Muka cantik, kulit gebu tapi sayang..!!
Kalau
tak nak 'anak' tu, bak sini..biar wak yg tolong jaga. Dah ler 'jantan'
yg diharap hilang ke mana, kesian hang..muka cantik, kulit pun putih
gebu..tapi sayang, kerana mungkin benci sangat pada 'jantan' yang
hamilkan hang..hang pi buang@campak baby tu apa hal ? Adoiii..kan lagi
besar masalah nak kena pikul..? Guaner..!!
PETALING
JAYA - Seorang ibu muda yang dipercayai tergamak mencampak bayinya
hidup-hidup dari tingkat 3 Blok 1, Flat Desa Mentari di sini sebaik
sahaja anaknya selamat dilahirkan direman sehingga Isnin ini bagi
membantu siasatan kes perbuatan kejam itu.
Ketua
Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed
berkata, perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Petaling
Jaya, Suraya Syawal pada pukul 11.30 pagi semalam.
"Mahkamah
membenarkan suspek direman tujuh hari bermula hari ini (semalam) untuk
membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,"
kata beliau ketika dihubungi Kosmo!.
Menurut
beliau, laporan bedah siasat ke atas mayat bayi yang cukup sifat itu
mengesahkan mangsa mati akibat mengalami kecederaan serius di kepala.
"Bayi itu mengalami kecederaan teruk di kepala selepas dicampak dari tempat tinggi sebelum terhempas ke bawah," kata beliau.
Arjunaidi
memberitahu, suspek yang berusia 20 tahun dan belum berkahwin itu
melahirkan bayinya secara sendirian ketika dia berada seorang diri di
rumah keluarganya.
Difahamkan
bayi yang cukup bulan itu merupakan anak hasil hubungan suspek yang
bekerja di sebuah kilang dengan teman lelakinya. Bagaimanapun, keluarga
suspek tidak menyedari gadis itu mengandung.
Polis
setakat ini tidak menyiasat atau menahan kekasih suspek kerana belum
ada keperluan dengan kes bunuh yang dihadapi suspek wanita itu.
Suspek
yang memakai baju T warna hitam, bertudung, berjaket merah jambu,
berkain sarung batik, berstoking dan berselipar kelihatan bersahaja
ketika diperintahkan ditahan reman oleh majistret.
Wanita itu yang tidak ditemani ahli keluarga ketika dibawa ke mahkamah masih dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya.
Semalam akhbar melaporkan, seorang bayi perempuan ditemui mati dipercayai dicampak dari tingkat tiga flat Desa Mentari di sini.
Polis
yang memeriksa mayat bayi itu kemudian menahan seorang gadis yang
kelihatan lemah selepas dipercayai baru lepas bersalin di tingkat tiga
blok 1 di rumah flat itu. Ketika ditemui, bayi yang masih bertali pusat itu sudah tidak bernyawa lagi. (sumber-agensi)

0 orang berkata:
Post a Comment