Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ANTARA RAMALAN DAN REALITY

Salam

BUKAN HENDAK PERCAYA DENGAN RAMALAN AKAN TETAPI REALITY PANDANGAN RAKYAT YANG TERBANYAK MENGATAKAN BN AKAN TUMBANG PRU 13

Amalan mempercayai kapada pandangan ramalan oleh kebanyakan para pemimpin dan penganalisa politik yang mengatakan bahawa pada PRU 13 ini BN/UMNO akan tumbang bukan satu  amalan yang baik sebenarnya mungkin ia satu cara perang saraf NAMUN apabila ditinjau pandangan dari golongan muda, atas  pagar dan masyarakat umum dari pelbagai kaum sendiri maka kita akan dapati mereka rata-rata mahukan kerajaan yang ada ditukar kerana dikatakan sudah lama 

Mereka mengatakan bahawa semakin lama BN/UMNO memerintah maka semakin banyak yang tidak kena terutama masalah rasuah yang diamalkan oleh pemimpin, mereka juga mengatakan amalan perancangan pembangunan negara terlalu banyak membazir sekalipun pembangunan tersebut dirancang oleh kerajaan akan tetapi orang tengah yang  menjadi kroni mereka sanggapup berkelakuan  seperti jerung yang telah banyak melakukan muslihat untuk menipu kerajaan dan rakyat sebab itu jika dikaji tentang berbagai-bagai rancangan yang diperuntukkan oleh kerajaan maka ia akan berkesudahan dengan cerita rasuah

Apabila seorang VVIP di tuduh melakukan rasuah setelah mereka hilang kuasa maka akan kedengaranlah cerita rasuah terhadap pemimpin tersebut sekalipun pemimpin tersebut membuat penafian pada peringkat awalnya, mereka mengambil contoh yang terkini terhadap kes Khir Toyo yang beria-ia menafikan telah melakukan penyelewengan akhirnya dia diheret ke mahkamah, itu belum lagi para pemimpin yang ada yang masih lagi sedang berkuasa, nanti apabila mereka hilang kuasa maka akan kedengaran pula cerita buruk mereka dan akan kedengaran pula nasib mereka akan diheret ke Mahkamah juga

Rakyat mungkin sudah muak dengan alasan bodoh yang mereka berikan, apa yang rakyat mahu ialah kerajaan perlu ditukar, rakyat juga dapat menilai perancangan kerajaan yang sukakan kepada projek mega dan diwaktu yang sama kerajaan anjurkan rakyat supaya berjimat dan diwaktu yang sama juga para pemimpin melakukan pembaziran dan rasuah dengan terang dan apa yang nyata mereka mungkin dapat menutup bangkai mereka kerana mereka masih berkuasa atau mereka cipta dengan alasan-alasan yang menipu


0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.