Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KEBANGKITAN RAKYAT

Salam

KEBANGKITAN RAKYAT SUDAH TIDAK DAPAT DI BENDUNG

Entah apa yang menyebabkan pemikiran rakyat jauh sudah berubah, mereka mahu perubahan di lakukan di negara ini, mereka mahukan PR memerintah negara, mereka mahu mencuba corak pemerintahan PR di laksanakan untuk mengubah nasib rakyat, mereka tidak peduli lagi keburukan dan tuduhan yang buruk di leparkan terhadap PR apa yang mereka mahukan adalah perubahan

Rakyat sudah nampak kelemahan kerajaan BN/UMNO apabila konsep 1 Malaysia di perkenalkan kepada rakyat di negara ini, mereka membuat andaian bahawa jika PR telah mendahului konsep berbilang kaum maka mereka mahu merasakannya demi perpaduan kaum ujud di negara ini, mereka berkata tanda-tanda BN/UMNO akan jatuh adalah kerana mereka meniru corak dasar PR untuk semua kaum sementara BN/UMNO hanya meniru dasar PR

Kewujudan NGO PERKASA untuk memperjuangkan nasib bangsa di lihat sebagai kegagalan UMNO membela nasib rakyat, namun rakyat sudah melihat kegagalan UMNO di sini, rakyat sudah tidak peduli dengan nasihat kerajaan kerana mereka anggap semua itu nasihat sebagai alasan murahan yang menghalang mereka dari mahu merasakan corak pemerintahan yang di bawa oleh kerajaan PR

Kebangkitan rakyat sudah sampai masanya, sebab itu kita telah nampak bukti dari perhimpunan ceramah yang di anjurkan oleh PR kehadirannya begitu ramai sekalipun polis tidak mengeluarkan permit, mereka tidak takut lagi dengan gertakan dari BM/UMNO, semanagt orang ramai tertumpu kepada kehadiran di pentas ceramah sekalipun PR di tuduh sebagai perhimpunan kominis dan sebagainya

Rakyat sudah faham menilai, apabila ceramah PR di adakan, apabila polis tidak beri permit, apabila tuduhan busuk di lemparkan kepada PR, apabila polis bagi amaran jangan hadiri ceramah dan berbagai-bagai halangan lagi alasan yang di berikan, akan tetapi rakyat tetap membanjiri ceramah PR, alasannya sangat mudah iaitu BN/UMNO dan polis tidak bagi hadir pada ceramah PR ialah kerana mereka tidak mahu rahsia buruk kerajaan di dengar oleh rakyat

Sudah begitu lama BN/UMNO memerintah, sudah begitu banyak kesilapan yang telah di lakukan, sudah begitu banyak kes di tutup begitu saja, sudah acap kali mahkamah,polis, sprm dan berbagai-bagai agensi kerajaan membuat olah yang di pergunakan oleh BN/UMNO untuk menyebelahi kerajaan BN maka rakyat nampak itu semua adalah tanda-tanda mereka akan jatuh dan rakyat sudah nampak semua itu adalah tanda-tanda BN/UMNO akan berakhir

Bertambah di larang membuat ceramah, maka bertambah bertanyalah rakyat kenapa tidak benarkan ceramah ? Adakah mereka takut rahsia mereka terbongkar ? Di mana demokrasi ? Di mana keadilan ? Mengapa mufti di heret untuk membantu mereka ? Mengapa komponen BN dari MCA dan Gerakan selalu mengkritik kerajaan mereka sendiri ? Bukankah ini tanda BN/UMNO sudah tidak betul ? Jadi rakyat mahu melihat ini semua berakhir

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.