Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TEMAN TAK GEMO NGAN PEKASAM NIH !

Wednesday, August 28, 2013

APA? Ketua Wira Perkasa Dibayar Anwar Ibrahim Untuk Desak Najib Letak Jawatan??


Baru sebentar tadi aku berbicara dengan seorang sahabat dari sebelah sana.. apa yang dibualkan hampir sama dengan apa yang dituduh terhadap Ketua Wira Perkasa ini..

Sahabat aku tadi kata dia dituduh Pro Anwar Ibrahim kerana kritikan-kritikan pedas yang dilontarnya terhadap pemimpin-pemimpin UMNO sedangkan dia adalah Ahli UMNO dan masih lagi Ahli UMNO walaupun dianak tirikan oleh UMNO Negeri..

Ketua Wira Perkasa ini pula menjadi sasaran serangan oleh Blog-blog dan Media Pro UMNO kerana beliau dalam satu kenyataan medianya yang boleh dibaca di SINI, telah mendesak agar Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak meletak jawatan kerana terbukti gagal..

Kerana kritikannya itu beliau telah dituduh menerima bayaran dari Pakatan Rakyat untuk menuntut supaya Najib meletakkan jawatan..
ADA banyak pandangan dan rungutan lanjutan dari gesaan Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris semalam yang menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya meletakkan jawatan. 
Ada yang marah, emosi dan sebagainya. Semua ini sudah dijangka sebab UMNO terima banyak kesan negatif dari golongan bukan Melayu apabila dilihat bekerjasama dengan Perkasa yang sudah dijenamakan sebagai pertubuhan rasis oleh pembangkang. 
Alih-alih sekarang sayap pemudanya minta PM Letak jawatan pulak, tak ke gila? 
Pada penulis sendiri, kenyataan ‘berbau’ Anwar Ibrahim yang disebutkan Irwan Fahmi semalam adalah lebih menguntungkan UMNO dari merugikan. Sebabnya mudah saja, selama hari ini yang dok kutuk Perkasa beria sangat siapa? Pembangkang juga (terutama DAP), dan bila sekarang Ketua Wira Perkasa sendiri bercakap macam Anwar bercakap, siapa yang rugi? 
Sudah tentu ada wujud kerjasama di belakang antara Irwan dan Anwar Ibrahim untuk keluar statement yang macam itu. Anwar boleh beli bekas pendakwaraya dalam kes liwatnya dengan Saiful Bukhari, apa lagi si Irwan ni, berapa sen sangat harga dia pun. 
DAP sepatutnya sudah boleh bimbang sekarang kerana jika benar Anwar bekerjasama dengan Perkasa di belakang mereka, maka ini satu petunjuk bahawa Anwar sudah mahu kembali menjadi juara Melayu, seterusnya meletakkan DAP dalam kedudukan yang sukar. 
Walaupun DAP boleh bergantung kepada undi Cina, tapi dengan jumlah populasi cina di negara kita hanya sekitar 33%m berapa banyak sangat kerusi boleh dapat kalau tidak ada bantuan dari undi Melayu? 
Lagipun Anwar tahu, dalam PRU13 yang lepas, walaupun cina bersatu menyokong pembangkang dan Melayu sendiri terbahagi kepada 3 golongan, BN/UMNO masih boleh mengekalkan kemenangan di peringkat persekutuan dan 10 negeri. 
Pada fikiran Anwar, lebih baik dia tumpukan Melayu dari buang masa melayan cina, menangnya tak juga, malah merugikan lagi ada. Yang untung DAP seorang (tambah 10 kerusi Parlimen), sementara PKR dan PAS masing-masing berkurangan kerusi berbanding keputusan pilihanraya umum 2008. 
Dengan PAS lebih teruk apabila kehilangan Kedah. 
Jadi jangan terperanjat kenapa sayap pemuda Perkasa tiba-tiba ubah kiblat, bercakap senada dengan Anwar Ibrahim. Skripnya itu sendiri menampakkan memang Anwar sebagai dalang. Dari BR1M rasuah, penggunaan ’Hj Najib’ dan sebagainya, semua itu menunjukkan Anwar terlibat. 
Entah berapa banyak duit dah disogok masuk dalam mulut budak Irwan Fahmi ini pun kita tak pasti, tapi penulis yakin banyak, sangat banyak. 
Justeru penulis kata, UMNO tak perlu kelam kabut dengan kenyataan budak ini. Sebaliknya kita perlu ambil peluang secukupnya dari kenyataan tersebut untuk menjatuhkan imej Anwar Ibrahim dan pembangkang dengan merujuk kerjasama dalam senyap dengan sayap pemuda Perkasa ini. 
Kita patut lihat apa reaksi DAP sekarang ~ MyKemut


Hmmm... inilah lumrah dalam politik Malaysia.. Bila ahli PKR kritik pemimpin PKR mereka dilabel sebagai Trojan Horse UMNO atau sudah dibeli oleh UMNO untuk menjahanamkan PKR/PR..

Bila penyokong atau Ahli UMNO pula mengkritik pemimpin mereka.. mereka pula akan dilabel sebagai ejen bagi Anwar Ibrahim ataupun telah dibayar oleh Anwar Ibrahim..

Tapi depa tak tau.. duit raya pun Anwar Ibrahim tak bagi kat AJK Cabang PKR Permatang Pauh tahun ni.. pasai duit dah kurang sebab guna masa PRU13 hari tu...

Macam mana pulak Anwar nak bayar kat Ketua Wira Perkasa tu?

Lagipun Anwar Ibrahim bukanlah sebodoh yang disangka untuk membayar Ketua Wira Perkasa tu.. sebab Ketua Wira Perkasa dan Perkasa sendiri hanya alat bagi UMNO untuk berbicara dalam soal perkauman..

Rasanya semua tahu kalau setakat Ketua Wira Perkasa tu.. Najib tak pandangpun.. mungkin hanya sebagai melukut ditepi gantang.. ada tak ada sama saja... tak menambah nilaipun.. dalam lain ayat 'Buat Semak mata memandang....'.

Persoalannya disini.. kenapa kita perlu taksub dengan pemimpin hingga tidak boleh melihat pemimpin kita dikritik??

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.