Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Takdir Sentiasa Berubah

Salam

PAS kalah teruk di Bagan Pinang ! Pak Karamu cuba pujuk hati ini dengan memulangkan semua takdir kepada Tuhan, mulanya peras menungging juga, tapi bila ingatkan takdir maka Pak Karamu boleh terima semua itu dari takdir Tuhan, Pak Karamu rasa kekalahan teruk itu kerana PAS di Bagan Pinang tidak mempermosikan islam kepada penduduk setempat secara aktif dan kurang bergaul dengan masyarakat setempat

Sebab kalah

1. Selain dari paktor di atas Pak Karamu rasa ialah kerana rasuah politik, rasuah ini dapat kita dengar berbagai janji BN kepada orang awam dan tentera di Bagan Pinang, kerana rasuah juga manusia tidak boleh tahan dengan pengaruh harta benda, jika nak imbas kembali pengaruh harta benda maka Firaun adalah contoh terbaik yang mana Nabi Musa sampai tak boleh tahan lalu ia mengadu kepada Allah atas perbuatan Firaun yang menggunakan harta benda bagi memperdaya manusia, atas perbuatan Firaun ini Pak Karamu terfikir balik tentang pengaruh harta benda tersebut so Pak Karamu terpaksa akur, oleh itu Pas kena fikir bagaimana nak mengatasi pengaruh harta benda

2. Budaya ugut,samseng dan gerakan ala komando yang di perlihat dan di amalkan oleh UMNO sedikit sebanyak mempengaruhi pemikiran pengundi di sana, mereka tidak cukup kuat untuk beristiqamah dalam menegakkan kebenaran, mereka juga mudah menukar fikirang kerana mahu hidup aman secara pisikal dan membuang kekuatan kerohanian, lagipun orang melayu yang beragama islam hanyalah mengamalkan islam secara syari'at sahaja, kerana itu kekuatan dalaman tidak ada pada mereka

4. Negeri Sembilan bukanlah tempat calon yang berjuang untuk di menangi oleh parti islam kerana negeri ini masih berpegang kepada "Biar mati anak asalkan jangan mati adat" jadi yang sesuai bertanding di sana ialah parti PKR atau PAS hanya boleh bertanding di tempat yang lain atau di tempat orang melayu yang penduduknya 50 % dan lain-lain bangsa 50 %

5. Sikap polis dan SPR juga mungkin banyak memberikan masa kita terbuang untuk membuat penumpuan kepada rakyat tempatan ini kerana kita banyak membuat ulasan terhadap ketidak adilan mereka, ini mungkin satu teknik bagi kita di lepas pandangkan oleh BN/UMNO terhadap tugas kita terhadap rakyat setempat

6. Kerja sosial kesihatan kita sangat kurang yang sepatutnya di berikan tumpuan kepada rakyat yang memerlukan di samping hebahan kerja sosial itu kurang mendapat liputan daripada media

7. Pas atau PR sepatutnya membuka pekong penyelewengan sisten pilihanraya yang tidak demokratik dan kita perlu bertegas dengan pentadbiran tersebut supaya rakyat dapat memahami penyelewengan dalam erti bebas dan adil, oleh itu satu badan bertindak perlu di ujudkan supaya rakyat faham erti kebenaran dan kebatilan

8. Moral dan persefahaman pucuk pimpinan di dalam pakatan perlu di tingkatkan, jangan mudah mendedahkan sesuatu yang boleh di jadikan parti lawan sebagai kelemahan pimpinan di dalam pakatan ini boleh menyebabkan rakyat menilai perpaduan yang ada sebagai longgar dan tidak berwibawa untuk mentadbir negara ataupun negeri

12 orang berkata:

Anonymous said...

Kah!!kah!!kah!! pak karam mu,.
mula2 ayt mcm bagus,.takdir allah,.ingat mcm nk bertaubat dn kmbali kepgkal jlan dgn insaf akan kesilapan sndri

rupa2nya pak karam setaraf pencacai murahan yg xhabis2 menyalahkan "pemenang",..

karam lah mu,..

orangkampung said...

Salam, Pak. Ada baiknya juga kalah kerana kita insaf dengannya , serta tidak begitu over confident.Dan boleh buat persediaan seterusnya. Biar mereka menang kerana calon tu pun bukannya baik dan dah memang sah tidak bersih. Kita kenal orang negeri 9 dan kemahuan mereka serta tahap perjuangan mereka.

Anonymous said...

salam... siapa yang tidak frust! Kalau dari jauh sanggup turun ke PD untuk mengundi... namun segala dilakukan dengan niat untuk memperjuangkan agama Allah...

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Anonymous boleh kata apa sahaja kerana hak anda untuk berkata-kata namun jangan sesekali menyinggung perasaan orang...

Jeepers Creepers said...

kenalah terima dengan hati terbuka..kalah rasa bila kalah tu frust sangat baik jangan masuk bertanding..

bila kalah, salahkan semua penduduk disitu sebab taknak bagi undi..apalah pemikiran sebegini..kalau dah orang tak suka janganlah dipaksa paksa..

mr ad said...

karam??kite tengok PRU-13 nanti sape yang karam yek..pohon pd Allah tunjukan kite jalan kebenaran..

Sabri said...

Assalamualaikum;
Kalah kita terima saja dengan hati terbuka, ianya telah ditakdirkan. Mereka telah banyak kali kalah bagilah depa rasa nikmat menang pulak.

Takbir...

~PakKaramu~ said...

Kita hanya mengingatkan mana yang batil dan yang hak, cuba-cubalah berwirid dengan quran biar faham sebab kami berpandukan kepada quran

soal kalah menang tu memang biasa tapi takkan tak boleh faham apa yang di sarankan oleh Allah

Ambar said...

Hola Pak Karamu:

Gracias por pasar por mis tierras que tambien son tuyas.

Malasia...habre vivido alguna vez por ahi en otras vidas...

Te saludo desde la Unidad que Somos.

Namaste!

Elisa no blog said...

Thank you for your visit.
I have been to Malaysia in August and loved your country!
Elisa

Qaseh Bonda said...

Salam pak...

Kekuatan Mohd. Isa B Abd. Samad adalah pada Namanya bukan pada tiket UMNO..

Pendek kata kalau dia bertanding cap orang utan pun dia pasti menang...

Yang bernama Isa ni masih d beri peluang untuk meninggalkan jejak2 kasih sebelum di panggil pulang...
Umur 60-70 adalah umur subsidi..
dalam mencari keuntungan ke sana...

Sepak terajang dlm UMNO dia dah kebal..semua di hujung jarinya..dia peduli apa dengan UMNO ke PM ke MB ke..apa yang penting menambah baik pulih baktinya pada rakyat kawasan dia..

Lagi pun dia dah jadi dodol liat lemak manis berkrim di sukai ramai para pengundi..wajah poker face Isa paling di geruni oleh MB Hasan yang tak mampu mengukir senyuman...

Dia bernasib baik menerima hukuman semasa di dunia..caci maki untuk dia tu adalah rezeki..

Ada PM yang tiba2 anaknya boleh tersenarai jadi orang terkaya didunia tu macam mana?? Mai kut mana duit depa noo...

Mana munkin boleh lepas begitu saja..Ingat kita semua ni pun sedang di perhati macam CCTV..

adf55650 said...

Bila Pak karamu cakap pasal Yahudi, PAS yang macam Yahudi,
Bila sebut Firaun, Nik Aziz macam Firaun, dah boleh janji syurga pada umatnya.
PAS tak sedar, sembahyang hajat, doa2 minta tunjukkan kebenaran semua Allah dah makbulkan.
Takkan tak terima dan marah pada Allah pulak.
Inilah kebenaran. PAS sesat, itu aje

Safana Orleans said...

apa pak karamu tu betul , sy sbg ank murid ustaz , bersama dini dan kwn kami francis, telah menyelinap masuk ke bilik gerakan bn di bagan pinang pd malam mengundi di atas pelawaan orang BN sendiri, pd mlm terakhir kempen pihak BN sudah mengetahui meraka sudah menang tapi tdk tahu majoritinya , kami juga dikenalkan dgn bbrape exco NS dan pegawai polis. BN lah yg buat provokasi. Ketika kami sampai kami di beritahu ada sebuah van yg memasang bendera pas di blok oleh meraka di dpn food court MPPD , kawasan awam yg berdekatan dgn bilik gerakan BN, tgoklah orang BN, esok pagi ketika sy nk pi solat subuh baru sy tahu van itu dinaiki oleh sepupu sy dari PAS selama dtg utk membantu, sy suarakan itu pd org BN, baru mereka terkedu

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.