Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JIKA TUKAR JADI SERAMBI APA PULAK ?

Gerakan Tukar Kerajaan Pas Kelantan Demi Rakyat lancar kempen Harapanku

27 September 2012
22harapanku
Laman Facebook di www.facebook.com/groups/22harapanku/
KOTA BHARU - Anak Kelantan termasuk yang tinggal di luar negeri itu kini berpeluang menyatakan harapan mereka kepada kerajaan negeri yang akan datang menerusi 200,000 kad yang diedar gabungan badan bukan kerajaan.

Menggelarkan diri mereka Gerakan Tukar Kerajaan Pas Kelantan Demi Rakyat (Tukar), kumpulan itu melancarkan kempen 'Harapanku' pada 22 September lepas dan akan berlangsung hingga 22 November ini.
  
"Tukar kini telah menerima kembali lebih 5,000 kad Harapanku dan kita yakin mampu mengutip sekurang-kurangnya 180,000 keping kad apabila kempen berakhir," kata Pengerusi Tukar Kamaruddin Kassim kepada pemberita, di sini hari ini.
  
Mereka sebelum itu mengedarkan lebih 1,000 kad kepada peniaga dan pengunjung di Pasar Besar Siti Khadijah. Harapanku bertujuan mengumpulkan harapan anak Kelantan untuk disampaikan kepada kerajaan negeri yang akan dibentuk selepas pilihan raya umum ke-13.
  
Kamaruddin berkata, bagi perantau, mereka boleh melayari laman Facebook di www.facebook.com/groupe/22harapanku/ atau laman sesawang 22harapanku.webs.com.
  
Kamaruddin berkata, pada kemuncak kempen, pihaknya akan mengedarkan lebih banyak kad kepada anak Kelantan yang tinggal di luar negeri itu menerusi satu program di Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 22 November ini.
  
Menurutnya kandungan kad yang diterima akan diteliti sebelum diserah kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.
  
"Kita berharap harapan rakyat Kelantan itu akan dimasukkan ke dalam manifesto BN bagi menghadapi pilihan raya umum ini," katanya.
  
Mengenai harapan yang dinyatakan anak Kelantan berdasarkan kad yang diterima setakat ini, Kamaruddin berkata mereka mahukan rumah mampu milik, jaminan masa depan untuk ibu tunggal dan peluang pekerjaan kepada generasi muda.
  
Mengulas pemilihan pasar itu sebagai lokasi edaran kad, beliau berkata pasar tersebut dibina kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Pas yang telah mentadbir negeri sejak 1990 masih belum melaksanakan janji untuk menghapuskan cukai bakul kepada peniaga.
  
Sementara itu seorang peniaga Halijah Wan Man, 47, mahukan kerajaan baharu nanti menghapuskan cukai bakul seperti yang dijanjikan kerajaan PAS sebelum ini.
  
"Tak kira siapa perintah pun, hapuslah cukai bakul ini. Jadilah kerajaan yang menepati janji dan bukannya kerajaan yang janjinya tak ditepati," katanya. - Bernama

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.