Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Pakatan saingi BN, umum penubuhan Majlis Penasihat Keselamatan Rakyat
JAMILAH HAMZAH
31 Mac 2013
Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar
Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar 
 
PETALING JAYA - Lebih sebulan selepas melancarkan manifestonya, hari ini Pakatan Rakyat (PR) mengumumkan insiatif terbaru - penubuhan Majlis Penasihat Keselamatan Rakyat (MPKR) - bagi membuktikan persediaan perikatan itu jika menerajui kerajaan pusat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, penubuhan MPKR memberi manfaat lebih baik dalam soal keselamatan rakyat dan negara berikutan koordinasi yang dilakukan antara semua pasukan keselamatan negara.

Menurutnya, pasukan-pasukan keselamatan yang selama ini diasingkan dalam menjalankan tugasan seperti di Lahad Datu akan digabungkan untuk gerak kerja yang lebih efisen.

Beliau juga berkata, langkah PR menubuhkan majlis penasihat keselamatan bukan semata-mata disebabkan insiden pencerobohan pengganas di Sabah tetapi langkah awal untuk mempertahan dengan lebih baik.

"Ya, memang hal ini menunjukkan kita lebih bersedia daripada kerajaan BN dalam soal keselamatan.
"Kita telah berbincang lama mengenai majlis ini, bukan disebabkan insiden di Lahad Datu.

"MPKR ini lebih efisen dan semua pasukan keselamatan dikoordinasikan oleh majlis ini, jika ada insiden sperti di Sabah itu kita lebih bersedia dan semua pasukan keselamatan Polis Diraja Malaysia (PDRM), dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan bekerjasama," katanya pada siang media di ibu pejabat PKR, di sini hari ini.

Difahamkan MPKR akan dipengerusikan oleh bekas Panglima Tentera Darat, Jeneral (B) Tan Sri Mohd Hashim Hussein.

MPKR akan berpandu pada situasi keselamatan semasa dan melalui pengalaman yang dimiliki oleh beberapa bekas pegawai tertinggi pasukan keselamatan yang menyertainya.

Selain itu majlis penasihat keselamatan ini juga boleh menetapkan kerjasama antara semua pasukan keselamatan dalam menangani isu semasa dan lain-lain.

Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, MPKR akan diteruskan dan memperkukuhkan majlis itu selepas menjadi pemerintahan dalam PRU13.

"Kita akan terus memperkukuhkan majlis itu selepas kita menang dan akan sentiasa mengutamakan keselamatan rakyat," katanya lagi.

1 orang berkata:

Anonymous said...

webwinkel beginnen seo webwinkel beginnen goedkoop

my blog post :: webwinkel beginnen in sieraden

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.