Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Kes Anuar Hampir Memburai Rahsia Besar ...

Salam

PAK KARAMU TIDAK SUKA BACA KES MACAM ANUAR, SEBAB ITU PAK KARAMU JARANG SENTUH KES MACAM NI , TAPI BILA SAMPAI TAHAP SEMACAM BERLAKU PENGINAYAAN MAKA TERPANGGIL JUGA NAK MENGGATALKAN MULUT

Ramai orang berkata Anuar Ibrahim sejak zaman muda dia memang dari  dulu lagi suka kat bontot, saya diam je sebab itu hal pribadi, ramai juga orang berkata kali ini Anuar akan terperangkap, tapi Pak Karamu tidak ambil pusing, lantak laa ! Sendiri buat tanggung la resikonya

NAMUN APABILA SAMPAI SATU TAHAP

1. Mengapa berlaku perhubungan sulit yang intim diantara saksi utama dan kumpulan pendakwa raya ?
2. Mengapa Anuar buat laporan polis tentang perhubungan Saifol dan Farah dari team pendakwaraya ?
3. Mengapa  hakim menolak kedua mereka dipanggil  untuk  menafikan perhubungan sulit mereka ?

 Perkara pertama yang diatas menjadi tanda tanya didalam kepala Pak Karamu, mengapa berlaku perkara tersebut sedangkan mana-mana peraturan dan undang-undang sekalipun perkara pertama  tetap tidak patut berlaku sekalipun salah seorang team pendakwaan tersebut telah disingkirkan. Apakah resiko jika ada perhubungan intim diantara saksi utama dan salah seorang dari team pendakwa raya ? Jawabnya mudah soalan bocor, apabila soalan bocor maka disana pasti ada pilih kasih dan keadilan tidak tertegak

Perkara kedua, jarang juga kita dengar orang yang dituduh yang sedang menjalani perbicaraan membuat laporan polis dalam kesnya melainkan ada rahsia yang tersirat yang disyaki untuk mengenakan orang yang tertuduh dengan kesalahan yang dia buat, mungkin disinilah yang tertuduh merasakan ada konspirasi pehak atasan untuk mengaib dan menjatuhkannya tambahan pula  ramai yang berkata  yang kena tuduh  pasti masuk ke dalam penjara, ertinya hukuman  telah diketahui sejak dari awal sekalipun keputusan hakim belum lagi dibuat

Perkara yang ketiga mengapa hakim menolak permohonan peguambela untuk membawa kedua-dua mereka kehadapan mahkamah yang hanya untuk mengetahui pendirian menafikan perhubungan sulit  intim mereka ? Bukankah dengan penolakan hakim ini seolah-olah hakim takut terburai satu rahsia sebenar isu kes ini ? Inilah yang sedang bermain didalam fikiran Pak Karamu, hakim tentunya seorang yang adil akan tetapi jika berlaku penolakannya untuk menbawa mereka bagi mendapatkan hanya pengakuan maka tentulah hakim dilihat sebagai takutkan sesuatu yang terbongkar dan disinilah yang menjadi tanda tanya

PENILAIAN PAK KARAMU TENTANG SAIFUL

Saipol mungkin seorang yang waras yang tidak mahu rahsia pribadi buruknya diketahui orang ramai kerana soal pribadi buruk ini mungkin akan ditanggungnya seumur hidup  demikian juga kepada kedua ibu dan bapanya, dia tetap ada maruah diri akan tetapi apabila dia sanggup membuka keburukan maruah diri dan keluarganya kepada orang ramai  rasanya dia ini semacam tidak ada maruah  diri malah keluarga sekalipun turut terjejas

Yang menjadi persoalannya sekarang mungkinkah dibelakang dia ada jin yang menyuruh dia membuat aduan perangai buruknya kerana muslihat sesuatu ?




0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.