Najib ke Sabah tinjau Op Daulat
7 Mac 2013
LAHAD DATU - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan berada di
Sabah hari ini untuk meninjau sendiri perjalanan Op Daulat di pantai
timur negeri itu.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mengesahkan perkara itu berkata perdana menteri akan ke lapangan Op Daulat dalam operasi susulan dan penggeledahan di Kampung Tanduo, kira-kira 130 kilometer dari sini.
Hishammuddin berkata, beliau yakin kehadiran Najib akan memberi semangat baharu kepada semua anggota pasukan keselamatan yang terlibat dalam Op Daulat, terutama setelah apa yang dilalui sepanjang operasi itu.
"Kalau diikutkan kehendak perdana menteri sejak hari pertama lagi beliau sudah mahu turun ke sini," katanya pada sidang akhbar bersama Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada pukul 10 pagi di sini.
Hishammuddin berkata, Najib dijadual memantau perjalanan dan akan diberi taklimat perkembangan terkini operasi.
"Secara peribadi saya dan Zahid cukup menunggu kehadiran beliau. Sebelum ini kami hanya menghubungi perdana menteri melalui telefon dan hari ini beliau sendiri turun untuk melihat sendiri keadaan di lapangan," katanya.
Menjelas lanjut, Ahmad Zahid berkata selain bertujuan memantau perjalanan operasi dan memberi semangat kepada pasukan keselamatan, kedatangan Najib adalah untuk melihat kelengkapan logistik dan kebajikan anggota bertugas.
"Empat faktor ini yang menjadi latar belakang lawatan perdana menteri ke lapangan," katanya.
Beliau berkata, ini bukan kali pertama Najib turun ke 'ground zero' kerana beliau yang pernah menjadi Menteri Pertahanan selama 14 tahun, telah ke Bosnia and Herzegovina, Timor Leste, Lubnan dan yang terakhir ke Gaza.
Pada sidang media itu Ahmad Zahid turut mengedarkan beberapa keping gambar berhubung operasi susulan dan penggeledahan yang dijalankan anggota keselamatan di Kampung Tanduo kepada media. - Bernama

0 orang berkata:
Post a Comment