Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KU LI BESAR KEPALA, PERNAH MERANGKAK CARI PAS

KU LI PERNAH CARI PAS DAN MELUTUT SEMASA SEMANGAT 46.

HARI INI BILA DIA DAH TUA SERTA UMNO TOLAK JADI PRESIDEN
SEPATUTNYA DIA INSAF DAN TIDAK MENGELUARKAN KENYATAAN YANG MENGHINA UMNO.

KU LI KENA CERMIN MUKA DULU SEBELUM MENGELUARKAN KENYATAAN YANG MENGHINA PUCUK PIMPINAN SEKARANG.

KU LI TAK PAYAH NAK LAGA-LAGAKAN SEMANGAT AHLI UMNO YANG HENDAK MENYATUKAN ISLAM/MELAYU
 
KU LI JANGAN JADI MANUSIA BODOH SOMBONG !!!
 
-Pak Karamu- 
 

Ku Li pun pernah cari Pas

AddThis Sharing Buttons

Ku Li pun pernah cari Pas
Razak (kanan) menunjukkan kenyataan Razaleigh dalam Sinar Harian, semalam.
(Ubah saiz teks) 
 
RANTAU PANJANG - Pemimpin Umno dinasihatkan untuk men­dalami sejarah politik tanah air sebelum me­nge­­luarkan kenyataan.

Presiden Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan, Razak Abas berkata, nasihat sama dituju kepada Pengerusi Jemaah Penasihat Umno, Tengku Razaleigh Hamzah kerana seakan lupa dengan peristiwa politik ketika beliau ‘merangkak’ cari Pas selepas menubuhkan Semangat 46.

Menurutnya, kerjasama Tengku Razaleigh dan Pas Kelantan bagi menubuhkan Kerajaan Angkatan Perpaduan Ummah ketika itu menyebabkan Umno hilang Kelantan.

“Namun Tengku Razaleigh memutuskan silaturahim dengan Pas menyebabkan penyokong menanggap beliau selaku Presiden Semangat 46 ketika itu sebagai tidak pernah ikhlas.

“Selepas pembubaran Semangat 46, penyokong Umno mula berpecah dan memilih Pas, sejarah kembali berulang apabila penyokong dan pemimpin Umno berlari mencari Pas selepas PRU14,” katanya.

Ujar beliau lagi, meskipun menyedari hakikat itu, kepimpinan dan ahli Pas tidak pernah menjemput Umno untuk bekerjasama tetapi sekadar menguatkan barisan pembangkang di Parlimen.

Razak katanya, beliau tidak bersetuju jika gabungan politik dilakukan kerana Umno ialah parti yang membawa penyakit.

Beliau yang juga  bekas Jawatankuasa Badan Perhubungan Semangat 46, menasihati Tengku Razaleigh supaya beliau mengundurkan diri daripada arena politik kerana kepimpinan Umno mungkin tidak menyebelahi beliau, sebagaimana kekalahannya dalam pemilihan Presiden Umno baru-baru ini.

Semalam Tengku Razaleigh mengeluarkan kenyataan Umno tidak sewajarnya merangkak mencari Pas untuk memulihkan imejnya selepas kekalahan dalam PRU14, 9 Mei lalu.

Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, jalinan hubungan antara Umno dan Pas tidak pernah dibincangkan secara rasmi dan menyeluruh.

Nasihat sama dituju kepada Tengku Razaleigh kerana seakan lupa dengan peristiwa politik ketika beliau mencari Pas selepas menubuhkan Semangat 46.

5 orang berkata:

Anonymous said...

Melayu..
Mudah LUPA..
Selalu diLUPAkan..

Anonymous said...

Melayu..
Hutang PTPTN lupa bayar...
Manifesto pun lupa nak tunai..
Tol pon lupa nak hapus..
Melayu mudah LUPA..
Padan muka..
Selalu dikencing..
Dah kena kencing pon lupa..
kan Melayu mudah LUPA..
gamak tuu mamak berkuasa..

Anonymous said...

Ku Li bukan tak suka umno. Cuma dia tak suka pas kacau umno. Ku Li tau dah umno akan pupus terus kalau jadi balaci pas...

Anonymous said...

Hutang kena bayor la. Niat dulu hutang. Tak bayor hutang mati besok masuk neraka. Manifesto ke tak manifesto ke, kalu dah nama hutang wajib kena bayor. Kalu liat nak bayor, jangan berhutang. Mintak kat mertua hang je...

Anonymous said...

Melayu mudah lupa. Tak nak tanya pengalaman parti lain yg dah pernah kencing. Parti kuat kencing pun sanggup dia jadikan sohabat sbb dah kalah pru. Melayu mudah lupa. Last2 besok habis hancing kena kencing tok2 lobai su'

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.