Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NI MESTI KERJA ORANG PEH

Kereta dinaiki Naib Presiden Pas, aktivis ditoreh dan dipecah cermin
RUZY ADILA IDRIS
30 September 2012
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub
SHAH ALAM – Dua tayar kereta yang dinaiki Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub ditoreh manakala dua kereta lain dipecahkan cermin depan dan disimbah asid dalam satu kejadian tengah hari tadi di Sungai Rengit, Pengerang.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, beliau menaiki kereta Pengerusi Institut Peduli Rakyat, Datuk Seri Abdul Rahman Maidin yang turut bersamanya bagi menghadiri Himpunan Hijau Lestari Pengerang di Dataran Sungai Rengit, yang diadakan untuk membantah Projek Bersepadu Penapisan dan Petrokimia Petronas (Rapid).

“Dua tayar kereta itu ditoreh manakala kereta yang diparkir bersebelah kereta berkenaan turut ditoreh dua tayarnya dan cermin depan turut dipecahkan.

“Selain itu, kereta yang dinaiki aktivis Hishamuddin Rais pula disimbah asid,” katanya, yang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, ketika dihubungi Sinar Harian Online, lewat petang ini.

Menurut Salahuddin, yang juga Pengerusi Badan Bertindak Pengambilan Tanah Pengerang (Mantap), kejadian itu membabitkan tiga kenderaan termasuk kereta dan kejadian disedari ketika hendak menunaikan solat Zohor di masjid berhampiran.

Salahuddin sebelum ini mengumumkan akan bertanding di Johor pada PRU13.

Ketika ditanya sama ada laporan polis sudah dibuat mengenai kejadian, Salahuddin berkata, beliau tidak mahu berbuat demikian kerana ingin membiarkan orang ramai menilai sendiri perkara itu.

“Apa yang berlaku merupakan lanjutan daripada budaya gengsterisme yang diamalkan apabila politik hujah tidak boleh dijawab oleh pihak tertentu.

“Kami terpaksa mengambil masa lama untuk menukar tayar dan membaiki serba sedikit sebelum meneruskan perjalanan pulang kerana esok saya perlu menghadiri beberapa program lagi,” katanya yang menganggap kejadian sebagai "ujian kecil."

Ujar beliau, apa yang berlaku langsung tidak menjejaskan usahanya untuk meneruskan perjuangan dan memberi pembelaan secukupnya kepada penduduk di Pengerang.

Katanya, beliau turut tidak berkecil hati dan sesiapapun tidak boleh mengharap beliau akan berundur ke belakang.

"Sejak menyertai politik 30 tahun lalu, sudah banyak perkara telah saya tempuhi. Kebelakangan ini saya turut menerima ugutan pukul dan ancaman melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), namun itu semua saya hadapi dengan tenang.

“Saya juga bersyukur kerana isteri dan anak-anak faham dengan tugasan saya malahan mereka juga turut memberikan sokongan kepada saya untuk meneruskan perjuangan ini,” jelas beliau lagi.

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.