Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Selasa, 4 September 2012

Putrajaya bukan milik UMNO !!

BN tidak ada hak untuk menyekat kemaraan Pakatan Rakyat (PR) ke Putrajaya sama ada melalui sekatan politik atau apa cara sekalipun! Yang berhak menghalang ialah undi yang ada di tangan rakyat!  

Sanggupkah Umno Bn menipu rakyat lagi?  Atau mampukah UMNO yang menerajui BN menidakkan kemampuan rakyat yang kini sudah boleh menilai mana lebih baik antara sekarung dosa BN dengan sebakul nikmat yang bakal  yang disediakan oleh Pakatan Rakyat /PR?  
 
Najib  seperti yang dilaporkan meminta anggota Barisan Nasional (BN) bersatu hati membentuk 'sekatan politik' untuk memastikan hasrat dan langkah pembangkang merampas Putrajaya pada PRU ke-13 nanti  dapat dihalang!  Mampukah BN melakukannya?  Jika Allah mengatakan tidak, sudah pasti BN tidak mampu melakukannya, sekalipun menggunakan perbagai taktik kotor!  

Menurut Najib lagi,  Umno dan parti komponen BN yang lain perlu muncul sebagai parti yang bukan sahaja boleh menang tetapi menang besar dengan cukup bergaya. Nampak sangat Najib bercakap besar dan ini  menyerlahkan lagi keangkuhannya!  Najib pura-pura tidak sedar tentang hakikat sebenar, yang mana , UmnoBn sudah hilang upaya,,, ibarat seekor singa tua yang sudah hilang taring,  yang tinggal hanya gusi !! 
 
Di dalam Al-Quran surah Ali-Imran   Allah ada memberi peringatan kepada kita.yang bermaksud ,,,
“.. Engkau memberikan kekuasan kepada orang yang Engkau kehendaki dan mencabut kekuasaan dari orang yang Engkau kehendaki...” (Ali-Imran: 26)  Maknanya Allah mampu mengubah segala-galanya jika Allah mahu. Keangkuhan yang ditunjuk oleh Najib seolah-olah beliau tidak mempercayaai kebenaran ayat tersebut.
 
Pakatan Rakyat sudah berusaha memperjelaskan kepada rakyat segala kecurangan dan kepincangan BN selama ini, walaupun UmnoBn cuba menafikannya.   Pakatan Rakyat juga sudah menunjukkan banyak kemajuan di empat negeri yang diperintah dan akan terus membuat perubahan!  Apabila rakyat sudah cukup faham dan mahukan perubahan maka peralihan kuasa di Putrajaya bukan satu yang mustahil dan bukan pula perkara yang menakutkan !!  Barangkali 75% daripada rakyat Malaysia tak sabar menunggunya!!
 
Oleh : rahimothman

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.