Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Saturday, March 30, 2013

PRU 13 : NAJIB Pergi UMRAH, BUBAR PARLIMEN Tangguh Lagi

Click Here

Najib Tun Razak dan isteri, Rosmah Mansor keluar dari Masjidil Haram, selepas menunaikan ibadat umrah, Ogos tahun lalu.


PETALING JAYA: Nampaknya pembubaran Parlimen hanya mungkin akan berlaku selepas minggu kedua bulan April apabila mendapat maklumat Datuk Seri Najib Tun Razak akan melaksanakan umrah pada minggu hadapan.

Menurut sumber dalaman berkata Perdana Menteri dijangka akan berlepas ke Arab Saudi pada 3 April selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet akan datang dan sama-sama mengambil  bahagian dalam acara berbasikal di Putrajaya.

Beliau dijangka pulang dua hari kemudiannya.

Bagi umat Islam, ibadah umrah kadang kala dilakukan untuk memohon panduan sebelum membuat sesuatu keputusan dan Najib telah melakukan (umrah) setiap tahun.

Terdapat juga spekulasi bahawa Perdana Menteri yang akan memasuki tahun keempat pentadbirannya Rabu depan, mungkin membiarkan lima tahun tempoh Parlimen yang akan berakhir pada 30 April ini sebelum pilihan raya diadakan.

Sejak beberapa hari lepas, Perdana Menteri telah mempengerusikan siri mesyuarat dengan pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional untuk memuktamadkan senarai calon.

Di samping melaksanakan umrah, difahamkan juga Najib juga akan melakukan lawatan singkat ke Brunei pada 24 April ini untuk menghadiri Sidang Kemuncak Asean.

Belum pernah ada Perdana Menteri Malaysia yang tidak menghadiri mesyuarat ini, kerana Asean adalah asas kepada dasar luar negara.

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.