SEMAKIN DIBENDUNG DAN DIPECAHBELAHKAN ANTARA PAS,PKR DAN DAP MAKA SEMAKIN KUKUH KERJASAMA MEREKA
BN/UMNO mahukan PAS berjuang secara sendirian dan bekerjasama dengan BN/UMNO, mereka juga mahukan PAS dan PKR dipecahbelahkan demikian juga dengan DAP, Apakah motif BN/UMNO berbuat demikian ? Jawapannya mudah sebab mereka mahu berkuasa dan terus menerus berkuasa supaya kes yang mereka lakukan tidak mudah terbongkar dan dijangkakan lebih banyak dan besar kes akan dibuka oleh Pakatan Rakyat terhadap BN/UMNO andainya Pakatan Rakyat memerintah
Agaknya BN/UMNO masih berfikiran kuno dan lama, mereka tidak sedar bahawa pemikiran rakyat sekarang sudah jauh berubah dan matang berfikir serta menilai kelakuan anggota pimpinan BN/UMNO yang banyak melakukan penyelewengan, rasuah dan membazir wang dari titik peluh rakyat, inilah focus kebanyakan pandangan rakyat, sebab itu rakyat tidak peduli lagi isu yang dibangkitkan oleh BN/UMNO kepada pimpinan Pakatan Rakyat, yang rakyat nampak sekarang ialah penyelewengan dan berat sebelah kerajaan BN/UMNO
Kes Anuar Ibrahim yang amat 'aib sepatutnya dia telah dilontar jauh kedalam longkang oleh pimpinan Pakatan Rakyat namun perhubungannya dengan pimpinan Pakatan Rakyat semakin rapat dan dimana juga dia pergi dan mengadakan ceramah penerangan maka sambutanya tetap juga hangat, nampaknya Anuar ini macam sebujur mayat yang telah disembahyangkan, apabila Imam bertanyakan kepada para jama'ah "Apa kita kata pada mayat ini ? Jawab para jama'ah Baiiiiik ! So BN/UMNO nak buat macam mana lagi ?
Tindakan menggantung dia dari menghadiri Parlimen selama 6 bulan adakah BN/UMNO fikir Anuar akan hilang keupayaannya dari terus membuat rood show keseluruh negara ? Atau dia akan dipulaukan oleh rakyat ? Trend rakyat Malaysia sekarang ialah nak tukar kerajaan, itu saja, sama ada Anuar busuk atau ancing atau Lim Guan Eng busuk, atau Nik Aziz busuk semuanya tidak timbul mereka tidak peduli kerana rakyat melihat BN/UMNO lagi busuk dan ancing sebab itu apabila Khir Toyo dibawa ke mahkamah maka mata rakyat telah menjadi bersinar dan terang !
Apa yang lebih besar pada pandangan rakyat sekarang ialah tertutupnya berbagai isu rasuah yang besar-besar yang tertutup rapat yang telah dilakukan oleh pucuk pimpinan BN/UMNO yang tidak mungkin terbongkar selagi BN/UMNO terus memerintah, kerana itu rakyat mahu lihat dan dengar kes beli kapal selam, kes pembunuhan Altantuya, kes membeli jet pejuang dan kes yang besar lain yang sedang dikorek, itu yang melibatkan dengan luar negara, yang didalam negara ? huh tak terbilang lagi semuanya akan dibongkar
1 orang berkata:
Saya masih mengharapkan perjuangan PAS seperti dahulu, perjuangan yang jelas untuk diperjuangkan...tetapi kini setelah Nik Aziz menjadi penentu, dasar perjuangan PAS telah tersasar jauh....! juga jauh dihati saya.
Berdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP terutamanya, janganlah diperbodohkan oleh mereka...! kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat
keberkatan daripada perjuangan PAS.
Kembalilah kepada perjuangan asal....sebuah negara Islam yang berdaulat!
Post a Comment