SEKOLAH PEKAN ,ORANG PEKAN DAN BANDAR AGAK SELESA TAPI SEKOLAH KAMPONG DAN ORANG KAMPONG MACAM KENA GAM
INGATKAN TUKAR KERAJAAN EKONOMI OK, GOLONGAN MISKIN OK, RUPANYA BERTAMBAH MENDERITA.
BELANJAWAN MACAM BALAS DENDAM JE ! ?
MERDEKAAAA !
-Pak Karamu-
Belanjawan 2019 perlu disemak semula?
(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Belanjawan 2019 yang dibentangkan Jumaat lalu, mungkin
bersesuaian dengan idea dan juga kaedah serta hala tuju yang dihasratkan
kerajaan masa kini.
Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib berkata, meskipun dilihat pada beberapa angkubah, ada rombakan dari segi pendekatan dan cara penyebaran dana kerajaan dilakukan, penumpuan khas kepada pembangunan baharu serta penekanan kepada pemberian bantuan dan insentif kepada beberapa golongan harus ditambah baik.
Jelasnya, komuniti petani dan juga pekebun serta peneroka harus diberikan perhatian wajar oleh kerajaan.
"Mungkin satu jawatankuasa khas Parlimen mengenai usaha tambah baik hidup petani, pesawah, peneroka dan nelayan harus diwujudkan dan diberikan dana khas bagi membantu mereka ketika pasaran komoditi berlaku renjatan harga," katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai kebimbangan beberapa pihak mengenai Belanjawan 2019 yang dilihat tidak menyeluruh selain tidak cukup menyentuh golongan yang berpendapatan rendah terutamanya golongan peneroka, petani, nelayan.
Dalam pada itu katanya, kaedah subsidi petrol bagi kegunaan persendirian juga harus dikaji semula, agar ianya tidak dibuat dan kemudaan boleh sewenangnya disalah guna atau diselewengkan.
"Saya fikir belum sesuai kaedah yang dicadangkan kerajaan bagi subsidi petrol berasaskan kelas kenderaan dilaksanakan.
"Baiklah difikirkan semula kaedah lain bagi menyamaratakan pasaran petrol agar tidak dimanipulasi apabila dilaksanakan kelak," katanya.
[ARTIKEL BERKAITAN: Belanjawan 2019: Kerajaan kutip hasil RM261.8b tahun hadapan ]
Mengulas lanjut ujarnya, kemudahan infrastruktur seperti jaringan unit Keretapi Elektrik (ETS) serta komuter di bandar utama terutama di negeri-negeri utara Semenanjung Tanah Melayu harus dinilai oleh kerajaan bagi ditambah baik.
"Kerana penggunaan komuter utara dan ETS sudah ditahap maksima dan menyeluruh. Rakyat mula menjadikan keretapi sebagai pilihan pengangkutan awam. Ini kerajaan perlu beri perhatian khas," katanya.
Dalam pada itu katanya, pembangunan potensi pelancongan baharu juga gagal dimanifestasikan dalam Belanjawan 2019.
"Sepatutnya Lembah Bujang yang merupakan lokasi terbaik bagi dibangunkan sebagai koridor pelancongan arkeologi bersifat eko pelancongan juga gagal dimanifestasikan kerajaan.
"Peruntukan lebih luas dan pembangunan kawasan ini seperti penubuhan satu perbadanan seperti Lada di Langkawi harus digerakkan. Ini akan jadi hasil kepada negara bagi menjana kemasukan pelancong antarabangsa," katanya.
Dalam pada itu katanya, penambahbaikan terhadap Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai Tabung Pendidikan juga amatlah penting, kerajaan perlu jadikan Tabung Pendidikan itu sepertimana operasi Permodalan Nasional Berhad (PNB), dan Tabung Haji dengan ruang pelaburan yang bersifat jangka panjang serta tidak statik pada operasi beri hutang, kutip hutang serta fokus pada simpanan dari individu sahaja.
"Beri satu dana khas PTPTN bagi perolehan hartanah, aset dan ladang untuk digembleng mendapatkan keuntungan. Operasi PTPTN harus dikaji semula dan diselaraskan fokusnya dalam belanjawan 2019 itu supaya ia lebih berdaya maju," katanya.

2 orang berkata:
tu laa PAS guna strategi bodo masa PRU14, kalau PAS menang haritu mesti rakyat Malaysia dah jadi jutawan dan kaya raya.
Firaun boleh membawa pembangunan dan permodenan, tapi nabi Musa tak sokong firaun. Jadi kenapa islam spt kamu harus sokong kafir utk tujuan yg sama?
Gunalah otak.
Post a Comment