Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Penganalisis: Bajet 2013 fokus belia, bayangi PRU13
RUZY ADILA IDRIS DAN RAZIATUL HANUM A. RAJAK
29 September 2012
bajet
Orang ramai menonton siaran lansung pembentangan Belanjawan 2013 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merangkap Menteri Kewangan.
SHAH ALAM – Bajet 2013 dibentangkan Datuk Seri Najib Tun Razak semalam dilihat sebagai satu bajet yang lebih seimbang buat pertama kali dan dalam masa sama, tidak membebankan rakyat - khususnya golongan belia, kumpulan sasaran penting dalam senarai pemilih Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, fokus bajet ini bertujuan menarik pertumbuhan ekonomi negara dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi global.


Beliau turut mengakui memang bajet ini ada kaitan dengan PRU13 tetapi pendekatan kerajaan banyak merakyatkan bajet ini untuk meringankan beban kepada golongan berpendapatan rendah.


Dalam pada itu, Azizuddin turut tidak menafikan bajet itu nampak seperti cuba menarik sokongan belia bagi meneruskan agenda kerajaan pada jangka masa pendek.


Katanya, bajet PR juga cuba menarik sokongan orang muda dengan menawarkan pemansuhan PTPTN dan menurunkan harga kereta tetapi bajet kerajaan jauh lebih praktikal kerana menilai kemampuan kerajaan untuk melaksanakannya.


“Berbanding PR yang hanya menampilkan bajet populis.


“Bajet yang dibentangkan kerajaan dan PR sememangnya berkisar bagi menghadapi PRU13. Mereka boleh nafikan tetapi sememangnya ia berada dalam konteks itu,” jelas beliau lagi.


Dalam pada itu, Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara, Profesor Datuk Mohamed Mustafa Ishak berkata, setiap lapisan masyarakat tidak terkecuali dari merasai kelebihan pada bajet kali ini.


“Semua pihak yang bermula dari pesara, orang muda, kanak-kanak, orang kurang upaya (OKU), peniaga, pesawah, petani sehinggalah kakitangan awam dapat merasai insentif ini.


“Lebih-lebih lagi, golongan muda yang sebelum ini terpinggir dari mendapat perhatian dalam bajet lalu. Kali ini insentif seperti pemberian baucer buku, Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dan diskaun Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN),” katanya kepada Sinar Harian Online.


Beliau mengulas bahawa bukan hanya orang yang sudah berumah tangga mempunyai masalah kewangan, tetapi mereka yang bujang juga menghadapi masalah yang sama.


Ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini bahawa bajet yang bakal dibentangkan Najib bersifat populis memandangkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang makin hampir, Mustafa berkata, perkara itu memang tidak dapat dielakkan.


“Itu adalah normal, sesiapa pun yang menjadi kerajaan akan mengambil pendekatan yang sama.


“Bajet ini tidak mengambil langkah yang begitu populis yang boleh merencatkan ekonomi negara berbanding bajet PR yang lebih bersifat populis sampai tidak memikirkan kesan kepada negara,” katanya lagi.


Terdahulu, bajet kali ini, Najib turut menggariskan lima fokus utama untuk meningkatkan taraf hidup rakyat di seluruh negara.


Belanjawan yang dibentangkan Najib yang juga Menteri Kewangan itu juga bertujuan memastikan pertumbuhan ekonomi mapan, perbelanjaan berhemah dan mengurangkan defisit fiskal negara dengan matlamat keseluruhan mengutamakan kesejahteraan rakyat.


Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata, bajet tersebut mungkin kelihatan sebagai tarikan untuk PRU13, tetapi sebenarnya kerajaan mampu dari segi peruntukkan itu, lalu menyalurkannya kepada rakyat.


“Sebenarnya, bajet ini tidak ada kaitan pun untuk PRU yang secara kebetulan pembentangan bajet berlaku di kala penggal parlimen bakal dibubarkan pada bila-bila masa,” ujar beliau.


Selain itu, beliau turut mengulas perhatian terhadap belia pada bajet kali ini adalah sangat adil melalui pemberian insentif tidak kira mereka adalah Pro-Mahasiswa dan Pro-Aspirasi, semuanya boleh menikmati insentif berkenaan.


“Selain itu, pemberian diskaun PTPTN dialu-alukan tetapi jika dimansuhkan akan berlaku ketidakadilan kepada mereka yang teklah membayar dan juga mereka yang bakal menyambung pelajaran.


“Peminjam kalau mendapat kelas pertama akan ditukar menjadi biasiswa, secara tidak langsung akan menyebabkan mahasiswa berlumba-lumba untuk mendapat keputusan cemerlang.
“PR tidak mungkin menghapuskan PTPTN, setakat berjanji bolehlah.. mungkin mereka hanya akan menurunkan faedah bayaran balik pinjaman,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut berharap PR akan menerima apa yang baik dibuat oleh kerajaan.


Katanya, jika ada perkara baik dibuat perlulah disokong dan jika sebaliknya boleh dibangkang.

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.