Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KEMBALILAH KEPADA AKIDAH

Salam

APABILA MANUSIA MENINGGALKAN ILMU AKIDAH MAKA  TIMBULLAH SUASANA KEZAMAN JAHILIYAH

Negara Malaysia yang dikatakan negara islam yang dicontohi oleh negara islam yang lain tentang kemajuannya menunjukkan pandangan ini sebagai pandang pemimpin jahiliyah morden, pandangan pimpinan UMNO yang mahukan kerajaan menubuhkan pusat pelajar mengandung bakal mengundang mala petaka daripada Allah s.w.t kerana cadangan tersebut seolah-olah menggalakkan perzinaan dan pergaulan bebas

Di Negara ini gejala membuang bayi sudah menjadi satu amalan yang dipandang sebagai suatu perkara yang biasa dan para pemimpin UMNO pula seolah-olah menggalakkan gejala tersebut dengan cadangan membena pusat pelajar mengandung tanpa nikah tujuannya mungkin mengelakan pelajar daripada membuang anak  di tandas, tempat buang sampah dan di dalam longkang 

Di Negara ini rakyat dari golongan muda kebanyakannya sudah hampir tidak terkawal lagi, pergaulan yang tanpa batas dan sempadan tidak dapat dilarang  sekalipun kedua ibu bapa ataupun guru, sementara ketua masyarakat pula tidak dapat berbuat apa-apa sebab mereka terlupa hendak mengatasi gejala sosial kerana dalam minda mereka hanya ada untuk mengejar kemajuan dan kebendaan sahaja

MENGAPA BERLAKU SUASANA INI ?

Jawapannya  mudah, iaitu apabila masyarakat sudah tidak dididik dengan ilmu perhubungan diantara manusia dan Allah (Ilmu Akidah) yang tidak mengenal erti dosa dan pahala maka hasilnya adalah apa yang kita dapat dengar dan lihat sekarang ini iaitu membuang bayi seperti zaman jahiliyah dahulu, siapa yang sepatutnya dipersalahkan ? Jawapannya ialah PEMERINTAH kerana dasarnya yang tidak membayangkan kebaikan dari segi maruah

Tidak ada ertinya negara maju tanpa maruah, tanpa akhlak, inilah akibat jika para pemimpin yang buta akidah  dalam agama diberikan kuasa memerintah oleh rakyat yang juga buta akidah dan agama, rasanya negara ini akan lebih hancur buat masa akan datang sekiranya para ilmuan tidak bertindak menasihatkan pemerintah supaya kembali kepada akidah

2 orang berkata:

sir hans said...
This comment has been removed by the author.
sir hans said...

dulu zaman dakwah berkembang pesat, mereka kate nk memerintah negara.. tu la. jaga periuk nasi, islam diperdagangkan.. maka yatim piatulah islam hari ini.. masyarakat makin rosak. tuhan telah tidak peduli pada rakyat malaysia.. semoga ada penyelamat bangsa sebelum bala Allah tiba.. mohon dgn harap..

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.