Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

UMNO TAKUT HANTU CINA DAN ...

Salam

ORANG UMNO TAKUTKAN BANGSA BUKAN ISLAM HAMPIRI QURAN ?

Apakah sebab orang UMNO sangat takutkan orang bukan islam menghampiri quran ? Mati-mati mereka maki hamun orang bukan islam apabila hampiri quran tambah lagi jika mereka mendengar orang bukan islam berhujah dengan ayat quran, mereka naik pitam marah yang tidak kesampaian, buuuub ! jatuh ! Kerana terlampau geram, seolah-olah quran itu pusaka mak pak dia orang punya

Al Quran itu adalah hudan ! (petunjuk) dia bukan untuk orang islam biasa seperti UMNO dan yang lain, Allah bagitahu bahawa Al quran itu adalah petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa (Al Baqarah ayat 2) jadi jelaslah bahawa jika orang islam yang tidak mahu bertakwa maka quran itu bukan untuk mereka, sebab itu UMNO kena cermin diri dulu sebelum mengakui sebagai orang islam yang tulin

Maksud firman Allah " Perpegang teguhlah kamu kepada tali Allah jangan bercerai berai" ertinya jika tidak berpegang teguh kepada al quran maka pasti akan bercerai berai, apabila bercerai berai maka janganlah salahkan  orang lain, salahkanlah diri sendiri, UMNO hanya setakat berpegang saja TEGUHNYA langsung tidak ada kepada al quran tersebut sebab itu mereka marah kepada DAP yang berhujah mengikut al quran

Pak Karamu masih ingat seorang cina dari DAP berhujah dengan ayat quran, maka bertepok tanganlah orang UMNO mendengarkannya, seorang orang veteran UMNO berkata "tegak bulu roma aku mendengar orang cina membaca quran katanya " selepas itu orang UMNO itu berkata  "Mengapa orang UMNO tidak mahu berhujah dengan ayat quran bagi orang PAS dengar ? Pak Karamu kata quran itu hanya untuk siapa yang membaca dan mengamalkannya saja !

Yang lebih malangnya ialah apabila orang UMNO berkata " Al Quran itu hanya untuk orang islam yang sudah bersunat saja ! kalau belum bersunat tak boleh hampiri dan membacanya ! Berdoooosa ! katanya !  Wah !!! orang UMNO jenis ini lagi pandai ! Pak Karamu jawab "Ooooo ! sebab itu orang UMNO tak mahu hampiri quran jauh lagi untuk beramalkannya sebab UMNO tidak bersunat !

Huh ! marah gila dia ! dengan nada yang marah dia berkata " Kalo cam tu al quran itu untuk orang Pas saja laaaa ! Pak Karamu kata bukan untuk orang Pas saja tapi termasuk orang DAP saja ! Huh ! lagilah dia marah ! kemudian dia berkata "untuk melayu dan UMNO al quran apa ? Pak Karamu jawab " Al Quran UMNO adalah perlembagaan negara  sebab perlembagaan negara tidak boleh diatasi dengan lain-lain perlembagaan termasuklah quran ! sebab itu Pas menjadikan dasar perjuangannya berlandaskan Quran, UMNO kenapa tak buat ?

Tetiba saja dia berkata " UMNO itu islam dan islam itu melayu itulah yang ternaktub dalam perlembagaan !  Pak Karamu jawab " Itulah sebabnya Pak Karamu kata perlembagaan itu adalah quran UMNO, ertinya perlembagaan itu quran dan quran itu perlembagaan  bagi orang UMNO ! semua ini adalah macam melayu itu islam dan islam itu melayu

Cabuuuuut ! beredarlah dia dari restoran mamak,  Ehhh ! ni siapa yang nak bayar nih ! Pak Karamu la bayar ! katanya


0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.