Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

26 Ogos, 2013

Punca Sebenar Zahid Hamidi Tubuh Skuad Khas Urus Persepsi Polis Tersebar

Cukup-cukuplah dengan PERSEPSI ini. Apabila orang ramai mengadu secara berterusan tentang jenayah yang berleluasa, lebih setahun lalu Putrajaya mengatakan ia hanyalah PERSEPSI.
Cerita mengenai PERSEPSI ini sekali lagi timbul baru-baru ini, kali ini oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau mengatakan dua skuad khas terdiri daripada 400 anggota terlatih ditubuhkan bagi menangani jenayah.
Mereka akan memberi laporan secara langsung kepada Bukit Aman dan bukan kepada kontinjen polis negeri atau daerah.
"Ia diwujudkan bagi pengurusan persepsi... kononnya polis semua rasuah," kata Ahmad Zahid dalam satu forum pada Sabtu. Perkataan PERSEPSI keluar lagi.
Sudah pasti 400 anggota polis ini diberikan tugas untuk menamatkan festival jenayah di Malaysia. Secara jujurnya Zahid harus bercakap secara terus terang: rasuah berleluasa dalam pasukan polis menyebabkan dua skuad khas itu terpaksa ditubuhkan.
Tiada masalah PERSEPSI. Rakyat Malaysia tahu apa yang berlaku. Mereka tahu aksi ganas geng 04, 08 dan apa yang terjadi, tidak berlaku dalam masa satu malam. Bos-bos gangster ini bukan dalam masa satu hari mampu memandu Ferrari, mempunyai banyak wang dan terdapat 20,000 pengikut di bawah mereka.
Mereka dibenarkan menjadi besar oleh ahli-ahli politik dan polis yang sama ada sekutu mereka atau yang membuat keputusan untuk tidak mengendahkannya.
Tetapi nasib baik akhirnya kerajaan Barisan Nasional (BN) mengakui negara kita tidak lagi selamat, dan tinggal di kawasan berpagar dan mempunyai pengawal keselamatan tidak menjamin keselamatan kita.
Sesetengah penggubal undang-undang yang sering membebel tentang PERSEPSI sudah menghentikan bercakap tentangnya, hanya apabila mereka sendiri menjadi mangsa jenayah. Kini mereka membebel tentang bagaimana Malaysia tidak lagi selamat seperti dulu.
Tanyalah Tan Sri Isa Samad dari Umno. Pegawal keselamatannya tidak boleh melakukan apa-apa dan ahli keluarganya berada dalam keadaan ketakutan disebabkan perompak-perompak beberapa hari lalu.
Perompak-perompak melarikan wang tunai dan barang-barang berharga bernilai RM90,000. Untuk rekod, mereka bukanlah gengster India yang baru bebas dari Simpang Renggam. Mereka adalah rakyat Indonesia yang mengganasi sebahagian besar daripada kejiranan kita.
Jadi, jangan buang masa rakyat Malaysia. Hentikan jenayah dan jadikan negara kita selamat seperti dahulu.
Jangan pedulikan tentang PERSEPSI. PERSEPSI bukanlah sesuatu yang penting bagi rakyat biasa Malaysia. Kami hanya berhadapan dengan SITUASI SEBENAR.
Itulah realitinya.
Kami tahu terdapat pelanggaran undang-undang dan perintah di negara ini. Kami tahu ramai polis mempunyai gari, pistol dan baton. Apa yang mereka kurang adalah tanggungjawab moral.
Kami tahu seperkara lagi sekarang: dengan mengulangi apa yang orang biasa sudah bercakap diantara 12 hingga 18 bulan sebelum ini mengenai keadaan jenayah tidak terkawal dalam negara, menteri-menteri Kabinet, ahli-hali Parlimen dan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri mengesahkan sesuatu: rakyat Malaysia biasa jauh lebih bijak dari orang yang mereka undi untuk berkuasa. ~the malaysian insider

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.