Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Wednesday, August 28, 2013

Akhirnya!!! Sebab Mengapa Rakyat Malaysia Tidak Memasang Bendera Sambut Merdeka Terbongkar!!




Malaysiakini telah melaporkan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Shabery Cheek melahirkan kekesalannya yang amat berikutan di Putrajaya sendiri masih kurang bendera dipasang.

Walaupun menjadi pusat pendaftaran, Putrajaya sendiri tidak mendepani langkah mengibarkan Jalur Gemilang menjelang sambutan Hari Kemerdekaan, katanya..

Beliau berkata, perkara itu paling dikesalinya memandangkan di kuaters kerajaan sendiri masih kurang bendera dipasang.

"Mereka masih tunggu kerajaan beri bendera," katanya dalam sidang media di kementeriannya di Putrajaya hari ini.

Shabery berkata, keadaan itu sama sekali berbeza dengan keadaan di negara jiran apabila semua orang menunjukkan patriotisme masing-masing walaupun mempunyai perbezaan pandangan politik... negara jiran yang mana satu entahlah..

Sebenarnya Datuk Seri.. bukanlah rakyat menunggu bendera yang diberikan oleh Kerajaan.. atas semangat patriotik rakyat sanggup mengeluarkan duit untuk membeli bendera itu...

Tetapi Datuk Seri.. oleh kerana majoriti rakyat negara ini terdiri dari kalangan yang rajin membaca dan juga bukan terdiri dari kalangan yang mudah lupa seperti ahli UMNO itu..

Dan masih terngiang-ngiang dalam ingatan akan kata-kata seorang sejarahwan yang juga seorang Profesor sebelum PRU13 yang lalu.

Kerana beliau adalah seorang Proffesor maka rakyat berpegang dan menghormati akan kata-katanya itu..

Berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British, dakwa sejarahwan Profesor Datuk Dr Zainal Kling.

"Fakta sejarah menunjukkan Tanah Melayu tidak pernah terjajah (oleh British). Ini mesti dibaiki dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru, ahli politik atau pentafsir politik," katanya. 

Katanya lagi, sejak Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah, sebaliknya hanya dilindungi atau dinaungi.
"Dinaungi tidak sama dengan kolonial... Hanya tiga negeri sahaja yang merupakan tanah jajahan iaitu, Singapura, Melaka dan Pulau Pinang.

"(Negeri-negeri) yang lain adalah dinaungi (atau) dilindungi... Sejak mula Tanah Melayu bukan tanah jajahan atau koloni. Ini fakta sejarah dan perspektif sejarah (itu) perlu diubah.
"Jangan kita sebut, kita terjajah selama 400 tahun. Itu adalah kesalahan yang amat besar," katanya di Putrajaya pada 9 September 2011.

Katanya lagi, Tanah Melayu hanya terjajah selama dua tahun sewaktu pemerintah Malayan Union pada awal 1946 hingga akhir 1947 dan di zaman penjajahan Jepun... Videonya sila lihat di SINI

Jadi Datuk Seri.... bila Proffesor tu dah kata Tanah Melayu tidak pernah dijajah, rakyat tertanya-tanya untuk apa kita memasang bendera menyambut hari Merdeka?

Sedangkan kita tak pernah dijajah.. jadi kenapa kita menyambut Hari Merdeka ni?.. kita Merdeka dari siapa?

Hingga kini Datuk Seri.. rakyat masih tertunggu-tunggu apakah benar kenyataan Professor itu atau hanya satu hujah untuk membolehkan Mat Sabu dianggap menghina anggota Polis suatu masa lalu..

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.