Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS BAKAL HILANG BANYAK KERUSI ?

Salam

PAS BAKAL HILANG BANYAK KERUSI PARLIMEN PADA PRU 13 NANTI ?

Persoalannya apakah yang ada didalam minda rakyat sekiranya PAS akan hilang banyak kerusi Parlimen pada pilihanraya umum ke 13 nanti ? Inilah yang sedang dipercaturkan didalam minda sesetengah pehak di Negara ini, andainya PAS benar-benar akan hilang banyak kerusi Parlimen maka dari sekarang PAS perlu mengkajinya, adakah disebabkan sokongan orang melayu merosot, atau sokongan bangsa lain merosot dan sebab-sebabnya

Kepada pengundi melayu apakah ruginya mereka jika PAS banyak hilang kerusi ? dan apakah untungnya ? Perlu diingatkan bahawa bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah Badawi pernah berkata jika sekiranya PAS tidak ada maka UMNO akan hancur, maksudnya apa ? Secara jujurnya rakyat perlu melihat pandangan Tun Abdullah ini terutamanya kepada pengundi melayu, disamping itu juga ia perlu dilihat tentang perpaduan melayu buat masa yang akan datang

Diandaikan  benarlah pandangan sesetengah penganalisa politik bahawa PAS akan banyak hilang kerusi maka dalam masa yang sama UMNO pula terus dibenci oleh golongan muda apakah akan terjadi dengan nasib orang melayu ? Disini Pak Karamu belum lagi mahu kaitkan dengan dasar yang dibawa oleh UMNO dan PAS, jika dikira dasar perjuangan itu mahu diambil kira maka semua  orang melayu tiada pilihan melainkan mereka kena mengambil islam sebagai dasar mereka

Orang yang bukan islam tentunya sudah berkira-kira tentang nasib PRU 13 ini dan mereka mungkin sudah mencongak untung dan ruginya jika berpecah ataupun berpadu dengan komponen masing-masing

Berbalik kita kepada politik PAS yang sedang berada dengan pakatan Rakyat, andainya PAS banyak hilang kerusi pada PRU 13 nanti dapatkah orang melayu khususnya dapat menjangkakan apakah yang akan terjadi kepada politik orang melayu dan nasib agama yang mereka anuti ? UMNO tetap dengan dasarnya sekalipun konsep 1 Malaysia diperkenalkan akan tetapi ia tetap juga gagal dilaksanakan kerana konsep itu hanyalah bersikap dakwah UMNO yang ada muslihat dan telah diketahui oleh rakyat di Negara ini
Nampaknya jika alasan ini diambil kira maka orang melayu khususnya tiada pilihan melainkan  mereka terpaksa memberikan undi kepada PAS untuk menyelamatkan orang melayu dan agama islam di Negara ini dan jika keputusan memeransangkan bagi PAS pada pilihanraya nanti maka inilah saja jalan yang terbaik untuk orang melayu bersatu dalam islam sebagaimana yang dituntut oleh agama kita

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.