Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SIKAP UMNO YANG DI TOLAK

Salam

Sikap parti-parti di dalam BN/UMNO yang mula di tolak oleh rakyat Malaysia adalah kerana dasar semangat bangsa yang sangat menebal yang masih di amalkan oleh mereka yang berada di dalam BN/UMNO menyebabkan parti tersebut ibarat terkena penyakit santau yang akan mati secara perlahan yang hanya menunggu masa untuk tamat riwayatnya

Jika kita perhatikan perjalanan politik BN/UMNO yang pada awalnya yang hanya di kenali sebagai  parti perikatan kemudiannya tidak boleh bertahan lama lalu di kembangkan dengan konsep Barisan Nasional kerana untuk kekal berkuasa sebagai pemerintah di negara ini dan parti ini tetap berteraskan membela kaum masing-masing sekaligus memenopoli  berbagai peluang hanya pada kaum masing-masing di dalam parti tersebut

 Hari ini kita dapat melihat bagaimana BN/UMNO sudah mula terjejas dengan  dasar perjuangan kaumnya sendiri dengan kekalahan mereka di beberapa buah negeri dalam negara ini menunjukkan bahawa BN/UMNO akan beransur kehilangan kuasa memerintah, sementara itu parti-parti di dalam BN/UMNO sendiri sudah mula reput bagaikan kayu yang di makan oleh anai-anai

 Sekarang mereka mula berbalah kerana tidak berpuas hati di antara satu dengan yang lain, MCA , MIC serta Gerakan sudah begitu berani mengkritik UMNO secara berterangan dan di kalangan UMNO sendiripun sudah bagaikan bara di dalam sekam hanya menunggu untuk roboh sahaja walaupun mereka masih kelihatan kokoh dan masih boleh lagi menunjukkan senyuman mereka kepada rakyat

 Sekarang mungkin sudah tiba masanya BN/UMNO akan berkubur kesan dari keputusan pilihanraya di Hulu Selangor sekalipun mereka menang tipis, UMNO mula bersuara lantang terhadap parti MCA yang di katakan sudah tidak lagi membantu BN/UMNO dalam pilihanraya Hulu Selangor kerana parti itu di katakan terlampau bersemangat kaum yang sangat menebal sehinggakan kemarahan mula di cetuskan

Pertubuhan melayu PERKASA yang memperjuangkan bangsa dari benih UMNO yang agak melampau mula di kritik oleh MCA selepas pilihanraya Hulu Selangor, presiden dan timbalannya mula berang dengan kenyataan Presiden PERKASA kerana di katakan mahu menyekat sumber peluang ekonomi terhadap kaum cina kerana tidak membantu BN/UMNO  pada pilihanraya di Hulu Selangor

MCA hanya mampu menyelar PERKASA kerana pertubuhan ini bergerak atas nama NGO sekalipun MCA tahu bahawa pertubuhan ini adalah menyuarakan suara UMNO sebab itu MCA tidak menyelar suara individu yang lain seperti suara bekas menteri besar Selangor Khir Toyo yang satu suara dengan PERKASA yang masih berada dalam UMNO yang mahukan dasar membantu kaum cina di kaji balik kerana tidak menyokong BN/UMNO di Hulu Selangor

Dasar perjuangan parti-parti di dalam BN/UMNO ini di jangka akan berterusan sehingga BN/UMNO akan reput dan menyembah bumi tidak lama lagi, mereka akan kehilangan kawan secara perlahan-lahan, kerana itu kita dapat melihat sokongan kaum cina kepada Pakatan Rakyat agak memberansangkan, ertinya kaum cina sudah memulakan hijrah mereka untuk lari dari dasar puak yang menebal

Orang cina tidak lagi boleh di kelirukan dengan konsep 1 Malaysia yang mungkin tujuannya untuk membendung dasar perkauman yang menebal di dalam UMNO namun mereka dapat membaca rahsia di dalam parti UMNO yang masih belum berubah untuk membela semangat bangsa tambahan lagi ujudnya PERKASA yang sikap mereka mudah di hidu oleh MCA seperti main silap mata kepada UMNO

1 orang berkata:

dino.yp@gmail.com said...

UMNO memang parti perkauman, itulah sebab hindu boleh menang kat Hulu Selangor. Apa kata PAS letak orang cina kafir sebagai calon kat Kelantan, agak2 boleh menang ke PAS ? Cuba lah ...nak tau sapa perkauman...

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.