MENGHADAPI PRU KE 13, KALI INI KEMENTERIAN PENERANGAN BERMATI-MATIAN BERUSHA TABUR FITNAH DAN PROPAGANDA
Bagi menghadapi pilihanraya umum ke 13, Kementerian Penerangan kali ini dijangkakan akan memperhebat kempennya dengan mempergunakan berbagai-bagai cara, BN/UMNO akan berbuat apa saja cara termasuk menggunakan tenaga kemanusiaan dari jabatan-jabatan kerajaan bagi menabur fitnah dan propaganda bagi memikat hati rakyat, mereka terpaksa melakukan demikian kerana PRU kali ini dianggap tenat bagi BN/UMNO, tersilap isu yang dimainkan bermakna BN/UMNO akan hancur kali ini
Bagi parti-parti pembangkang pula mereka terpaksa menghadapi berbagai-bagai kerenah dari BN/UMNO serta kerajaan dan mereka terpaksa mencari kaedah terbaru bagi menangkisnya dan sudah termaklum kepada mereka bahawa segala alat media kerajaan akan dipergunakan sepenuhnya, mereka mesti bekerja keras bagi mencari rahsia dan maklumat kelemahan BN/UMNO serta kerajaan yang mungkin boleh dijadikan kaunter attack, tidak mustahil segala isu yang berkait dengan rasuah dan moral yang baru akan dapat kita dengar
Dimaklumkan bahawa ada berbagai-bagai isu yang menggemparkan akan diluahkan oleh Pakatan Rakyat kali ini, isu ini sengaja tidak dikeluarkan kerana ia adalah khusus untuk isu pilihanraya umum ke 13, dan atas isu ini rakyat mungkin akan menyokong penuh Pakatan Rakyat, walau apapun BN/UMNO serta agensi kerajaan sekarang sedang melakukan kemas kini supaya tiada isu yang menikan diri mereka sendiri
0 orang berkata:
Post a Comment