SIAPA KATA SEMUA AGAMA SAMA MAKA MEREKA ITU TIDAK FAHAM AGAMA
Mungkin ada para pemimpim yang bercakap semua agama adalah sama iaitu menuju kepada kebaikan,kedamaian dan keharmonian, jika demikian samalah manusia dengan haiwan yang sayangkan kepada anaknya dan menyediakan tempat tinggal dan makanan untuk anak mereka, pada tahap ini mungkin manusia sama dengan haiwan
Islam tidak sama dengan agama yang lain yang mencipta nama agama mereka, islam adalah agama yang ditetapkan oleh Allah daripada langit untuk semua manusia namun manusia sengaja mencipta nama agama mereka dan mengesahkan bahawa agama masing-masing adalah baik dan benar kerana dasarnya menuju kepada kebaikan, keharmonian dan keamanan
Agama islam bukan agama ciptaan manusia akan tetapi ditetapkan oleh Allah dan dasar hidupnya juga adalah ditentukan oleh Allah iaitu لا اله الا الله maksudnya ialah lillahi Ta'ala, ertinya agama yang berhubung dengan dasar perhubungan diantara Tuhan dan manusia ertinya semua cara hidup adalah berdasarkan kepada keikhlasan senua aktiviti kehidupan adalah kerana ada perintah dan juga larangan, keikhlasan kerana membabitkan pahala dan larangan membabitkan dosa
Nak hidup kerana Lillahi Ta'ala, nak bernegara kerana lillahi ta'ala, nak bekeluarga kerana lillahi ta'ala, pendek kata apa saja yang kita lakukan wajib dengan lillahi ta'ala, melainkan hendak menyamun, ,encuri, rasuah, dan semua pekerjaan yang zalim tidak boleh disandarkan kepada Allah kerana ada garis pantang dan larang dosa dan pahala sekalipun semuanya adalah datang dari Allah akan tetapi ada yang Dia izin dan redha dan ada pula yang Dia izin akan tetapi dia tidak redha
Agama islam menetapkan semua aktiviti hidup mesti berlandaskan kepada peraturan dari Tuhan, tidak boleh dari manusia atau peraturan ciptaan manusia kerana manusia adalah hamba kepada Tuhan, jika ada peraturan selain daripada peraturan Tuhan maka manusia itu seolah-olah hendak menjadi Tuhan atau hendak lawan dengan Tuhan
0 orang berkata:
Post a Comment