Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ZULKIFLI ADA BAYANG DI SEBALIK PM

Salam

ZULKIFLI NAK MINTA MA'AF DENGAN NAJIB DAN ROSMAH ! SETELAH 2 TAHUN BARU DIA SEDAR BUAT DOSA

Sangat mudah untuk baca pemikiran Zulkifli Nordin ini, dia kata nak jumpa Najib dan Rosmah untuk mohon ma'af sebab dia sudah buat salah besar dengan Najib dan isteri kerana tuduhan yang dia buat atas kes pembunuhan Altantuya, demikian juga dengan Dato Nazri Aziz dan yang lain

Zulkifli sebelum di pecat daripada PKR dia tidak buka cerita dosanya kepada Najib dan Rosmah sebab masa itu dia rasa belum lagi cukup berdosa dengan keduanya, selepas di pecat baru dia sedar yang dia telah melakukan dosa terhadap PM dan isteri, kemudian dia akan berusha untuk berjumpa dan memohon ma'af

Zulkifli seorang yang baik sebab dia tahu erti dosa dan pahala dan dia juga tahu erti salah dan benar namun dapatkah kita bayangkan sekiranya dia masih berada di dalam PKR, Adakah dia juga akan memohon ma'af dengan PM dan isteri ? Jawapannya mungkin tidak dan dia tetap mengekalkan tuduhan tersebut

2 tahun lamanya dia tidak sedar melakukan dosa dengan PM dan isteri, satu jangka masa yang cukup lama, sudah 2 kali hariraya berlalu yang sepatutnya dia memohon ma'af kepada PM dan isteri namun masa tu dia tidak nampak kesalahannya perlu memohon ma'af atau mungkin masa itu dia tidak mempunyai keperluan untuk berbuat demikian

Sekarang Zulkifli baru nampak dan berasa tersangat insaf yang amat sangat atas kesalahannya dengan PM dan isteri, jawapannya sangat mudah iaitu dia sudah tiada kawan untuk mengadu setelah dia di tendang keluar daripada PKR, jadi sudah tentu dia akan membuka keburukan PKR dan dia juga mungkin mereka cipta berbagai keburukan PKR dan PR

Zulkifli tidak jadi katak sebagaimana kawan-kawannya yang lain, dia nampak PKR masih lagi relevan untuk dia meneruskan perjuangannya sebab itu dia tidak melompat dan PKR pula sudah nampak yang Zulkifli ini sangat merbahaya dengan parti dan PR, lalu dia di terjang keluar, ertinya dia adalah seorang yang busuk dalam parti jika hendak di bandingkan dengan yang lain

Zulkifli telah membayangkan di dalam parlimen yang dia akan memohon berjumpa dengan PM dan isteri jika keduanya mengizinkan, suatu rayuan belas kasihan untuk dirinya dari PM dan isteri, nada suara ini sangat mengharapkan untuk berjumpa, di sinilah nanti dia akan memburaikan cerita yang mungkin menghasilkan serampang dua mata atau ada bayang di sebalik niatnya yang sebenar

Andainya dia dapat berjumpa dengan PM dan isteri dan berbincang maka inilah peluannya untuk mencadangkan dengan PM tentang masa depan dirinya dan agama kerana dia tidak akan menyertai UMNO sebab jiwa agamanya mungkin menebal, salah satu cadangannya dengan PM mungkin dia akan mengesyurkan kepada PM agar di ujudkan menteri agama selain mengekalkan jawatan menteri di jabatan perdana menteri yang menjaga agama




0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.