SESIAPA SAJA DIKALANGAN PIMPINAN UMNO AKAN DIDAKWA TANPA KRONI
Apabila sudah hampir musim pilihanraya maka orang politik UMNO akan mencari jalan bagaimana hendak melobi dan menjatuhkan sesama mereka kerana mahukan jawatan tertentu diganti dan sudah tentu kerja melobi ini akan menjadi senjata untuk menjatuhkan kawan dan lawan, yang lebih malang lagi sekiranya pimpinan dikalangan mereka mempunyai kes rasuah maka akan segera didedahkan dengan nawaitu hendak merebut jawatan
Khir Toyo telah digantung dan dicabut semua jawatannya daripada parti kerana dia terlibat dengan amalan rasuah, kononnya untuk membersihkan nama baik UMNO tambahan lagi apabila hampir pilihanraya, sekalipun dia belum lagi didapati bersalah, zaman sebelumnya apabila ada menteri mengamalkan rasuah mereka tidak digantung kerana masa pilihanraya jauh dan keluarlah kata-kata "SELAGI MAHKAMAH TIDAK MENDAPATINYA BERSALAH MAKA MEREKA TIDAK BERSALAH"
Bekas menteri besar Selangor Khir Toyo sekalipun semua jawatannya didalam parti dicabut tetapi rakyat tahu dia adalah bekas menteri besar UMNO di Selangor yang melakukan amalan rasuah dan membena kekayaannya melalui jawatannya sebagai menteri besar, semua orang tahu sama ada BN atau PR orang UMNO sudah pasti merasa keciwa dengan amalan ini kerana cita-cita untuk merampas Selangor menjadi pudar dan ada dikalangan orang UMNO mengatakan selagi Khir Toyo didak dipecat dari UMNO maka selagi itulah UMNO akan menanggung malu
0 orang berkata:
Post a Comment