ANUAR DAN MAHADHIR DAH TAK SESUAI JADI PEMIMPIN.
PKR BILA ADAKAN PEMILIHAN SELALU BAGI KERUSI MELAYANG, INIPUN ANUAR TAK BOLEH SETEL AMCAM NAK JADI PEMIMPIN, NANTI SATU NEGARA JADI HURU HARA.
BILA SEBUT JE ANUAR JADI PEMIMPIN MAKA RAKYAT MESTI KATA EIYYYY !!!
Pas membidas PRK Port Dickson hanya semata-mata seorang individu yang berhajat untuk berada di Parlimen hingga terpaksa mengorbankan wang rakyat bernilai RM3.6 juta.
Pendirian Anwar kepada Islam tidak konsisten. Isalam cara apa jenis yang Anuar bawa ? Astaghafirullahhh !!!
“Di tempat orang India pula, dia menari cara mereka. Kita ada budaya kita sendiri dan orang India hormat kita kalau ada pendirian sendiri, orang Cina pun tak marah. “ kita kena tunjuk konsisten kita dan jati diri kita sendiri,”
-Pak Karamu-
Hadi ‘puji’ Tun M, ‘kritik’ Anwar
(Ubah saiz teks)
TELUK KEMANG - Sebelum PRU14, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
acap kali mengkritik Tun Dr Mahathir Mohamad malah ia berlanjutan waima
selepas PRU14.
Namun, sejak beberapa hari lepas, kelantangan Ahli Parlimen Marang itu
tidak begitu ketara malah dalam Ceramah Perdana Pas di Port Dickson,
malam tadi, beliau mengakui kadangkala bersetuju dengan tindakan perdana
menteri.
Malah, jika diamati sebaiknya bait-bait ucapan beliau, Ahli Parlimen
Marang itu seolah-olah ‘memuji’ Dr Mahathir namun dalam masa sama
mengkritik Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Walaupun saya tak separti dengan beliau (Dr Mahathir), tak setuju
dalam banyak perkara tapi beliau mengepalai PH dalam PRU14 sehingga
berjaya menukar kerajaan.
“Yang nak jadi PM (Perdana Menteri) ini (merujuk kepada Anwar), dia
melompat sana-sini, memilih kawasan yang 60 peratus bukan Islam, 40
peratus orang Islam.
“Mengapa tak berani bertanding kawasan yang majoriti orang Islam,”
katanya ketika berucap dalam Ceramah Perdana Pas sempena Pilihan Raya
Kecil (PRK) Port Dickson, di sini, malam tadi.
Tidak terhenti di situ, Abdul Hadi turut ‘memuji’ keputusan Dr Mahathir
yang mengambil langkah penyelesaian terbaik semasa negara menghadapi
krisis kewangan dulu.
“Masa krisis kewangan dulu, calon PM ini, dia jadi Menteri Kewangan,
nak selesaikan di bawah IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa), nak ikut
teladan negara lain tunduk kepada Barat.
“Tun Mahathir tak setuju dengan tindakan Menteri Kewangan pada waktu
itu. Beliau ambil langkah penyelesaian tanpa kebergantungan kepada IMF,”
ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Abdul Hadi berharap penduduk Port Dickson memilih sebaiknya pemimpin mereka kelak.
“Islam ada adab dalam memilih pemimpin. Ia adalah amanah yang besar.
“Tidak boleh diberikan kepada orang yang berprinsip ‘opportunis’ (ambil peluang).