FELDA TENANG ADA 4,000 PENEROKA, MEREKA AKAN BAGI UNDI SAMA PAS NANTI
Pengarah Besar FELDA Dato' Zulkifli Abdul Wahab merayu peneroka supaya JANGAN saman dan jangan bawa kepada Mahkamah tentang tuntutan hak peneroka, Apa yang peneroka hendak ? Wang ? Hak milik ? ATAU sememangnya FELDA dah tipu mereka yang mengatakan FELDA tak ada apa-apa yang perlu dirisaukan ! Habiiiiis ? Jika tak ada apa-apa mengapa Pengarah FELDA merayu supaya JANGAN bawa kepada pehak undang-undang ?
Bermati-matian FELDA dan PM mengatakan FELDA ok ! tak ada apa-apa, tetiba Pengarah besarnya minta penyelesaian secara runding ! Alahai apa sudah jadi dengan FELDA ? Di DUN Tenang ada 4,000 peneroka yang akan menerima surat pekeliling tentang rayuan Pengarah Besar tersebut, kita tidak tahu apakah tindakan peneroka dalam hal rayuan ini, rasanya ELOK MEREKA SAMAN sebab dengan saman itu nanti dapat menutup mulut pendusta yang mengatakan FELDA tak ada apa-apa
BN/UMNO di DUN TENANG sudah mula tidak tenang, mengelabah habis mereka ini, isu FELDA akan menjadi isu yang paling hangat, nampaknya belum lagi disitiharkan penamanaan calon UMNO sudah kecuuuuut ! Apa nak dikata lagi nasi sudah jadi bubur ! dulu ANAK nak runding tapi Pengurusan FELDA sombong tak mahu balas surat, konon mereka betul ! Nah sekarang apa sudah jadik ?
SAMAN JANGAN TAK SAMAN
0 orang berkata:
Post a Comment