hanipa berhubung isu
berkenaan.
Ia bermula apabila Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Ahmad Marzuki Shaary
ingin tahu apa halangan Peguam Negara tidak meneruskan kes banglo Guan
Eng kerana ia dilihat salah dari segi moral.
Mohamed Hanipa kemudian menjelaskan Tommy tidak terlibat dalam kes
tersebut menunjukkan Peguam Negara tiada konflik kepentingan.
Bagaimanapun, jawapan tersebut tidak memuaskan hati ahli-ahli Parlimen Pas dan mencetuskan perbalahan dengan Mohamed Hanipa.
ATE ??? KO RANG JANGAN GADOH LAGI, KITA SEKARANG MULAKAN SERANG P.HARAPAN HABIS-HABISAN. JAGA-JAGA DIA ORANG PANDAI BERLAKON, JANGAN TERPERANGKAP PULAK !!!
ADA DIANTARA MELAYU DALAM P.H KATA DIA ORANG JUGA ANTI ICERD.
SEBENARNYA DIA ORANG SATU NADA DENGAN DAP, PAHAM-FAHAMLAH SIKAP MELAYU P.HALAPAN.
Pak Karamu
'Cukuplah Umno, Pas bergaduh sebelum ini'
Saifullah Ahmad & Mohamad Hafizi Mohd Said
18 November 2018
Pas, Umno boleh bersama pertahan Islam: Hadi
Saifullah Ahmad & Mohamad Hafizi Mohd Said
18 November 2018
AddThis Sharing Buttons
Abdul Hadi (duduk; empat, kanan) menyambut salam dan berbual bersama Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
PASIR SALAK - Pas dan Umno boleh berbeza pendapat dan berkelahi tetapi
diingatkan agar tidak berlebihan kerana perjuangan mempertahankan Islam
dan Melayu serta Bumiputera merupakan agenda utama.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, apabila mempunyai
kepentingan bersama kedua-dua parti ini perlulah melihat kembali sejarah
bersatu ketika memperjuangkan isu yang sama termasuk menentang Malaya
Union serta peristiwa 13 Mei 1969.
"Walaupun kita berbeza pendapat dan pandangan selepas mencapai
kemerdekaan peristiwa 13 Mei menyatukan Umno dan Pas walaupun selepas
itu berpisah lagi.
Ahmad
Zahid (duduk, kiri) dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
(kanan) pada sidang media selepas tamat himpunan malam tadi.
(Ubah saiz teks)
PASIR SALAK - Umno mengakui kesilapan bergaduh dengan Pas sebelum ini.
Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, selama ini Umno ditipu supaya membenci Pas.
Menurutnya, jadikan perhimpunan membantah ICERD ini sebagai permulaan ke arah penyatuan itu.
"Ya, kita silap dulu bergaduh sesama sendiri. Cukuplah sebab ada atuk
seorang itu daripada 62 tahun kita merdeka, 22 tahun atuk memerintah,
dia ajar kami benci dengan Pas, dia ajar kami benci dengan DAP, dia ajar
kami benci dengan lain-lain parti.
Tapi sekarang ini mereka telah cium
mulut sesama sendiri. 22 tahun kita ditipu tetapi kali ini 2018 walaupun
kita lakukan kesilapan pada 9 Mei lalu membawa kepada tragedi kekalahan
(PRU14).
"Bersama saya dan rakan-rakan kita bercantumlah semula. Kita ketepikan
perbezaan dalam kalangan kita atas nama Islam, Melayu, Malaysia dan
Bumiputera Sabah dan Sarawak," katanya ketika berucap di hadapan lebih
30,000 penyokong sempena Himpunan Perpaduan Ummah di Dataran Kampung
Gajah, di sini, malam tadi.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid memberi amaran kepada kerajaan supaya tidak meratifikasi ICERD.
Katanya, tindakan meratifikasi ICERD itu akan menimbulkan kemarahan orang Melayu dan Islam.
"Kita tahu ICERD ada dalang dari dalam dan luar. Orang Melayu ada satu
sifat dalam kamus Inggeris iaitu amuk. Jangan sampai orang Melayu amuk.
"Tapi kalau amaran tak diendah Umno dan Pas akan bersatu. Ini bukan
sebarang amaran jangan main-main kalau mahu perkataan amuk dilakukan,"
katanya.
Sementara itu, pada sidang media selepas himpunan tersebut, Presiden
Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberitahu kerjasama Pas dengan Umno
setakat ini hanya melibatkan ICERD.
Katanya, belum ada sebarang perbincangan ke arah penggabungan kedua-dua parti itu.
PRU 15 NANTI DAH TAK BOLEH MAIN API, SEBAB DAH KALAH !
WALAUPUN HAMPIR PRU 15 NANTI MANIFESTO DITUNAIKAN !
-Pak Karamu-
PH jangan main api: Tuan Ibrahim
Siti Fatihah Awang
16 November 2018
AddThis Sharing Buttons
Tuan Ibrahim (tengah) mengetuai bacaan doa pada perhimpunan itu.
(Ubah saiz teks)
KOTA BHARU – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) diberi amaran untuk tidak
bermain api dengan rakyat melibatkan isu ratifikasi Konvensyen Mengenai
Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, seluruh
rakyat Malaysia dengan jelasnya menolak perkara tersebut dan tidak
teragak-agak untuk membuat satu perhimpunan kebangkitan besar jika
kerajaan bertindak bercanggah dengan apa yang sepatutnya.
“Himpunan hari ini adalah serentak di seluruh negara untuk memberi
gambaran yang jelas kepada kerajaan bahawa kami tolak ICERD dan mahu
kerajaan juga melakukan perkara yang sama (menolak ICERD).
“Implikasi ICERD ini memberi kesan kepada negara, bukan sebagaimana
yang dilaungkan sesetengah menteri. Ini kerana kita bina Malaysia atas
muafakat antara kaum, tidak ada keperluan untuk badan antarabangsa
campur tangan dalam isu ini.
“Sebagai contoh, di Negara kita, masyarakat Cina, India, Iban dan
Kadazan, bebas untuk mencari rezeki dan terlibat dalam ekonomi serta
politik. Tidak ada diskriminasi,” katanya kepada media di sini.
Terdahulu beliau hadir bersama lebih 5,000 rakyat negeri ini di dataran
Masjid Muhammadi bagi menunjukkan sokongan mereka untuk kerajaan
menolak ICERD.
Rakyat yang hadir terdiri daripada pelbagai latar belakang, termasuklah daripada Pemuda Umno Negeri.
APA NAK TAKUTKAN, SEMUA PARTI DI DALAM PAKATAN HARAPAN SETUJU/BERKECUALI (ATAS PAGAR) ICERD DITERIMA ?. KALAU ADA SUARA INDIVIDU DARI ANGGOTA PARTI TOLAK ? HAAAA, TU TAK BOLEH PAKAI, YANG BOLEH PAKAI ADALAH SUARA PARTI !
KALAU SETUJUPUN TIDAK, TOLAKPUN TIDAK, MAKA ELOKLAH DIAM !
KIH, KIH, KIH KALAU DIAM TU TANDA SETUJU KONVENSYEN DI ADAKAN !!! HIDUP PAKATAN HARAPAN ! MERDEKAAAA ! -Pak Karamu-
Pas sedia himpun ahli bantah ICERD
Nasruddin Hassan
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR - Pas terus lantang menentang sekeras-kerasnya ratifikasi
Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi
Kaum (ICERD) dan Perjanjian Antarabangsa Tentang Hak-Hak Awam dan
Politik (ICCPR).
Jika semalam, Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi amaran
Pas boleh membawa jutaan umat Islam berhimpun menentang ratifikasi
berkenaan, hari ini, Ketua Penerangannya, Nasruddin Hassan pula dilihat
senada dengan Abdul Hadi.
Nasrudin mengajak seluruh pimpinan, ahli malah seluruh rakyat prihatin
di Malaysia agar bangkit membantah usaha mengiktiraf ICERD selagi ia
tidak bercanggah dengan lunas undang-undang dan Syariat Islam.
“Pas sekali lagi mengingatkan Kerajaan Persekutuan supaya tidak
meratifikasi ICERD dan ICCPR kerana ia bercanggah dengan perlembagaan
dan boleh menjejaskan keharmonian kaum di negara ini.
ICERD: Pas beri amaran keras akan turun di jalan raya
Hadi Awang
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR - Pas memberi amaran keras akan turun ke jalan raya
bersama rakyat sekiranya kerajaan mengiktiraf Konvensyen Antarabangsa
Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Pas-Marang) berkata, Parlimen
tidak seharusnya digunakan untuk mengiktiraf konvensyen yang menindas
Islam dan Bumiputera.
"Pas memberi amaran yang sekeras-kerasnya, jangan menyalah gunakan Parlimen kerana kemenangan PH.
"Ketahuilah bahawa mudah bagi Pas untuk mengerah berjuta rakyat ke
jalan raya sekiranya Parlimen disalah guna untuk mengiktiraf agenda
ICERD yang tidak adil terhadap Islam dan rakyat Bumiputera," katanya
ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2019 di Dewan Rakyat,
hari ini.
Amaran keras oleh Abdul Hadi itu diulang sebanyak dua kali dalam ucapannya.
DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.