Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PENDEK AKAI

Umno Putar Sejarah - Malaya Tentang Negara China Untuk Tuntut Merdeka




Kita menentang Parti Komunis Malaya pimpinan Chin Peng dan bukannya Negara China Komunis.

Tapi mengapa dalam satu persembahan menyambut Hari Kemerdekaan semalam di Kuantan, Pahang seorang anak muda sedang melakunkan suatu kisah tentang penentang kepada para penyokong dari Parti Komunis Malaya (PKM), mengibarkan bendera negara Republik Rakyat China pula?

Adakah pengarah persembahan pentomin ini tidak tahu membezakan bendera Parti Komunis Malaya dan bendera negara China Komunis?

Betul-betul memalukan sekalilah negri yang diperintah oleh UMNO ini dalam buat kerja.

http://wargamarhaen.blogspot.com/2013/09/sejak-bila-kita-menentang-negara-china.html

PROBOKASI TEGAR

Sunday, September 1, 2013

FILEM TANDA PUTERA: CAKAP TAK SERUPA BIKIN (GAMBAR)


Sunday, September 1, 2013

Rupa-rupanya Melayu tertipu. Rakyat membanting tulang, raja bersenang-lenang!!

 
KERAJAAN RAKYAT:

Kalau pemimpin Melayu Umno dan raja-raja Melayu yang berlambak di negara ini benar-benar jujur dan prihatin terhadap bangsa Melayu, pastinya Melayu tidak merempat di negara sendiri.

Apa yang pasti, yang punya kuasa politik adalah Melayu Umno dan yang punya kuasa Arah Ikut Suka mereka adalah raja-raja Melayu. Justeru, kenapa pula Cina yang disalahkan bila Melayu tertindas?

Siapa yang menindas Melayu kalau bukan Melayu Umno? Siapa yang membiarkan Melayu terpinggir kalau bukan raja-raja Melayu yang bermewah hasil daripada keringat rakyat yang ramainya berbangsa Melayu!!!

Rakyat membanting tulang, raja bersenang-lenang!!
 
Sebelum baca renungan di bawah, fahami renungan Kerajaan Rakyat di atas dahulu:

Rupa-rupanya Melayu tertipu.

SEORANG pensyarah yang seisi keluarga fasih bertutur bahasa Cina mengesyorkan kepada Awang agar mempromosikan usaha menggalakkan orang Melayu belajar bahasa tersebut. Pandangannya itu disokong kuat oleh seorang aktivis dan tokoh korporat, yang turut serta dalam satu perbincangan ketika mengunjungi pejabat Utusan, baru-baru ini.

Menurut kedua-duanya adalah lebih mudah memahami sikap dan psiki kaum Cina jika boleh menguasai bahasa mereka. Awang setuju.

Pensyarah itu juga membawa suatu kisah benar semasa kempen PRU-13 di Bukit Katil, Melaka pada 1 Mei lalu, untuk direnungkan. Dalam satu ceramah anjuran pakatan pembangkang, seorang penceramah Cina apabila tiba gilirannya berucap berapi-api diselang-selikan Bahasa Mandarin dan Bahasa Malaysia.

Ketika menggunakan Bahasa Malaysia, dia menyentuh soal melawan rasuah, tukar kerajaan dan perubahan yang para hadirin termasuk sebahagian Melayu bertepuk. Apabila beralih kepada Bahasa Mandarin, pemimpin itu dengan nada suara lebih tinggi berjanji akan membina lebih banyak kandang babi di negeri itu jika pakatan menang.

Majoriti kaum Cina yang hadir gegak gempita dan orang Melayu yang tidak faham apa-apa, terikut bertepuk sorak. Pensyarah tersebut dan anaknya lepasan sekolah Cina yang sekadar hadir untuk mendengar, menggeleng-geleng kepala kerana mereka sangat faham apa yang dituturkan.

Rupa-rupanya Melayu tertipu.

Artikel BISIK-BISIK AWANG
Rupa-rupanya Melayu tertipu.

Rakyat membanting tulang, raja bersenang-lenang!!

[BERGAMBAR] Parlimen Britain Tolak Serang Syria Seiring Demonstrasi Rakyatnya


London: Perdana Menteri Britain, Encik David Cameron, kelmarin gagal dalam undian terhadap usul yang dibentangkan di Parlimen bagi menyertai rakan sekutunya untuk menyerang Syria.

Seramai 285 Anggota Parlimen (AP) menentang sementara 272 undi menyokong usul ketenteraan sebagai tindak balas ke atas tindakan rejim negara itu menggunakan senjata kimia.

Undian Parlimen Britain itu melambangkan pandangan rakyatnya yang sudah serik dengan sebarang penglibatan ketenteraan di luar negara selepas penglibatan berlarutan tentera mereka di Iraq sebelum ini.

Encik Cameron berkata meskipun beliau percaya senjata kimia memang digunakan di Syria pada minggu lalu, beliau tetap menghormati keputusan Parlimen Britain.

Apabila ditanya oleh pemimpin Parti Buruh, Encik Ed Miliband, jika beliau berjanji tidak membelakangkan kehendak Parlimen, Encik Cameron berkata:

"Saya boleh berikan jaminan. Saya memang berpegang kuat pada pendirian mengenai perlunya respons tegas ekoran penggunaan senjata kimia tetapi saya juga percaya perlunya menghormati kehendak Dewan Parlimen," katanya.

Awal minggu ini, Encik Cameron dilihat bersedia menyertai Washington untuk mengambil tindakan ketenteraan terhadap rejim Presiden Bashar al-Assad berhubung penggunaan senjata kimia.

Kelmarin, Encik Assad berikrar negaranya akan terus mempertahankan diri bagi menentang sebarang serangan Barat.

Sementara itu, Setiausaha Pertahanan Amerika, Encik Chuck Hagel, yang berada di Manila semalam, berkata sebarang keputusan yang bakal diambil oleh Presiden Barack Obama dan pentadbirannya akan berdasarkan rundingan dengan negara-negara sekutu lain.

"Pendekatan kami ialah mencari pakatan antarabangsa yang akan bertindak bersama-sama," kata Encik Hagel.

Menurutnya lagi, Washington menghormati pendirian Parlimen Britain yang menolak penglibatan dalam sebarang serangan ke atas Syria.

"Setiap negara mempunyai tanggungjawab untuk membuat keputusannya sendiri. Kami akan terus berbincang dengan Britain serta negara-negara sekutu yang lain. Perbincangan itu akan melibatkan apa langkah selanjutnya yang harus diambil bersama sebagai respons kepada serangan kimia di Syria," katanya.

Kelmarin, para pegawai pentadbiran Amerika bagaimanapun akur pihaknya tidak cukup maklumat untuk membuktikan bahawa Encik Assad yang secara peribadi mengarahkan penggunaan senjata kimia.

Beberapa negara sekutu Amerika sebelum ini telah memberi amaran bahawa sebarang tindakan ketenteraan tanpa kebenaran Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hanya akan memburukkan keadaan di Syria. - AP, AFP, Reuters.

Saturday, August 31, 2013

Gambar Klimax sambut merdeka ,,

Kibarkan jalur gemilang,, kibarkan jalur gemilang,,, tengah hari tadi waktu balik dari makan kenduri dari Beruas, sampai di Air Tawar, ternampak kumpulan anak muda naik motor kibar jalur gemilang saiz besar di belakang motor, bila berkibar memang merbahaya.... 

Berleter bini aku duduk disebelah, bila melihat gelagat mat motor berkeadaan sedemikian,, sebab sebelum ni dah ada kejadian kemalangan yang meninggal...


Bila aku buka FB pula terjumpa gambar, kerana mu jalur gemilang,,,, merdeka....

Ni sambut merdeka sebenar rasanya,,, merdeka dari dari kehidupan dunia.... siapa yang duk anjur macam ni semua,,, tak payahlah nak kata sesiap lagi, pakat [akat sendiri fikiaq la,,, ajaran islam suruh buat macam ni.... 






HOT!!! PDRM Siarkan Logo Dan Tatu Geng Kongsi Gelap Yang Ada Di Malaysia.. Jom Terjah!!!

1238289_650269928316651_85473560_n
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mendedahkan logo-logo kumpulan kongsi gelap seperti yang telah dinyatakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebelum ini di Ibu Pejabat polis Bukit Aman sebentar tadi.

Ketua Penolong Pengarah D7 Bahagian Kongsi Gelap / Judi / Maksiat JSJ Bukit Aman SAC Dato’ Abd Jalil Hassan dalam sidang media pada hari ini menerangkan perlunya pendedahan ini sebagai panduan kepada orang ramai bagi mengelakkan mereka terlibat tanpa pengetahuan mereka dalam aktiviti-aktiviti kongsi gelap ini.
Beliau turut menekankan pentingnya peranan ibu bapa dalam memberikan pendidikan berkenaan keburukan kumpulan kongsi gelap ini kerana berdasarkan maklumat yang diperolehi mendapati penglibatan remaja seawal usia 15 tahun lagi.

Kumpulan-kumpulan ini telah ditakrifkan sebagai haram di bawah Seksyen 52(3) Akta Pertubuhan 1966 di mana orang yang menjadi atau menjalankan kerja sebagai seorang anggota sesuatu pertubuhan kongsi gelap atau yang menghadiri sesuatu mesyuaratnya atau yang didapati ada dalam miliknya, atau ada dalam jagaan atau kawalannya apa-apa buku, kira-kira, tulisan, senarai anggota-anggota meteri, panji-panji atau tanda bagi, atau berhubung dengan sesuatu pertubuhan kongsi gelap sama ada pertubuhan itu ditubuhkan di dalam Persekutuan atau tidak, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih lima tahun atau denda tidak melebihi RM 15,000.


1236376_650269954983315_394200572_n
1236981_650269924983318_1827483857_n1280834_650269921649985_386418806_n1175556_650269968316647_1856747704_n1157476_650269964983314_162225119_n

Minyak disel tumpah atau ditumpahkan ?

31 Ogos, 2013

Berita Panik..

Gangguan bekalan air akibat dari empat penutupan loji rawatan air bagi kerja membersihkan loji tersebut akibat dari tumpahan minyak miyak diesel membabitkan kira-kira 10 kilometer sepanjang Sungai Selangor mencetuskan panik di kalangan penduduk Lembah Klang.
Setakat pagi ini, dilaporkan kebanyakan botol air mineral dikedai habis dijual.Penutupan empat loji rawatan Sungai Selangor membabitkan Fasa 1, 2 dan 3 serta Rantau panjang bagi kerja-kerja pembersihan dikatakan menjejaskan hampir sejuta pengguna dari tujuh daerah.
Situasi bertambah meruncing apabila bekalan air yang terdapat di tangki simpanan dari empat loji rawatan air dikatakan hanya mampu bertahan kurang dari sehari.
Memetik dari laporan Star Online, kebanyakan premis kedai sudah kehabisan bekalan botol minuman dan air mineral dalam tempoh sejam selepas kedai dibuka.
Keadaan amat tidak terkawal, ramai yang beratur panjang didepan kedai biarpun kedai masih belum dibuka," kata pekerja kedai runcit di Petaling Jaya pagi tadi.
Di Uptown Damansara pula, penduduk berbaris panjang untuk memasuki kedai 24 jam 7 Eleven bagi membeli karton air mineral.
Selepas mendengar akan gangguan bekalan air semalam akauntan Liew Chin Ee dan keluarganya membawa dua kereta bagi membeli karton air mineral.
"Kami telah pergi ke beberapa tempat bagaimapun kebanyakan tempat tersebut juga kehabisan air. 
Saya tidak tahu berapa lama situasi ini akan berpanjangan, kerana itu lebih baik saya bersedia dari menyesal kelak," katanya dipetik dari Star Online.
Suri rumah, Carol Lim terkejut apabila pagi ini dia mendapat rumahnya di Damansara Utama terputus bekalan air.
"Tekanan air berkurangan pada jam 9 malam semalam namun saya fikir hari ini bekalan air akan pulih semula. Saya tidak menjangkakan keadaan menjadi serius sebegini," kata Lim.
Empat loji air tersebut menghasilkan kira-kira 2.67 bilion liter air pada setiap hari, membekalkan 57% permintaan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.Daerah yang terjejas ialah di Petaling, Kuala Lumpur, Klang, Shah Alam, Gombak, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor.
Dalam kenyataannya malam semalam, Ketua Korporat dan Perhubungan Awam Syarikat Bekalan Air Selangor, Priscilla Alfred mengistiharkan amaran merah kira-kira jam 4 petang semalam.
Amaran merah diaktifkan apabila situasi bertambah buruk hingga menjejaskan lebih dari sejuta pengguna."Lembaga Urus Air Selangor mengambil alih bagi tujuan pembersihan," katanya.
Syabas juga memohon bantuan kerajaan bagi menyediakan pengangkutan menghantar bekalan air bagi kawasan paling teruk terjejas.Ketika ini, Syabas hanya mampu menyediakan 42 pengangkutan tangki simpanan air dan 525 tangki tidak bergerak untuk membantu pengguna yang terjejas. ~the malaysian insider
Yahudi tambah peluru berpandu
  • Yahudi tambah peluru berpandu Askar Israel menyelenggarakan peluru berpandu Iron Dome di kawasan Tel Aviv.
1 / 1
TEL AVIV - ISRAEL. Pasukan ketenteraan Israel bertindak menambah sistem pertahanan peluru berpandu Iron Dome, sementara sekutunya Amerika Syarikat (AS) berkeras untuk menyerang Syria, semalam.

Menurut laporan AP, radio ketenteraan Yahudi melaporkan unit pertahanan rejim Zionis telah menubuhkan pasukan bersenjata di wilayah utama Tel Aviv.


Peluru berpandu itu juga dihalakan ke wilayah Syria.


Setakat ini, sekutu Israel menyuarakan kebimbangan sekiranya diserang kuasa ketenteraan Presiden Bashar al-Assad atau Hizbullah sebagai balasan terhadap niat AS.


Bagaimanapun, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mendakwa, peluru berpandu itu bagi tujuan keselamatan dan bukannya menyasarkan penduduk di Syria.


Katanya, Israel tidak berminat dengan peperangan di Syria dan bertegas akan menembak sesiapa sahaja yang mahu mencederakan penduduk Yahudi.
Penyokong Ikhwanul Muslimin terus berhimpun
  • Penyokong Ikhwanul Muslimin terus berhimpun Penyokong Mursi berhimpun secara aman sebelum solat Jumaat di seluruh negara, semalam.
1 / 1
KAHERAH - MESIR. Ribuan penyokong Ikhwanul Muslimin dilapor meneruskan protes terhadap kerajaan sementara Mesir yang disokong tentera di seluruh negara, semalam.

Jurucakap pegawai berkata kepada Al-Jazeera, protes berlaku di beberapa kawasan termasuk Nasr City, Mohandessine, Giza, Zagazig, Menuofia dan Dakahlia dalam kawasan Delta Nil.

"Perhimpunan menuntut keadilan ke atas presiden digulingkan, Mohammed Mursi, turut melibatkan kawasan Shoubra al-Kheima, Qalyobua iaitu kampung halaman Mursi," katanya.

Protes yang terbaru itu melibatkan tindakan peserta yang hanya duduk secara aman sebelum solat Jumaat dipercayai bertujuan menguji kesabaran pihak berkuasa terhadap mereka.

Susulan kebangkitan protes, pasukan keselamatan Mesir bertindak menutup semua jalan utama ke masjid Raba Al-Adaweya, termasuk laluan ke Dataran Tahrir, selain menutup bangunan kementerian pertahanan serta balai polis Al-Azbakia.

Kementerian Dalam Negeri yang melabelkan penyokong Mursi sebagai penimbul huru-hara dalam satu kenyataan berkata, pasukannya akan tetap bertegas dengan sebarang perbuatan mengancam keselamatan negara selain polis berhak menggunakan kekerasan dalam mempertahankan harta awam dan persendirian.

Sambutan kemerdekaan di Dataran Merdeka luar biasa


31/08/2013 2:34pm

KUALA LUMPUR - Sambutan ulang tahun ke-56 kemerdekaan negara di Dataran Merdeka hari ini luar biasa kerana ia menyentuh perasaan orang

ramai terhadap kepentingan mempertahan keselamatan dan kedaulatan negara, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. 

Katanya, sambutan tahun ini memberi penghargaan dan sanjungan kepada pasukan keselamatan negara yang berkorban untuk memastikan keamanan dan kemakmuran negara dijaga berikutan insiden pencerobohan di Lahad Datu Mac lepas.

Anggota keluarga dan waris perajurit yang terkorban dalam Operasi Daulat juga diberi penghormatan khas untuk berada di pentas utama dan semasa pasukan elit 69 komando membuat persembahan.
"Ini lain daripada yang biasa kita adakan kerana ia menyentuh perasaan kita
bahawa keselamatan itu bukan datang bergolek.

"Ia perlu dipertahankan dan diperjuangkan, dan rakyat mesti menghargai
keselamatan ini," katanya kepada wartawan selepas acara perarakan di sini. - Bernama

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0831&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_09.htm#ixzz2dWlbsBWP
Hakcipta terpelihara

LEPAS KIMIA API PULAK !

Rejim Bashar guna bom api?
  • Rejim Bashar guna bom api? Pasukan perubatan Turki membantu mangsa serangan senjata kimia yang dihantar ke sempadan. Gambar kecil: Kesan melecur teruk ini dipercayai berpunca daripada serangan bom napalm.
1 / 1
ANKARA - TURKI . Pakatan pembangkang Syria, kelmarin mendakwa tentera rejim Presiden Bashar al-Assad telah menggugurkan bom napalm (bom api yang diperbuat daripada petrol berbentuk jeli) dan bom fosforus putih untuk menyasarkan orang awam di luar Aleppo.

Dakwaan itu didedahkan ketika Turki mula menghantar pasukan tambahan untuk membantu mangsa senjata kimia yang dihantar ke sempadan negara itu selepas serangan gas beracun di Damsyik pada 21 Ogos lalu.

Direktorat Pengurusan Bencana dan Kecemasan, Mustafa Aydogdu memaklumkan bahawa mereka sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang kes berkaitan serangan senjata kimia.

"Kami mempunyai pasukan pakar yang telah ditempatkan di Kilis, Hatay dan Sanliurfa," katanya.

Difahamkan, kebanyakan pelarian yang merentasi sempadan untuk memasuki Turki menerusi Cilvegozu iaitu sempadan paling hampir dengan Aleppo mengalami kesan melecur yang teruk.

"Kita tidak boleh membuat tanggapan sendiri bahawa  kesan mengerikan  yang dialami  kebanyakan penduduk Syria berpunca daripada serangan senjata kimia. Pakar kami masih menjalankan ujian untuk mengesahkan perkara itu," jelasnya lagi, dipetik dari laporan DailyMail.

Pada masa ini, kira-kira 200,000 pelarian Syria ditempatkan di puluhan kem penempatan sementara di negara tersebut.

Menurutnya, kebanyakan penempatan sementara itu semakin sesak dan kem di Viransehir masih boleh menerima kemasukan kira-kira 20,000 pelarian tambahan.

Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dan sekutunya menuduh rejim Bashar sebagai dalang bertanggungjawab melancarkan serangan senjata kimia tersebut yang telah meragut ratusan nyawa di negara terbabit.

Susulan daripada insiden itu, AS merancang untuk campur tangan dengan melancarkan tindakan ketenteraan ke atas Syria, namun keputusan itu ditentang keras oleh kebanyakan negara antarabangsa.

Dalam perkembangan lain, kumpulan pemeriksa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dihantar untuk mengumpulkan bukti berhubung serangan senjata kimia itu dilaporkan akan meninggalkan negara bergolak terbabit selewat-lewatnya Sabtu ini.

Pemimpin Umno skeptik dengan cadangan Anwar untuk berbincang

PAS TU AHLI PKR NON MUSLIM JADI AHLI BERSEKUTU ! hu hu hu

Friday, August 30, 2013

Gempar Anwar Ibrahim .Sertai PAS ? Zul Mohamed


ANWAR UMUM MASUK PAS. PKR BUBAR SEMUA AHLI SERTAI PAS .....
 
Photo: Friday, August 30, 2013.

Gempar Anwar Ibrahim .Sertai PAS ?

Zul Mohamed

ANWAR UMUM MASUK PAS. PKR BUBAR SEMUA AHLI SERTAI PAS .....
Agak-agaknya geng UG dalam PAS kelam kabut tak ?

Anwar memakai kopiah PAS  yang dihadiahkan oleh ahli PAS

Agak-agaknya geng UG dalam PAS kelam kabut tak ?

Anwar memakai kopiah PAS yang dihadiahkan oleh ahli PAS
 

30 Ogos, 2013

Najib Terkedu Dengan Pendedahan Ini

Slogan terbaru diperkenal Perdana Menteri, Endless Possibilities yang sama dengan kempen Kementerian Pelancongan Israel bukannya kebetulan, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.“Sekarang kita ada bukti cukup. 

Sama macam kempen 1Israel. Dia (Najib) kena jelaskan,” kata Anwar ketika ditemui pemberita di majlis hari raya KEADILAN Lembah Pantai, hari ini.Anwar berucap dalam majlis hari raya parlimen Batu di Dataran Dewan Masyarakat Fasa Tiga, Bandar Baru Sentul“Sekarang lebih berat. 

Ia tak mungkin secara kebetulan” tegas Anwar.Endless Possibilities adalah slogan yang diguna Kementerian Pelancongan Israel untuk mempromosi negara itu pada 22 April 2013.

Manakala Najib dijangka melancarkan kempen ’1Malaysia, Endless Possibilities‘ pada 17 September depan.Justeru kata Anwar, penggantungannya dari Dewan Rakyat selama enam bulan pada Disember 2010 kerana mendedahkan pengaruh Israel dalam pentadbiran Malaysia membuktikan hipokrasi pentadbiran Umno-BN.

“Dulu saya ada bawa (isu ini) di Parlimen, (mengapa) pilih 1Malaysia. Saya dikenakan (gantung) enam bulan kerana bangkitkan 1 Malaysia.“Sampai sekarang dia kata kebetulan. 

Ternyata ada pengaruh asing, termasuk apa didakwa ‘pengaruh Israel’,” kata Anwar.Tegasnya, slogan baru Endless Possibilities (Kemungkinan Berterusan) hanyalah semata-mata strategi perhubungan awam (public relation).

“Yang kita bangkitkan isu jenayah, pertikaian pada kehakiman dan pelbagai masalah (lain).“Yang dia (Najib) hanya hentam pembangkang,” kata Anwar. ~keadilandaily

PEKERJA TNB KENA TETAK KETIKA OPERASI MEMOTONG BEKALAN ELEKTRIK




Seorang pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) hampir terputus tangan kiri akibat ditetak dengan parang setelah beliau memotong bekalan elektrik di sebuah rumah di Jalan PJS 7/23 Bandar Sunway, di Kuala Lumpur semalam.

Read more: http://biaqpila.blogspot.com/#ixzz2dScK65pa

TAKDIR ILAHI

Friday, August 30, 2013

Demi pelajaran anak-anaknya Bapa ini terpaksa mencuri...


Seorang bapa tujuh anak menangis ketika merayu agar hukuman penjara yang dijatuhkan mahkamah sesyen di sini, semalam dikurangkan, sebaliknya meminta hukuman sebatan ditambah.

Tertuduh, Zainuddin Mohamed, 45, dari Semanggol, Perak, dijatuhi hukuman penjara 90 bulan dan 12 sebatan selepas dia mengaku bersalah atas dua pertuduhan merompak pejabat pos menggunakan senjata tiruan.

Hukuman diputuskan Hakim Ahmad Sazali Omar terhadap tertuduh yang melakukan kesalahan itu di Pejabat Pos Cawangan Telok Mas, Taman Seri Telok Mas, kira-kira 12.40 tengah hari pada 22 Februari lalu, membabitkan kerugian RM1,774.

Dia turut melakukan kesalahan sama dengan merompak wang berjumlah RM8,259 di Pejabat Pos Cawangan Padang Temu, Taman Pertam Jaya, kira-kira 12.45 tengah hari pada 14 Ogos 2012. 

Kedua-dua kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan boleh denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Ketika rayuan, Zainudin tidak dapat mengawal perasaan sambil mengesat air mata kerana menyesali perbuatannya yang sanggup merompak semata-mata untuk memberi wang belanja kepada anak-anaknya.

Bekas perunding pembangunan syarikat itu merayu hukuman penjara disingkatkan, sebaliknya meminta hukuman sebatan lebih tinggi supaya dapat segera kembali menjalankan tanggungjawab kepada keluarga.
“Kesilapan yang dilakukan berpunca apabila saya bekerja tapi tak dapat gaji. Saya berusaha cari kerja lain namun diberi dugaan, dua hingga tiga kali ditipu. Yuran anak-anak mahal. Sampai satu tahap saya tiada apa-apa dalam poket. 

“Saya sedar saya buat pilihan salah apabila hanya mahu mahu melihat anak-anak berjaya. Saya benar-benar insaf,” katanya yang mempunyai enam anak sedang belajar termasuk dua buah universiti tempatan dan sebuah sekolah berasrama penuh, selain anak bongsu berusia dua tahun lapan bulan.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Norfarhana Ahmad dan Haslida Isamail memohon hukuman sewajarnya diberikan terhadap tertuduh yang turut memberi kesan trauma terhadap mangsa yang berada pejabat pos ketika kejadian.

“Saya bersimpati terhadap pilihan yang salah oleh tertuduh. Namun, atas faktor kepentingan awam dan trauma mangsa akibat senjata digunakan. Walaupun ia mainan atau tiruan tapi ia sedikit sebanyak mengancam mangsa,” kata Nurfarhana.

Selepas mengambil kira faktor fakta kes termasuk trauma mangsa serta menimbang rayuan tertuduh,

Ahmad Sazali kemudian menjatuhkan hukuman penjara 36 bulan dari tarikh ditangkap pada 26 Mei lalu dan lima sebatan bagi pertuduhan pertama serta 54 bulan dari tarikh 16 Jun dan tujuh sebatan, pertuduhan kedua.

“Saya hairan, kamu ada anak-anak yang bijak tapi macam mana boleh ambil pilihan begini? Pertama kali saya jumpa (kes) ada keluarga yang baik. Kamu betul-betul hilang punca dan lakukan perkara yang salah sedangkan tuhan bagi kita akal untuk hadapi ujian-Nya. Andai ada polis (ketika kejadian), saya tak tahu bagaimana nasib kamu,” katanya ~ Sinar Harian
Syiah: PR tolak kerana bercanggah hukum
  • Ahmad Yahaya Ahmad Yahaya
1 / 1
ALOR SETAR - PR menegaskan bahawa keputusan untuk menolak enakmen berkaitan anti Syiah pada persidangan Dun baru-baru ini bukan disebabkan masalah Syiah, tetapi kerana Rang Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2013 yang diperkenalkan adalah bertentangan dengan Syariah sebenar.

Ketua Pemuda Pas Kedah, Ahmad Yahaya berkata, penolakan keputusan itu juga tidak ada kaitan sama ada penyokong PR terlibat dalam fahaman itu.


Fasal 17

“Kami menolak kerana Rang Undang-undang ini bertentangan di beberapa fasal dengan Syariah yang sebenar. Contohnya pada fasal ke 17 yang menyentuh berkenaan dengan meminum minuman memabukkan.

“Disebut di sini, apabila disabitkan dengan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Padahal, dalam undang-undang Islam, orang yang minum arak perlu disebat. Sekurang-kurangnya, sebutlah perkataan sebat,” katanya pada sidang media di Kompleks Pas Pokok Sena, semalam.


Fasal 21

Menurutnya, fasal ke 21 yang berkaitan persetubuhan luar nikah (zina) juga bertentangan dengan Syariah yang sebenar apabila disabitkan dengan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

“Dalam undang-undang Islam yang sebenar ialah disebat atau bagi yang sudah berkahwin berdasarkan hadis ialah direjam, itu hukuman yang sebenar.


Fasal 37

“Kemudian pada fasal ke 37 yang menyentuh berkenaan Qazaf. Hukuman yang disebut ialah didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Ayat ALLAH menyebut, sekiranya tidak boleh mengemukakan empat orang saksi, maka si pelaku ini hendaklah disebat 80 kali sebatan. Ini hukuman Syariah yang sebenar,” katanya.

Beliau yang juga Adun Alor mengkudu turut menegaskan bahawa percanggahan itu menyebabkan semua Adun PR terpaksa menolak Rang Undang-undang tersebut yang jelas bertentangan dengan hukum Syariah.

“Macam mana kami nak terima. Dalam hal ini, kami tidak bersedia sekiranya selepas undang-undang ini dilaksanakan kerana diluluskan oleh Adun, dan pada satu ketika orang yang didakwa mohon supaya digunakan hukum Syariah yang sebenar, maka Adun-Adun yang akan bertanggungjawab.

“Kalau kami mati pun, kamilah yang kena tanggung hukuman yang tidak betul kepada semua,” katanya.


Fasal 7 & 8

Tambahnya, fasal 7 dan 8 berkenaan mempersendakan ayat-ayat al-Quran dan menyebabkan Islam dipandang hina juga perlu disemak semula.

“Tidakkah dengan memasukkan fasal 17, 21 dan 37 dalam enakmen ini menyebabkan Islam dan al-Quran dipersenda kerana tidak buat yang sebenar. Memang Exco Agama, Mohd Rawi Hamid menyatakan bahawa Syiah ini kita perlu hadapi bersama kerana ia satu kesalahan dan kesilapan.

“Tetapi, Rang Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2013 yang dinyatakan tidak dapat lari dari angka tiga, lima dan enam yang cukup bertentangan dengan apa yang kita sebut berdasarkan hukum syarak dan Syariah yang sebenar,” katanya.


Tiada perkataan Syiah

Ahmad berkata, sepanjang pembacaan beliau pada buku Rang Undang-undang yang diberikan juga tidak terdapat satu pun perkataan Syiah.

“Saya baca dari muka depan hingga belakang, tidak jumpa pun perkataan Syiah dalam rang undang-undang. Fasal mana dan berapa yang boleh dikatakan berkaitan dengan Syiah ini,” katanya.
Empat jam tahan sakit
  • Empat jam tahan sakit Dinding zink pasaraya yang dipotong suspek dipercayai sebagai laluan masuk ke dalam bangunan.
1 / 2
KUALA BERANG - “Pakcik hanya ingat mati apabila tiga lelaki bertopeng bukan sahaja menerpa secara tiba-tiba, tetapi turut mencekik serta meletak pisau di leher. Lebih empat jam pula pakcik menahan sakit kerana kedua tangan dan kaki diikat,” cerita Kasim @ Mat Amin Mat Zin, 65.

Menceritakan detik cemas dihadapi setelah pasaraya tempatnya bertugas disamun dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam hingga 5 pagi semalam, Kasim yang merupakan pengawal keselamatan di situ berkata, hanya ALLAH SWT tahu perasaannya ketika itu.


Menurut Kasim, sebelum kejadian dia berada di meja pengawal terletak di belakang bangunan, manakala rakannya, Mat Ali Yunus, 63, sedang mengadakan rondaan di sekitar kawasan pasaraya tersebut setelah mereka memulakan tugas jam 8.15 malam.


“Pakcik tidak sempat berbuat apa-apa walaupun cuba melawan. Ketika berlaku pergelutan beberapa seketika, salah seorang daripada mereka memukul pakcik menggunakan pisau di bahagian muka. Jari pakcik juga cedera akibat kejadian ini.


“Kemudiannya, kedua-dua tangan pakcik diikat dengan ‘binding tape’ ke bahagian belakang dalam keadaan meniarap. Tidak cukup dengan itu, kaki pakcik diikat tergantung menggunakan seluar. Muka juga turut diikat dengan kain tudung.


“Ketika itu, pakcik tidak berusaha lepaskan diri sebab penjenayah berdiri berhampiran. Pakcik bimbang mereka bertindak luar jangkaan jika berbuat demikian. Mahu atau tidak, pakcik hanya mampu menahan segalanya.


“Hanya selepas betul-betul yakin mereka berlalu setelah tiada lagi bunyi bising dari dalam bangunan, barulah pakcik cuba lepaskan diri. Pakcik terus membantu rakan setugas yang kedua tangan serta kakinya turut diikat tidak jauh dari lokasi pakcik berada,” katanya.


Tambah Kasim yang berasal dari Kampung Tanjung Putat, akibat kejadian itu dia luka pada tapak tangan, dan jari telunjuk kanan serta bibir sebelah kiri akibat terkena pisau, manakala rakan setugasnya lebam di badan.


“Pakcik segera hubungi penyelia keselamatan sebelum ke Hospital Hulu Terengganu untuk dapatkan rawatan. Kawan sekerja pakcik, dimasukkan ke wad. Sepatutnya, kami akan habis tugas jam 5 pagi tadi (semalam) tetapi tidak sangka kejadian sebegini pula terjadi.


“Selama sembilan tahun mencari rezeki sebagai pengawal keselamatan, ini kejadian pertama seumpama ini berlaku ke atas pakcik. Semua ini tidak lemahkan semangat pakcik dan sebahagian asam garam pekerjaan. Syukurlah, pakcik dan rakan setugas selamat,” ujarnya.


Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Mohd Ismail Muslim mengesahkan kejadian.
SPR warta daftar pemilih tambahan
  • SPR SPR
1 / 1
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini memperakui Daftar Pemilih Tambahan (DPT) bagi suku tahun kedua tahun ini.
  
Pegawai Perhubungan Awam SPR Sabri Said berkata pemerakuan itu dibuat sebagaimana dikehendaki oleh Peraturan 21A Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 yang menetapkan supaya DPT diperaku sebelum ia dapat digunakan untuk sesuatu urusan pilihan raya.
  
"DPT Suku Tahun Kedua 2013 bagi tempoh 1 April hingga 30 Jun mengandungi 58,984 permohonan pendaftaran yang terdiri daripada 49,789 pendaftaran baharu dan 9,195 pendaftaran tukar alamat pusat mengundi.
  
"DPT Suku Tahun Kedua 2013 diwartakan pada hari ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
  
Beliau berkata sehingga pemerakuan DPT itu, jumlah pemilih berdaftar bagi seluruh negara selepas dicampurkan dengan DPT Suku Tahun Pertama dan Daftar Pemilih Induk Tahun 2012 ialah 13,411,513 orang.
 
Sabri berkata orang ramai yang berminat mendapatkan DPT tersebut boleh berbuat demikian dengan membuat tempahan di Ibu pejabat SPR di Putrajaya.
  
Katanya SPR turut menyeru kepada pemilih berdaftar supaya membuat semakan maklumat pendaftaran pemilih mereka sama ada menghubungi 03-8885 6565, layari laman web SPR, www.spr.gov.my atau melalui Sistem Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip SPRSEMAKNO.KAD PENGENALAN dan hantar ke 15888.
  
Katanya sebarang pertanyaan berkaitan perkara itu boleh dibuat dengan menghubungi Ibu pejabat SPR di talian 03-8885 6565 atau mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri. - Bernama

INI SEMUA BAGI TAMBAH JENAYAH NIH

Widget by Blogger Tricks

30/08/13

1,000 warga Bangladesh masuk secara haram setiap hari ?


Kira-kira 1,000 warga asing Bangladesh memasuki Malaysia secara tidak sah setiap hari dan menggunakan dokumen palsu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) , kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, R Sivarasa (gambar).

Beliau berkata, kes pemerdagangan manusia ini berlaku membabitkan kerjasama beberapa pihak di Malaysia dan Bangladesh.


"Beribu-ribu warga Bangladesh memasuki negara kita melalui visa pelancong setiap bulan untuk bekerja di sini."Pada setiap hari, enam pesawat dari Dhaka mendarat di KLIA dengan kira-kira 1,000 penumpang menggunakan visa pelancong. Saya difahamkan majoriti daripada mereka bukan pelancong tulen tetapi datang dengan tujuan mencari kerja," katanya ketika ditemui di Petaling Jaya hari ini.

Sivarasa berkata, kebanyakannya tidak pulang ke Dhaka dalam tempoh 30 hari seperti yang ditetapkan malah warga asing berkenaan dapat memperoleh dokumen palsu dengan harga 32,000 Taka Bangladesh atau RM1,300 bagi mendapatkan dokumen itu.

Beliau mendedahkan pihak yang terlibat ialah ejen jualan am Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) yang beroperasi di Bangladesh iaitu Union Tours and Travel Limited (UTT), kakitangan di bahagian pemprosesan visa di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka, Bangladesh dan kakitangan Imigresen di KLIA.

Katanya, sejak UTT dilantik oleh MAS, penerbangan dari Bangladesh ke Malaysia meningkat kepada dua pesawat sehari.

"Peranan UTT di Dhaka ialah bersekongkol dengan kakitangan pemprosesan visa di Suruhanjaya Tinggi di Dhaka bagi memastikan mereka yang menggunakan visa pelancong tidak menghadapi masalah ketika daftar masuk di Lapangan Terbang Dhaka.

"Imigresen di KLIA juga terlibat dalam jenayah ini dengan tidak memeriksa setiap penumpang secara rapi. Kelalaian ini mengakibatkan pekerja Bamgladesh dieksploitasi di tempat kerja oleh majikan atau tempat mereka ditahan.

"Sikap sambil lewa memberi kerugian kepada negara kerana tidak dapat mengutip yuran pekerja asing yang berkhidmat secara sah," katanya.

Sivarasa berkata, amalan haram ini mendapat liputan meluas di Bangladesh dan akhbar tempatan giat melaporkan keadaan salah laku itu. - 

Jakim bantah konsert kumpulan heavy metal 'Lamb of God'

30/08/2013 6:59pm

PUTRAJAYA - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)membantah kehadiran kumpulan heavy metal 'Lamb Of God' yang dijadual membuat persembahan di Kuala Lumpur, pada 28 September depan.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, bantahan berikutan
genre muzik kumpulan berkenaan yang pernah membuat persembahan dengan mencampuradukkan lagu metal dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.

"Kumpulan itu juga pernah mengundang kontroversi sebagai sebuah kumpulan yang memuatkan unsur spiritual jahat dan anti ketuhanan oleh masyarakat Kristian sendiri," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - Bernama

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0830&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_13.htm#ixzz2dS4KGZjO
Hakcipta terpelihara
Merdeka: Fahami makna lagu 'Negaraku', kata Malek
 
  • Malek Noor Malek Noor
1 / 1
SEBUT jaguh bina badan Asia, sudah pasti ramai akan teringat kepada atlet sukan itu yang suatu masa dahulu pernah mengharumkan nama negara.

Malah beliau juga telah dijadikan sebagai ikon baru meskipun kini telah bersara dalam sukan bina badan tersebut.


Ikuti wawancara khas wartawan Sinar Harian Online bersama bekas jaguh bina badan negara Asia peringkat heavyweight sebanyak enam kali, Datuk Abdul Malek Mohamed Noor atau lebih dikenali sebagai Malek Noor yang berkongsi pengalamannya dengan atlet generasi baru menjelang Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos nanti.



SINAR HARIAN ONLINE: Menjelang Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos ini, apakah peranan atlet negara yang boleh dimainkan dalam mengangkat semangat patriotisme dalam masyarakat negara ini?

MALEK NOOR: Sebelum itu, saya mengucapkan selamat hari kemerdekaan kepada semua rakyat di negara ini.

Kita dalam pemerintahan kerajaan yang cukup aman, sebagai wakil bekas atlet dan atlet yang ada sekarang, kami berasa bertuah kerana industri sukan negara ditadbir urus dengan baik termasuk program dan kemudahan latihan sukan yang lengkap untuk memajukan dunia sukan tanahair.


Menerusikan membolehkan atlet tempatan menyumbang pingat dan mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa termasuk kejohanan di peringkat rantau asia dan dunia.


Cara atlet menyumbang kepada negara dengan memerdekakan kita dengan memberikan tumpuan sepenuhnya untuk memenangi seberapa pingat dan konsisten mengharumkan nama negara melalui dunia sukan.


SINAR HARIAN ONLINE: Bagaimana agaknya sambutan kemerdekaan ketika penglibatan pertama Datuk dalam dunia sukan bina badan sebelum ini?

MALEK NOOR: Setiap tahun kita sebagai ahli sukan diajar untuk menghayati semangat patriotik menerusi rukun negara dan lagu Negaraku itu sendiri.

Apabila patriotisme diterapkan, kami sebagai golongan atlet dapat bersatu padu dan berganding bahu untuk memberi kemenangan dan berusaha menyumbang pingat dalam setiap kejohanan yang disertai.


Kami juga berasa bertuah apabila setiap sumbangan pingat yang kami bawa pulang terasa berbaloi apabila ia dihargai dan diingati sekali gus membakar semangat kami untuk terus beraksi cemerlang pada kejohanan seterusnya.


SINAR HARIAN ONLINE: Apakah pesanan dan harapan Datuk kepada atlet negara dalam meneruskan usaha atlet-atlet terdahulu khususnya pembangunan dunia sukan tempatan?

MALEK NOOR: Dalam pembangunan sukan, atlet tempatan juga boleh menyumbang dalam sektor lain bukan sahaja mewujudkan saingan yang sihat bahkan meneruskan latihan sukan bertaraf profesional tanpa terlalu bergantung kepada imbuhan seperti hadiah dan wang ringgit.

Atlet perlu berpandangan jauh dengan memikirkan seberapa banyak sumbangan yang boleh diberikan kepada negara termasuk memberi inspirasi kepada atlet lain untuk meneruskan kecemerlangan sukan apabila mereka bersara nanti.


Saya sendiri telah melaluinya, yang penting ketelusan, keikhlasan dan rela berkorban untuk negara antara kunci kejayaan saya tanpa mengharapkan sebarang balasan.

 

Pemerintah Mesir Kembali Mengganas, Tangkap Pemimpin IM Termasuk El-Betagi


Penangkapan terhadap pemimpin Ikhwanul Muslimin terus dilakukan oleh pemerintahan sementara Mesir. Berpuluh orang pemimpin Ikhwanul Muslimin termasuk pemimpin terkenal IM, Mohammed al-Beltagi ditangkap pada hari Rabu (29/8).

Dalam laporan BBC edisi Khamis (29/8) malam, Beltagi yang merupakan Setiausaha Agong Parti Pembebasan dan Keadilan, sayap politik Ikhwanul dituduh menghasut kekerasan. Mantan menteri buruh Khaled al-Azhari juga ditangkap. Penangkapan terus dilakukan terhadap pemimpin Ikhwanul setelah penggulingan presiden Muhammad Mursi.

Pengadilan memerintahkan penangkapan Beltagi pada 10 Julai. Meski ada perintah penangkapan, Beltagi hampir setiap hari muncul di Rabaa al-Adawiyah, tempat kemah para demonstran pendukung Mursi di Kairo. Mantan perdana menteri tersebut juga sering pidato.

Ratusan orang tewas pada awal bulan ini ketika pasukan keamanan menyerbu kamp protes di ibu kota. Di antara mereka yang tewas adalah putri Beltagi, Asmaa yang berusia 17 tahun.

Kritik terhadap Ikhwanul Muslimin di media lebih banyak difokuskan pada Beltagi yang dituduh berada dibalik aksi kekerasan. Dia terus meminta warga Mesir untuk bangkit melawan militer dalam pernyataan yang direkam di video saat bersembunyi.

Sementara itu demonstrasi lanjutan pro-Mursi dilaporkan berlansung hari ini, Jumaat (30/8). Menteri Dalam Negeri memperingatkan pasukan keamanan akan menggunakan peluru tajam melawan demonstrasi yang menyerang institusi publik.



Juru bicara pendokong Mursi yang menamakan kumpulan mereka sebagai Petubuhan Anti-Kudeta, Salah Goma mengatakan, pihaknya akan rerus melakukan demonstrasi aman.

“Kami menyambut seruan demonstrasi. Kami akan terus melakukan protes dengan sopan dan aman,” ujar Goma, seperti dikutip dari The National, Jumaat (31/8/2013).

duduk dalam gua lagi aman

Ku Li: 'Sudah masanya saya berundur'

Tengku Razaleigh HamzahTengku Razaleigh HamzahGUA MUSANG - Ketua Umno Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berkata sudah sampai masanya bagi beliau berundur sebagai ketua bahagian setelah hampir 50 tahun berkhidmat kepada masyarakat di sini.

"Sudah sampai masanya untuk saya berundur dan carilah pemimpin baharu yang lebih jujur dan adil dalam memberi khidmat kepada rakyat," katanya.


Anggota Parlimen Gua Musang itu berkata keputusannya untuk tidak lagi bertanding pada pilihan raya umum (PRU) akan datang juga adalah untuk memberi laluan kepada pemimpin muda yang lebih layak.
 
PRU13 lalu adalah yang terakhir baginya tetapi beliau masih meneruskan khidmat kepada penduduk di kawasan itu sehingga ada pemimpin baharu yang dapat menggantikannya.

"Saya diminta untuk terus menerajui Umno bahagian ini dan terserahlah kepada ahli Umno bahagian itu (selepas ini) untuk menentukan siapa pemimpin yang paling layak memikul tanggungjawab berkenaan kerana ramai yang layak dipilih," katanya kepada pemberita selepas majlis Kesyukuran Kemenangan Barisan Nasional (BN) Parlimen Gua Musang bersama Orang Asli di Kampung Lambok, di sini hari ini.


Ditanya sama ada beliau akan bertanding jawatan kepimpinan Umno Oktober ini, Tengku Razaleigh enggan mengulas lanjut.


"Saya tidak hendak komen dan kita sama-sama tengoklah pada 28 Sept ini untuk bertanding atau tidak," katanya.


Beliau mengingatkan bahawa mengikut peraturan baharu parti, sesiapa sahaja boleh bertanding merebut sebarang jawatan dalam parti dan perkara itu boleh diputuskan pada hari penamaan calon 28 Sept (untuk Majlis Tertinggi). - Bernama
1 / 1
Pemuda dakwa dipukul polis

  • Pemuda dakwa dipukul polis Keat Siang menunjukkan luka yang dialaminya akibat dipukul pada malam kejadian.
1 / 2
SITIAWAN - Seorang pemuda mendakwa dipukul anggota polis sehingga cedera di beberapa bahagian badan selepas terlibat dalam kemalangan di persimpangan Taman Sejati, di sii, 26 Ogos lalu.

Pengadu, Law Keat Siang, 20 memaklumkan, kejadian berlaku pada jam 12.15 tengah malam dan dia memandu berseorangan sebelum berlanggar dengan sebuah kereta lain.


Menurutnya, dia telah berhentikan kereta bagi membincangkan masalah pelanggaran itu supaya dapat diselesaikan.


“Kereta berkenaan dinaiki dua lelaki dan salah seorang mendakwa dirinya polis. Dia berpakaian biasa tetapi telah menunjukkan kad akuan sebagai polis.


"Dia minta kad pengenalan saya tetapi saya tak beri kerana dia tidak berpakaian seragam polis ketika kejadian," katanya pada sidang media di Pejabat DAP Sitiawan, semalam.


Tambah Keat Siang, dua lelaki tersebut menghubungi seseorang dan selepas itu dua anggota polis tiba menaiki sebuah kereta peronda.


"Mereka gari saya sebelum sempat saya beri penjelasan mengenai kejadian. Mereka juga memukul saya sehingga cedera di beberapa bahagian badan termasuk luka di pipi kiri, lebam mata kiri, sakit di belakang kepala dan leher.


"Mereka bawa saya ke Balai Polis Seri Manjung dan masukkan saya ke dalam lokap selama satu malam. Saya terkilan kerana tidak diberi peluang untuk menjelaskan situasi sebenar," katanya.


Katanya, sekiranya lelaki terbabit ingin membuat rundingan berkenaan bayaran, dia sanggup membayar pada keesokan hari namun tidak diberi peluang melakukannya.


Keat turut memaklumkan bahawa satu laporan berkenaan kejadian telah dibuat di Balai Polis Seri Manjung.


Sementara itu, Setiausaha Politik Adun Sitiawan, Steven Cheong Ngin Koon berkata, perkara seumpama itu pernah berlaku setahun lalu namun belum ada tindakan hingga kini.


Beliau berharap polis dapat mengambil tindakan segera agar perkara itu dapat diselesaikan secara adil.


"Kami tahu polis menjalankan tanggungjawab mereka. Namun perkara seumpama ini tidak sepatutnya berlaku," katanya.


Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Jaafar Baba ketika dihubungi berkata, kes berkenaan masih dalam siasatan.


"Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.


"Kami tidak ambil ringan perkara ini dan siasatan dibuat secara terperinci untuk keadilan," katanya.

Friday, August 30, 2013

Ada Datuk yang menyesal kenapa tak jadi menantu Perdana Menteri !

Persengketaan yang begitu lama masih lagi belum selesai,,, semenjak daripada kena pecat dari Umno hingga sekarang,,, tak dapat lawan dengan orang yang pecat dirinya, lawan dengan menantu pun tak apa..




Pandai ia mengeluarkan kenyataan sedih.... 


“Saya orang kampung, tiada duit dan tiada jentera. Sebaliknya beliau menang jadi Ketua Pemuda dan pilihanraya di Rembau kerana beliau menantu bekas Perdana Menteri,“ katanya.


Baca sepenuhnya Klik Sini


Semasa jadi calon bebas atas tiket PAS,, zaman Pak Lah jadi PM,, tak berani lagi nak hentam Pas,,, apabila Najib ganti Pak Lah jadi PM tahun 2009 bermulalah sikatak menunjuk belang,, menghentam Pas dengan sepuas hatinya.... 


Sekarang baru berapa tahun berlalu,,, Pas terus kehadapan, TG Nik Aziz pun dah bersara dengan aman dari jawatan MB,,, tetapi Ibrahim Ali selaku Presiden perkasa terus dibuli,, akibat angkara perbuatan anak-anak buahnya,, siapa yang bulinya?....  Orang Umno sendiri, yang mana sebelum ini beliau bermatian-matian menyokong umno demi orang melayu.... Bukannya Pas.... 

Itulah dasar umno... 



free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.