Boikot..Termalu.. Sasau.. Atau Derhaka........
Perasmian Kampus Induk KUIN di Kuala Ketil berlangsung dengan penuh
gilang gemilang. KDYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dengan
berbesar hati merasmikan majlis berkenaan. Tuanku Permaisuri Haminah pun
nampak manis comel bertudung. Raut wajahnya nampak lebih muda dari usia
sebenar. Lebih 5 ribu hadir,
dari yang pangkat besar-besar hinggalah ke rakyat jelata yang kerja
kampung, kutip buah kelapa, kutip getah skrap, kutip tin dan botol, tak
mahu lepaskan peluang bersejarah ini. Terasa bangga orang-orang kampung
Kuala Ketil dan Baling, Agong sanggup turun ke daerah mereka dan mereka
juga boleh melihat wajah raja yang mereka sayangi dengan lebih dekat
lagi, apatah lagi dengan penampilan baru Tuanku Permaisuri. Tapi yang hairan bin ajaib..tak seorang pun ADUN-ADUN BN yang hadir. Nak boikot siapa sebenarnya?
MB? Kerajaan Kedah? atau nak boikot Yang diPertuan Agong. Kalau ia pun
tak suka dengan MB, tak suka dengan projek kampus induk tu, takkan
dengan agong pun tak suka juga. Adakah ini sikap sebenar ADUN-ADUN pembangkang ini? Dimana taat setia yang selalu dilaung-laungkan.
Antara rukun negara yang menjadi tasbih zikir UMNO/BN ini..yang lebih
dari rukun Islam dan rukun Iman mereka hormati...antaranya "kesetiaan
kepada raja dan negara". Hah...kalau majlis yang dirasmikan oleh Yang
DiPertuan Agong pun gagal hadir..setia apa namanya. Pada hemat
PK, ADUN-ADUN pembangkang ini sebenarnya dan naik sasau bila Kampus
Induk KUIn di Kuala Ketil itu selamat dilaksanakan dan perasmiannya pun
berjaya diadakan. Mereka ini kalau boleh nak bagi gagal dan tak jadi
maka bolehlah nanti jadi point untuk hentam Pakatan Rakyat Kedah
menjelang PRU ke13 nanti. Mungkin juga, mereka malu.,,malulah
sejak 1985 KUIN didirikan, bermula dari Osman Arof sehingga Mahadir
Khalid, Kerajaan BN Kedah dulu masih gagal mendirikan sebuah kampus
tetap KUIN selain hanya meneruskan pengajian di kolej sementara di
Mergong yang tidak dapat menampung kapisiti jumlah pelajar yang semakin
meningkat. Dengar-dengar hujung telinga PK, masa zaman Osman
Aroff menteri besar dulu ada juga ura-ura nak buat Kampus Induk KUIN di
sebuah daerah di Yan..tapi tangguh-tangguh..akhirnya tak buat. PK
tanyalah..."kenapa tak buat."...jawab sipenyampai tu...."nak buat
macamana..asyik dok buat padang golf saja..Ustaz Azizan ni dia pulun..tu
yang boleh siap cepat.". Betulah tu..PK pun setuju..UMNO
ni kalau projek menguntung mereka..lebih-lebih lagi untuk mereka..cepat
pelaksanaannya tapi kalau untuk rakyat..."hemmmmm...tak apalah..gunalah
hat tu dulu...lagi pun jurusan agama saja..buat apa dok buat
besaq-besaq..nanti-nanti..lawan kita balik".
DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.
0 orang berkata:
Post a Comment