Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Friday, September 28, 2012

Tengok Dokumen ni.. Presiden Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) sendiri dah menyeleweng.. apa cerita ni?


Ada sumber mendakwa ketika wakil dari pihak PKNS dan SIC membuat laporan Polis terhadap JMM dimasa yang sama dan di IPD yang sama iaitu IPD Shah Alam, pihak GAPS dan JMM turut membuat laporan Polis.

PKNS diwakili oleh Pegawai Undang-undang nya Silawati Mat Jusoh @ Abd Kadir dan Ir Zulkifli Khalid, Pengurus Besar Selangor Industrial Corporation Sdn Bhd (SIC) bagi mewakili SIC.

Laporan Polis dibuat oleh PKNS dan SIC berikutan pengedaran ‘Surat Mohon Beli Hutang Rumah’ yang memunyai kepala surat rasmi JMM.

Surat berkenaan mengandungi pernyataan yang salah dan menyeleweng bahawa PKNS melalui SIC seolah-olah telah menyelamatkan Talam Corporation Berhad menerusi pembelian hutangnya sebanyak RM391.9 juta sedangkan PKNS mahupun SIC tidak mengeluarkan satu sen pun.

Lihat laporan Polis dan surat yang diedarkan JMM di ( SINI )

Laporan Polis oleh GAPS dan JMM pula mengenai bas dua tingkat yang digunakan untuk kempen ‘Jelajah Merdeka Rakyat’ oleh DS Anwar Ibrahim.

Turut kelihatan bersama kumpulan GAPS dan JMM ialah kira-kira 20 orang pemuda.

GAPS atau Gabungan Anti Penyelewengan Selangor diwakili oleh Pengerusinya iaitu Hamidzun Khairuddin (gambar atas) seorang indvidu yang lantang menyerang Kerajaan Negeri Selangor.

Manakala Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) diwakili oleh Presidennya Azwanddin Hamzah (gambar bawah).. dan SD Johari Yassin, bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan mewakili apa entahlah..
Presiden Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia, Azwanddin Hamzah (dua dari kiri) ketika membuat laporan polis berhubung artikel di laman Malaysia Today  di Balai Polis Hulu Kelang suatu ketika dulu.
Antara Azwanddin dan Hamidzun Khairuddin, yang amat menonjol dalam menentang apa yang dikatakannya sebagai penyelewengan dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor ialah Presiden GAPS iaitu Hamidzun Khairuddin.

Tentu ramai yang tertanya-tanya apakah sebabnya beliau begitu memusuhi  Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor dan juga PKNS yang terletak dibawah penguasaan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor.

Adakah Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor benar-benar menyeleweng?

Jawapannya sila baca apa yang dibekalkan oleh pihak dari Selangor di bawah ini..

Nampak tak sebab apa??

Kalau tak melalak menyokong UMNO menyerang Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor sudah tentu dia kedalam sebab pecah amanah..

Jadi untuk mendapatkan imuniti terpaksalah melalak bagi pihak UMNO...

Siapalah yang lantik dia jadi Presiden Gabungan Anti Penyelewengan Selangor tu.. dia sendiri dah menyeleweng.. ha..ha..ha..

Presiden Gabungan Anti Penyelewengan Selangor sendiri dah menyeleweng.. apa cerita ni??

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.