Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PR MENANG ! BN KALAH ! APA JADIK ?

Salam

APABILA SUDAH ADA KENYATAAN DARI PEMIMPIN NEGARA YANG SEBUT PR TIDAK BOLEH MENANG DAN BN TIDAK BOLEH KALAH MAKA IA SATU UGUTAN

Pak Karamu sudah sebut benda-benda seperti ini !!! Sekalipun ia bukan benda untuk dibilang-bilang !!!

Ini sebenarnya satu amaran terhadap rakyat di negara ini, sepatutnya kenyataan ini TIDAK boleh keluar dari mulut seorang pemimpin didalam sebuah negara yang dikatakan mengamalkan sistem demokrasi berparlimen, sepatutnya kita gunakan PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI barulah ia dinamakan demokrasi

Teringat kepada kata-kata orang PAS,  "PAS TIDAK TAKUT KALAH ! YANG PAS TAKUT IALAH JIKA PAS MENANG ! Apa ertinya kata-kata ini ? Mungkin PAS selalu kalah, jadi mereka tidak hairan semua ini, akan tetapi jika PAS menang tentulah ia menjadi hairan mengapa PAS menang ? Kata-kata inipun tidak betuk kerana takdir mengatasi segala-galanya, jadi apa persediaan yang telah dirancang ?

PAS yang berada didalam PR sudahkah pemimpin mereka memikirkan perkara yang seperti ini ? Pemimpin PR tentunya sudah memikirkan perkara ini akan tetapi tidak pernah mengeluarkan kenyataan kerana ianya mungkin sensitip dan bakal akan dituduh macam-macam yang tidak baik akan tetapi apabila pemimpin BN yang mengeluarkan kata-kata PR tidak boleh menang dan BN tidak boleh kalah tentunya ada perkara buruk yang bakal akan berlaku ?

Rakyat yang ada otak dan akal tentu dapat meneka apa bakal yang akan berlaku jika PR menang ! Kita pernah mendengar cerita dari negara jiran yang mana apabila sesebuah kumpulan menang maka berlakulah huruhara kemudian tentera akan mengambil alih atau akan berlaku sesuatu yang tidak disenangi kemudian darahpun akan mengalir dibumi semua ini kerana mabuk kuasa sedangkan rakyat menolak mereka
Teringat lagi Pak Karamu kenyataan para pimpinan UMNO dulu yang mengatakan jika PAS menang maka negara akan menjadi HURUHARA, akhirnya PAS dapat memerintah negeri Kelantan masa itu, ternyata tidak berlaku HURUHARA sekalipun macam akan berlaku HURUHARA, dan hari ini kenyataan yang sama telah keluar dari mulut pimpinan UMNO jadi kita tidak lagi menjadi merasa hairan namun PR perlu berjaga-jaga dan meneruskan perjuangan

Pakatan Rakyat sepatutnya menghebahkan benda ini demi mempertahankan demokrasi berparlimen supaya rakyat faham siapa yang sebenarnya pencetus huruhara di negara ini biar mereka faham siapa mereka sebenarnya dan apa yang mereka takut yang sebenarnya ialah MUNGKIN jika PR menang nanti akan bakal terbongkar cerita salah guna kuasa atau jenayah yang lebih besar, jadi HURUHARA adalah penutup segala kekejian yang mereka lakukan 


0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.