Pas puas hati sesi meja bulat 1MDB
Tuan Ibrahim
KUALA LUMPUR - Pas berpuas hati dengan hasil sesi meja bulat bagi
membincangkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), hari ini.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihaknya
menerima penjelasan oleh Presiden dan Pengarah Eksekutif 1MDB, Arul
Kanda Kandasamy mengenai pelan rasionalisasi yang dicadangkan beliau
bagi mengatasi kemelut 1MDB.
Bagaimanapun katanya, Pas melihat ada keperluan untuk parlimen memantau aset 1MDB yang diambil alih Kementerian Kewangan.
"Apabila aset itu diambil kementerian, kita bimbang ia akan cetuskan
masalah baharu jika tak dikawal. Kita harap isu sebegini mesti dipantau
terus melalui parlimen.
"Kementerian Kewangan dan menterinya perlu laporkan pada parlimen
supaya ahli-ahli parlimen dapat ikut setiap perkembangan," katanya
kepada pemberita pada sidang media selepas sesi meja bulat Pas mengenai
isu 1MDB, di sini, hari ini.
Selain Arul Kanda, meja bulat itu turut dihadiri Ahli Parlimen Bandar
Tun Razak, Tan Sri Khalid Ibrahim dan beberapa wakil dari universiti
tempatan.
Tuan Ibrahim berkata, 1MDB juga perlu diberi peluang untuk selesaikan semua hutang yang ditanggung.
"Kelewatan menjelaskan hutang menyebabkan kadar faedah terus bertambah.
Untuk faedah sahaja telah mencecah US$1.9 bilion setahun.
"Bagi kita, pelan rasionalisasi 1MDB berada di landasan betul. Kita
harap tiada campur tangan politik yang menggangu pelan dikemukakan Arul
itu," katanya.
Dalam pada itu, katanya, Pas tetap dengan cadangannya sebelum ini agar
satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat isu
1MDB.
"Dengan penuh rasa hormat kepada semua agensi penguatkuasaan di negara
ini iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja
Malaysia (PDRM), Bank Negara, Jabatan Peguam Negara dan Jabatan Audit
Negara, kita lihat RCI perlu ditubuhkan juga.
"Ia sebagai jalan keluar kemelut 1MDB di mana kerajaan perlu ambil
tindakan terhadap mereka yang terlibat. Dalam masa sama negara tidak
terbeban dengan hutang yang dibuat oleh 1MDB," katanya.
11 orang berkata:
PAS bukan sekadar pandai berhujah tapi bijak dlm tindakan.
Ini baru betul. Bersemuka dan usaha memahami sesuatu isu dgn betul dan mendengar daripada pihak yg terlibat secara langsung. Jgn jadi seperti baruah2 dap dan mat sabu sikhalwat bini kawan sendiri,,yg suka menabur fitnah dan syok2 sorang di gelanggang,,jagoan kampong. Main tembak, apa yg didengar,,tanpa diperiksa kesahihan seseuatu berita, kredebiliti pihak yg menyebar berita seperti SR tidak diperiksa. Yang tahu,,menuduh tanpa bukti. Paksa org cerdik mcm kami untuk percaya,,kita tanya bukti,,dia senyap....memang patut sangat diorang berambus daripada pas dan sesuai sangat jadi baruah2 kapir laknatullah lgelks.
Anon 0820 puak Pigs dan umNGOK
SAYA SANGAT BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA MBAH BUDI HARTONO,KARNA BERKAT BANTUANNYA SAYA YANG DULUNYA CUMA PENGUSAHA KECIL,DAN SEBAGAI PENGUSAHA KECIL,SAYA SANGAT MEMBUTUHKAN YANG NAMANYA TAMBAHAN MODAL UNTUK USAHA,ALHAMDULILLAH ATAS BANTUAN MBAH BUDI HARTONO,YANG MEMBERIKAN PESUGIHAN DANA GAIB TANPA TUMBAL SEBESAR 10.M,KINI USAHA SAYA MAKIN BERKEMBAN,DAN SAYA TIDAK PERLU LAGI PINJAM UANG DI BANK YANG PENUH RESIKO,KINI HANYA DENGAN MELAKUKAN TRIK RAHASIA MBAH BUDI HARTONO SAJA SAYA BISA SUKSES,DENGAN PENUH HARAPAN SAYA YANG DULUNYA SELALU MENCARI-CARI TAMBAHAN PENGHASILAN,DAN SECARA TIDAK SENGAJA SAYA MENEMUKAN BEBERAPA KOMENTAR TENTANG MBAH BUDI HARTONO DI INTERNET,BISA MEMBERIKAN PESUGIHAN,KARNA PENASARAN AKHIRNYA DENGAN SISA UANG SAYA YANG TINGGAL SEDIKIT,DAN SAYA JUGA MENGIKUTI SARAN MBAH BUDI HARTONO DAN SYUKUR ALHAMDULILLAH TERBUKTI,JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA SILAHKAN HUBUNGI MBAH BUDI HARTONO.DI 085-256-077-899 UNTUK INFO LEBIH JELASNYA BUKA BLOG MBAH
KLIK PESUGIHAN DANA GAIB TANPA TUMBAL
BANTUAN MBAH BUDI HARTONO TIDAK ADA EPEK SAMPING,AMAN TANPA TUMBAL,DAN MEMAN TIDAK ADA DUANYA WASSALAM DARI SAYA IBU HERLINA..
PANDAI, CERDIK DAN BIJAK SANGATLAH.... YANG BETULNAYA BODOH SOMBONG... SINGAPURA DAH AMBIL TINDAKAN DAN PENJARAKAN RAKYATNYA YANG TERLIBAT DENGAN PENYELEWENGAN DALAM SKANDAL 1MDB...ITUPUN PERCAYA DAN PUAS HATI DENGAN CAKAP CAKAP SIBOTAK TU.....ALLAH MAHA MENGETAHUI
Pas dah puas hati dengan 1mdb. Alhamdulillah.
Ahli pas boleh undi umno.
Pas tolong la. Jangan lawan umno dan bn. Biarlah kita bersatu lawan pakaton one by one. Bila pas masuk calon, umno bn pulak bantu pas. Biar pakaton tertonggeng.
Assalamualaikum tn hj tuan man.
Macamana 1mdb nak bayar hutang? Dia nak pakai duit apa?
Mintak maaf tn hj, sebenarnya berapa bilion untung 1mdb dlm 6 bulan tahun ni? Boleh cover hutang tak?
1MDB ni berniaga buluh kasap, untung entah kemana , modal lesap
شركة امست لمكافحة الحشرات بالقطيف
شركة تنظيف بالدمام
Post a Comment