Isa Samad ditahan SPRM
SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini
telah menahan bekas Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Behad
(FGV) , Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad bagi membantu siasatan berhubung
isu pembelian dua buah hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC).
Menurut sumber, beliau (Isa) ditahan ketika hadir di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada jam 2.40 petang.
Penahanan pengerusi itu bertujuan untuk memberi keterangan lanjut
berhubung pembelian dua hotel oleh FIC antara tahun 2014 dan 2015.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Dato Azam Baki mengesahkan perkara itu.
“Penahan tersebut merupakan tindakan susulan hasil daripada
keterangan-keterangan yang telah dirakam oleh pasukan penyiasat
berhubung pembelian hotel tersebut sebelum ini.
“SPRM yakin mempunyai asas yang kukuh untuk membuat penahanan tersebut
supaya dapat membantu melengkapkan siasatan kes tersebut," katanya
ketika dihubungi.
SPRM membuka kertas siasatan berhubung pembelian sebuah hotel di
Kensington, London oleh FIC selepas dipercayai harga yang dibayar jauh
lebih tinggi berbanding harga asal hingga menyebabkan anak syarikat
Felda itu mengalami kerugian jutaan ringgit.
FIC dilaporkan membayar STG60 juta (RM330 juta) untuk sebuah hotel empat bintang di Kensington, London pada 16 Disember 2014.
5 orang berkata:
Jaga2lah lobai. Hari tu ente ada jual balak kan? Ente ada ehem ehem jual karbon dioksida kam?
Dia sudah intai2...
Betul ke hj dol ada terima hadiah 4wd? Seronok tido rumah baru bini muda?
Dia orang sudah menjeling2..kih3
Elehhhhhh...
Jangan haraplah nak sangkut.
Pak karam boleh sunat sekali lagi la kalu penyimpan rahsia besar ni boleh sangkut....
Bukan dah lama ke jual di penang tapi baru kena sita.. keh keh..
Fitnah lepas tu rasa seronok dgn fitnah yg dibawa.. ntahlaa
Post a Comment