Takut Tahap Gaban!!! Kuliah DS Anwar Diganggu: PERKASA Kurang Ajar Buat Kacau Di Masjid.. Jom Terjah!!!
ALOR STAR 2 September: Tidak ubah seperti Zionis, sekumpulan ahli Perkasa hari ini bertindak ganas dengan menyerang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan tazkirah di sebuah masjid di Seberang Pumpong, Alor Star, Kedah.
Tindakan biadap itu tercetus apabila beberapa ahli Perkasa berhimpun dan memulakan provokasi ketika Anwar hendak menyampaikan tazkirah di mimbar masjid Al Husin.
Mereka juga bertindak samseng dengan memadamkan lampu masjid dan alat pembesar suara berulangkali, memaksa Anwar menggunakan hailer untuk meneruskan kuliahnya.
Selain bertindak kasar, kumpulan terbabit juga mengeluarkan kata-kata kesat dan membaling kasut ke dalam masjid ketika tazkirah disampaikan. Malah, mereka turut menggunakan pembesar suara dan membunyikan siren ketika Anwar menyampaikan tazkirah.
Selain bertindak kasar, kumpulan terbabit juga mengeluarkan kata-kata kesat dan membaling kasut ke dalam masjid ketika tazkirah disampaikan. Malah, mereka turut menggunakan pembesar suara dan membunyikan siren ketika Anwar menyampaikan tazkirah.
Ketua Perkasa yang dikenali sebagai Dato Yusof dikatakan mengugut bertindak lebih keras sekiranya Anwar tidak menghentikan kuliahnya serta-merta. Bagaimanapun, Anwar menegaskan tiada apa yang perlu ditakutkan menyebabkan jemaah masjid terus mendengar kuliah beliau.
Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar yang berada di masjid itu turut menjadi sasaran apabila kasut yang dibaling hampir-hampir mengenai beliau.
Kejadian serangan terhadap ketua pembangkang ini adalah insiden kedua selepas bas jelajah Merdeka Rakyat dibaling batu dan disimbah cat merah di Kelantan, semalam.
~ keadilandaily
0 orang berkata:
Post a Comment