Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

nuar brahim dah nak jadi baik !

HANGPA JANGAN LA DOK SERANG ANUAR LAGU TU ! DOSA  TAU, DIA BARU SAHAJA NAK KERJA KERAS UNTUK RAKYAT.

DAH AGAK LAMA JUGA DIA MERENGKOK DALAM PENJARA SEBAB MENJALANI HUKUMAN MELIWAT.

BAGI LA DIA CAN JADI ORANG BAIK, DIA NAK KERJA KUAT TUUUU ! MAKLUM LA NAK JADI PIEM LA KATAKAN !

ANUAR MANUSIA YANG MUDAH LUPA:

Orang tua-tua kata  macam  tolong anjing tersepit !

 ‘Pak lebai berserban inilah yang dulu bela Datuk Seri’

Mokhtar Senik- Foto harakahdaily.com
Mokhtar Senik- Foto harakahdaily.com

KUALA LUMPUR - Kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memetik golongan serban makin besar dan janggut makin panjang antara yang harus dipersalahkan kerana membiarkan skandal 1MDB berlaku mendapat respons daripada Pas.

Biarpun hanya menamakan Syeikul Abim Datuk Seri yang dipercayai merujuk kepada Ahli Parlimen Port Dickson itu, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas, Mokhtar Senik berkata, pak lebai berserban yang dipercayai merujuk kepada Pas itulah rakan baik ketika Anwar dalam kesusahan sebelum ini.

Mokhtar yang kecewa dengan apa yang diungkapkan Anwar dalam syarahan program tahunan 'Syarahan Za'ba Pengajian Melayu' di Universiti Malaya itu berkata, Anwar perlu ingat bahawa ‘hinaan kedua yang lebih dahsyat’ boleh berlaku andai mengkhianati rakan-rakan yang pernah membantunya dalam kesusahan.

“Tak mengapa Syeikhul Abim. SunnatuLlah tidak berubah. Ia adalah Sunnah yang berulang. Siapa sahaja yang khianat terhadap teman dan sahabat-sahabat yang pernah melepaskan ia dari kepayahan pasti akan kembali diinjak hina.

-Pak Karamu- 

  Pas sedia soalan untuk Anwar


AddThis Sharing Buttons
Nasrudin
Nasrudin Hassan - Foto Sharifudin Abdul Rahim

(Ubah saiz teks) 

SHAH ALAM - Pas hari ini tampil membalas kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mengajukan beberapa soalan terkumpul.

Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan berkata Anwar mengalami rabun dekat atau tuli badak sekiranya tidak mengetahui peranan pimpinan Pas dalam isu 1MDB.

“YB Anwar telah menempelak golongan berserban, agamawan dan akademik kononnya golongan ini membisu ketika skandal kewangan 1MDB berlaku.

“Saya kira Anwar telah alami rabun dekat  atau tuli badak bila gagal mengambil maklum peranan alim ulamak khasnya pimpinan Pas dalam isu 1MDB.

“Apakah beliau mahu pimpinan Pas yang berserban dan berijazah itu menjerit dan melaung-laung bagai ahli Parlimen mereka dalam Dewan Rakyat baru dinilai berperanan dalam menangani isu 1MDB?,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Anwar ketika menyampaikan syarahan di Universiti Malaya menyifatkan selain ahli politik, golongan cendekiawan termasuk penjawat awam juga dipersalahkan susulan skandal 1MDB kerana sekadar membisu.

"Bukan saja pemimpin politik. Sarjana, penjawat awam, bukan sekadar membisu, tapi yang sanggup bersekongkol untuk mempertahankan kedurjanaan yang menimpa bangsa, rakyat dan negara.

"Berlakunya kebobrokan, kemusnahan sistem, rompakan begitu besar bukan semata-mata kerana nafsu serakah beberapa pemimpin politik, tetapi kerana golongan sarjana yang membisu, yang sanggup jadi perkakasan murahan atas nama kaum atau agama.

"Serban makin besar, janggut makin panjang, degree mungkin berjela tapi tak ada hati nurani dan etika,” kata Anwar lapor Malaysiakini.

Sehubungan itu, Nasrudin berkata beliau ada memikirkan beberapa soalan kepada Anwar melibatkan beberapa isu termasuk hasratnya mahu menjadi Perdana Menteri.

“Di mana suara lantang beliau ketika skandal kewangan yang terburuk dalam sejarah berlaku di Malaysia sekitar tahun 1980-an hingga 1990-an? Adakah beliau juga telah menjadi alat perkakas murahan kerana gejolak nafsu untuk menjadi Perdana Menteri?

“Apa yang telah beliau lakukan ketika pelbagai skandal kewangan terbongkar sejak 1981? Di mana Anwar ketika negara mengalami kerugian berjumlah RM1.6 bilion akibat skandal syarikat Maminco (1981)?

“Di mana Anwar ketika negara diheret kerugian sebanyak RM2.5 bilion dalam kes Bumiputera Malaysia Finance (1983)? Di mana Anwar ketika negara rugi sehingga RM10 bilion akibat skandal syarikat Perwaja Steel 1988?

“Di mana Anwar ketika negara menanggung kerugian RM10 bilion dalam isu forex? Tidakkah ketika semua skandal kewangan negara berlaku, Anwar Ibrahim adalah sebahagian anggota kabinet kerajaan?,” katanya.

Katanya, Anwar hanya dilihat gigih melawan regim Tun Dr Mahathir Mohamad setelah dipecat daripada kerajaan dan parti.

Dalam pada itu, beliau menegaskan Anwar tidak perlu tunjuk hero dengan menghentam orang lain dalam isu 1MDB.

“Sebelum memenangi PRU Ke-14, PH untuk menubuhkan satu suruhanjaya untuk menyiasat Tun Mahathir. Di mana pula suruhanjaya siasatan sekarang?

“Anwar tidak perlu tunjuk hero dan menghentam orang lain dalam isu 1MDB kerana beliau 10 kali lebih teruk daripada itu,” katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: 'Pak lebai berserban inilah yang tolong datuk seri']



8 orang berkata:

Anonymous said...

Berapa kali agaknya nak fahamkan golongan serban besar ni agaknya?

Forex tu niaga/ labur tapi tak untung.

1mdb tu niaga tapi konar duit modal masuk poket orang besar.

Bodoh betul serban besar tu kalu tak faham antara perniagaan/ labur dengan merompak/ mencuri.

Anonymous said...

Setuju dgn nuar cakap. Serban aje besar tapi sanggup bersekongkol dengan boss perompak dan timbalan boss perompak!!! Cuba rujuk Quran, boleh ker mereka yang serban besar janggut panjang ni sokong bersekongkol sepentas dengan kaum perompak??

~PakKaramu~ said...

HI HI HI KALAU GOLONGAN JADI PIEM ? ALAH KITA KWAR LA RAMAI-RAMAI, INGAT SENANG NAK JADI PIEM ? HU HU HU

~PakKaramu~ said...

GOLONGAN GAY NAK JADI PIEM ? SORI LE !

Anonymous said...

pak karam ada bukti ka nuar tu gay? ada saksi dak? berat sangat tuduhan pak karam ni.. nauzubillah semoga bala Allah tak timpa pak karam anak beranak sebab tuduh nuar mcm tu. tapi kalau bala Allah timpa jugak kat keluarga pak karam harap redho jer laa. amiin

Anonymous said...

Tak baik cakap gitu kalu mu tak nampak. Takut jadi fitnah besar yang halang mu cium bau syurga pulak.

Anonymous said...

pak karam ni ahli pas, insyaAlah masuk syurga. yg penting jgn hilangkan kad ahli.

Unknown said...

Mohon maaf jika postingan ini menyinggung perasaan anda tapi saya hanya mau menceritakan pengalaman pribadi saya yang mengubah kehidupan saya menjadi sukses sekarang. dulu Saya bekerja di Singapura, tapi saya tidak menyerah dengan keadaan saya, tetap ikhtiar. Dulu pengen pulang ke indonesia tapi gak ada ongkos. sempat saya putus asa,gaji pun selalu di kirim ke indonesia untuk biaya anak sekolah, sedangkan hutang banyak, kebetulan buka-buka internet mendapatkan nomor whatsapp Mbah Suro +6282354640471 katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan Pesugihan Dana Ghaib. dengan keadaan susah jadi saya coba beranikan diri hubungi dan berkenalan dengan beliau Mbah Suro, Dan saya menceritakan keadaan saya. Beliau menyarankan untuk mengatasi masalah perekonomian saya dengan Pesugihan Dana Ghaib nya. Dan alhamdulillah benar-benar terbukti nyata hasil nya sekarang. terima kasih banyak ya allah atas semua rerjekimu ini. Beliau juga bisa bantu seperti Pemasangan nomer Togel,ilmu pelet, dll


free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.