Umno Pekan sedia hadapi cabaran PRU13
15 September 2012
Datuk Seri Najib Tun Razak beramah mesra dengan veteran Umno ketika menyampaikan sijil, sumbangan ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pekan 2012.- Foto Bernama
Najib, yang juga Presiden Umno, berkata kesediaan itu diakui sendiri oleh anggota Umno bahagian tersebut hari ini.
"Umno bahagian Pekan bersedia menghadapi cabaran PRU 13 seperti pengakuannya pagi ini," katanya dalam tweet terbaharu beliau.
Najib, yang juga Ketua Umno bahagian Pekan, merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian itu di Pekan pagi ini.
Turut hadir isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor dan 932 perwakilan dari 145 cawangan di bahagian berkenaan. - Bernama
0 orang berkata:
Post a Comment