Pemilihan Umno 2013 paling 'panas'
Apa pandangan Prof mengenai pemilihan Umno kali ini?
Ya, saya jangka lebih panas kerana ini merupakan pemilihan yang sangat penting bagi Umno. Banyak kelemahan Umno ditonjolkan dalam beberapa pilihan raya lalu. Kelemahannya sebagai pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN). Mahu tidak mahu, kesalahan akibat penyusutan kerusi BN dalam PRU13 perlu diletak kepada Umno. Parti itu gagal mengemudi BN dengan baik. Jadi, pemilihan kali ini amat penting untuk kembali mengangkat Umno sebagai parti yang kuat. Apa yang paling utama, semua jawatan patut dipertandingkan kerana itu saja cara untuk memulihkan Umno dan mengembalikan kegemilangannya. Dengan cara ini, setiap individu boleh mendapatkan mandat masing-masing bukan secara kompromi. Mereka mesti bertanding atas kekuatan sendiri. Barulah pemimpin yang terbaik akan muncul. Daripada jawatan tertinggi presiden, timbalan presiden dan naib presiden sehinggalah ke jawatan Ketua Pemuda, Wanita dan Puteri. Terserah kepada kebijaksanaan perwakilan untuk memilih pemimpin yang terbaik untuk Umno.
Apakah kaedah baru Umno dalam pemilihan kali ini, dengan melibatkan hampir 150 ribu perwakilan?
Jumlah tersebut tidak menjadi masalah kerana pilihan raya umum melibatkan jumlah yang lebih ramai. Lagipun, mekanismenya sudah ada cuma bertambah perwakilan, jentera dan orang yang menguruskannya. Pemilihan secara terbuka bukan penghalang untuk menyaksikan ia berjalan dengan lancar.
Adakah jawatan presiden dan timbalan presiden akan menyaksikan pertandingan?
Seeloknya jawatan ini dipertandingkan. Namun, saya tak nampak ada banyak calon yang layak untuk memimpin Umno selain Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Barisan kedua iaitu naib presiden masih memerlukan masa untuk menonjolkan kepimpinan mereka. Ketiga-tiga naib presiden tidak menunjukkan kematangan terutama ketika berdepan dengan isu hangat. Mereka menjawab isu tetapi tidak nampak kebijaksanaannya. Jadi, saya tidak melihat mereka sudah bersedia untuk ke depan menandingi dua jawatan tertinggi. Ada juga khabar Muhyiddin mahu mengintai jawatan presiden. Kalau itu berlaku, siapa pula yang layak untuk bertanding jawatan timbalan presiden? Di situ sudah memperlihatkan jurang yang ketara. Bagaimanapun, saya nampak potensi itu ada dalam kalangan ahli Majlis Tertinggi (MT). Ada beberapa nama yang mempunyai perjalanan agak baik dalam parti seperti Dr Puad Zarkashi dan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Tetapi mereka masih muda dan memerlukan masa lagi.
Bagaimana Prof menilai prestasi Najib sepanjang mengemudi tampuk pemerintahan Umno setakat ini?
Sebagai Perdana Menteri, semangat Melayu Najib itu ada tetapi beliau masih boleh diterima dalam kalangan bukan Melayu. Sikap keterbukaan itu amat penting sebagai Presiden Umno. Ini kerana secara automatik Presiden Umno akan jadi Perdana Menteri. Malangnya, keterbukaan itu tidak diterima dengan baik sesetengah pihak pada PRU13 lalu. Diharapkan Najib tidak berputus asa dan terus mengekalkan sikap kesederhanaan tersebut. Mungkin keikhlasan beliau akan terbayar dalam PRU14 nanti. Menerusi kaedah pemilihan baru ini, adakah budaya politik wang lebih sukar dikawal? Sekiranya politik wang yang dimaksudkan ialah penggunaan wang untuk pemilihan, saya rasa itu tidak dapat dielakkan. Misalnya, perwakilan datang dari jauh siapa yang nak tanggung. Kos untuk mereka datang ke Kuala Lumpur seeloknya ditaja parti supaya dia tidak terikat dengan mana-mana individu. Itu lebih dilihat sebagai tanggungjawab parti. Namun, saya melihat politik wang lebih kepada penggunaan jawatan untuk menguntungkan diri sendiri dan ahli keluarga atau mendapatkan benda lain.
Pendapat Prof, adakah Umno benar-benar bersedia untuk melaksanakan pemilihan secara terbuka kali ini?
Memang sukar untuk melakukan perubahan terutama melibatkan pertukaran pucuk pimpinan sedia ada, termasuk di peringkat cawangan. Kalau benar Umno mahu perubahan, sekurang-kurangnya separuh daripada ahli MT perlu ditukar. Namun, ramai antara mereka masih berpegang kepada cara lama berbanding keterbukaan PKR. Berubah bukan sekadar menukar pucuk pimpinan, tetapi juga transformasi minda ahlinya. Oleh itu, mesej perlu datang daripada presiden dan timbalan presiden sendiri. Mereka perlu meyakinkan ahli Umno inilah masanya untuk melakukan perubahan. Saya rasa Umno mahu berubah kerana sudah tidak ada jalan lain. Jika tidak, Umno akan diubah oleh PKR.
Siapakah dilihat akan dapat lebih sokongan menjadi naib presiden?
Pemimpin boleh diasuh dan dibekalkan dengan skil, tetapi kebijaksanaan tidak datang dengan sendiri. Itu masih belum ada pada ketiga-tiga naib presiden. Ada isu mereka jawab secara ‘melompat’ dan tidak tenang. Pemimpin tidak boleh sebegitu. Mengenai sokongan, sukar hendak dikatakan kerana mereka bertiga berada pada tahap sama. Semuanya ada kekuatan dan sentimen sokongan daripada negeri masing-masing. Perwakilan di Sabah agak besar dan kesepakatan itu pasti ada untuk menyokong Datuk Seri Shafie Apdal. Begitu juga di Johor (Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein) dan Perak (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi). Namun, itu tidak menentukan mereka akan menang kerana perlu dapat sokongan perwakilan negeri lain juga.
Apa pendapat Prof mengenai cadangan agar pengerusi perhubungan negeri, ketua menteri dan menteri besar tidak menawarkan diri bertanding bagi jawatan naib presiden dan ahli MT agar mereka fokus untuk memperkuatkan Umno di peringkat negeri?
Ada pro dan kontranya. Kalau tak jadi ahli MT, nanti tidak boleh jadi menteri besar. Itulah kelazimannya dulu. Namun, menteri besar tidak semestinya dalam kalangan ahli MT kerana itu hak perdana menteri untuk memilih. Sekiranya tidak menawarkan diri, mereka mungkin akan jadi ahli MT yang dilantik. Kedudukan mereka sebagai menteri besar dan ketua menteri itu sudah menjamin mereka akan diundang sebagai ahli MT yang dilantik. Tetapi, bagi sesetengah orang mungkin melihat ahli MT itu tiket kepastian untuk jadi menteri besar atau ketua menteri.
Wajarkah Khairy Jamaluddin melepaskan jawatan ketua pemuda dan mencuba nasib di peringkat yang lebih tinggi?
Setakat ini, saya tidak nampak ada calon lain boleh menggantikan Khairy. Beliau memiliki kebijaksanaan dan latar belakang yang baik. Beliau adalah pemimpin muda sangat berpotensi besar. Jika ada pencabar terdekat, mungkin Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Namun, mungkin sekarang Mukhriz berasakan jawatan itu terlalu kecil untuk beliau. Lagipun, masih terlalu awal untuk Khairy melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pemuda. Beliau masih muda dan ada banyak masa lagi untuk meraih pengalaman. Elok bagi beliau mengasah bakat dalam Pemuda. Jika dilihat sejarah perdana menteri terdahulu, kebanyakan mereka mula menonjol ketika bersama Pemuda. Apa yang penting, Khairy perlu menampilkan ketokohannya sebagai menteri dan juga Ketua Pemuda. Dia perlu belajar banyak lagi untuk jadi pemimpin yang bagus dan Pemuda adalah platform terbaik.
Bagaimana Prof melihat saingan di peringkat Ketua Wanita antara Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Datuk Azalina Othman?
Tidak dinafikan, Wanita paling bermasalah untuk mendapatkan pemimpin mereka. Jika sayangkan Umno, Shahrizat sepatutnya sudah melepaskan jawatan. Beliau sudah menjadi liabiliti kepada parti jika bercakap dalam konteks transformasi dan ketelusan yang ingin dilaksanakan Umno. Kita tidak tahu sama ada pencabarnya lebih bagus daripada beliau, tetapi Shahrizat patut tahu masa untuk berundur. Walaupun Shahrizat menafikan sekeras-kerasnya kontroversi yang melanda beliau, orang tetap tidak akan percaya. Apabila seseorang itu melepaskan jawatan, beliau akan lebih disayangi berbanding jika beliau dikalahkan. Tetapi, itulah masalah orang politik apabila mereka tidak tahu masa untuk berundur. Sokongan diterima tidak boleh dijadikan penentu undi semasa pemilihan kelak. Azalina pula dilihat ada kredibiliti, tetapi zamannya sudah berlalu. Mungkin Wanita akan mencari orang lain yang lebih sesuai. Tetapi, tidak banyak nama yang melekat di fikiran apabila bercakap mengenai Wanita.
Adakah ini bermakna, Umno semakin kekurangan pemimpin berkaliber?
Umno nampak seperti kekurangan pemimpin berkaliber kerana kelebihan itu dimiliki Pakatan Rakyat (PR). Apabila bercakap mengenai PKR misalnya, kita sudah boleh membayangkan ramai pemimpin hebat mereka seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Izzah Anwar dan Rafizi Ramli. Namun, situasi itu tidak terjadi kepada Umno melainkan nama Najib dan Muhyiddin. Bagi mengatasi masalah ini, Umno perlu mengangkat pemimpin muda mereka. Ada pemimpin bagus tetapi kalah dalam PRU13 lalu. Namun, tidak mengapa kerana kita perlu memisahkan PRU13 dengan pemilihan Umno. Kekalahan dalam PRU13 tidak boleh dijadikan penghalang untuk mereka menawarkan diri sekiranya mereka mempunyai potensi memimpin Umno pada masa akan datang. Jika kalah dalam PRU13 tetapi menang dalam pemilihan Umno, ada kaedah untuk meletakkan mereka di tempat yang sepatutnya dalam kerajaan. Jika menganggap kekalahan dalam PRU13 sebagai penamat karier politik seseorang, maka itu satu kerugian kepada Umno. Lebih-lebih lagi jika individu itu masih muda, berpotensi dan menunjukkan kematangan dalam kepimpinan.
Adakah nama Tengku Razaleigh (Ku Li) akan timbul pada saat akhir pemilihan dan mencabar jawatan presiden?
Saya juga ada dengar begitu. Tetapi, saya tidak melihat percaturan untuk mengitar semula pemimpin lama akan berhasil. Tidak salah untuk Ku Li bertanding kerana beliau ada banyak sumbangan kepada Umno. Namun, zaman beliau sudah berlalu. Najib kini berada di landasan betul dengan segala agenda transformasi yang dilakukan. Siapa lagi orang boleh mencabar Najib dengan idea yang telah beliau laksanakan? Kalau orang itu sekadar mencabar Najib kerana jawatan presiden boleh dipertandingkan, ia tidak akan ke mana. Mereka yang hendak mencabar Najib perlu mengemukakan idea yang lebih baik. Jika tidak, ahli Umno tidak akan mendapat sebarang faedah dengan menukar pemimpin. Mereka yang hendak jadi Presiden Umno juga perlu ada konkrit untuk negara dan Melayu.
Apakah beza pemilihan terbuka Umno dengan pemilihan PKR yang dilakukan sebelum ini?
PKR menerima sumber bagus kerana sikap Umno yang tertutup. Ahli Umno takutkan orang Melayu yang bijak dan dinamik. Takut jika bawa masuk, tempat mereka akan diganti. Apabila orang itu tidak diambil Umno, mereka akan cari tempat lain. Saya pasti, mereka yang masuk PKR bukan kerana suka parti itu. Tetapi, sebab sudah tidak ada tempat dalam Umno. Namun, saya rasa Umno sudah sedar bahawa itu satu masalah besar. Sejauh mana Umno akan bersikap terbuka dan menerima orang baru? Adakah itu bermakna orang lama perlu bersara dan bersedia memberi laluan kepada orang muda? Mereka perlu faham, itulah proses rejuvenation yang dapat membangkitkan semula parti. Umnno perlu bersedia untuk semua itu.
Pesanan Prof kepada semua ahli Umno yang akan melakukan pemilihan kelak?
Saya lihat gabungan Najib-Muhyiddin sudah cukup baik untuk mentadbir Malaysia dalam beberapa tahun lagi. Namun, jika hendak rejuvenate Umno, mereka perlu memberi kepercayaan kepada wajah baru untuk dibawa ke dalam majlis. Ini supaya wajah baru ini diberi latihan sebagai pelapis pemimpin menggantikan Najib dan Muhyiddin kelak. Mereka tidak ada banyak masa dan perlu lakukannya segera kerana pihak lawan sudah mempunyai barisan yang agak mantap. Umno juga memerlukan orang yang dapat berdiri dengan merit sendiri dan bukan menumpang. Tumpuan utama Umno kini juga adalah untuk memantapkan parti, bukan lagi mengejar majoriti dua pertiga. Kerajaan yang kuat tidak memerlukan dua pertiga. Sebaliknya kerajaan yang kuat ialah yang dapat memimpin dengan memujuk pihak lawan. Ini kerana apabila membuat sesuatu dasar, itu adalah untuk negara bukan untuk Umno atau BN. Pembangkang adalah sebahagiannya. Jadi, sokongan itu perlu melintasi parti. Saya harap ahli Umno akan menilai dan membuat keputusan dengan sebijaknya.

0 orang berkata:
Post a Comment