NAK TANGKAP SEORANG, HANTAR POLIS SETENGAH BATALION, INI SEMUA KERJA SYAITAN DAN IBLIS.
KALO NAK TANGKAP SEORANG ATAU LEBIH, TIDAK MENESABAH HANTAR BEGITU RAMAI POLIS MELAINKAN ADA NIAT YANG JAHAT ATAU MUSLIHAT.
YANG MERANCANG WAJIB DIHUKUM MATI KERANA MERANCANG DAN BERANGGAPAN NYAWA MANUSIA TERLALU MURAH.
MEREKA YANG MERANCANG ANGGAP POLIS MACAM KUDA KAYU, BOLEH DI ARAH MACAM GURGHA.
HENDAK TANGKAP HANYA BEBERAPA ORANG PAKAI POLIS BEGITU RAMAI NAMPAK SANGAT KEBODOHAN PEHAK YANG MERANCANG LANGSUNG TIDAK POPULAR, MACAM TENTERA ABU MAWAS
KERTAS PUTIH ? TIDAK PROFESIONAL ?
-Pak Karamu-
RCI diharap bela anggota polis terkorban
(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yakin
masyarakat ingin tahu siapa dalang di sebalik peristiwa berdarah Memali,
pada tahun 1985 hingga mengorbankan 18 nyawa termasuk empat anggota
polis.
Menyokong penubuhan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi menyiasat
tragedi itu, Musa berharap ia mampu memberi pembelaan terhadap anggota
polis yang terkorban.
“Ramai pihak mahu RCI Memali ditubuhkan supaya waris tragedi itu
mendapat pembelaan sewajarnya tetapi kurang mengendahkan waris anggota
polis yang terkorban.
Oleh sebab itu, saya setuju RCI ini ditubuhkan supaya anggota terkorban
mendapat pembelaan dan siapa yang menjadi dalang Memali didedahkan
kepada rakyat Malaysia,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Mengenai isu Kertas Putih Memali, Musa berkata, kerajaan terdahulu dan
anggota polis sudah menjalankan siasatan terhadap isu tersebut, dengan
Kertas Putih Memali sudah diuar-uarkan kepada rakyat Malaysia untuk
memaklumkan perkara terbabit.
“Kertas Putih ini menjelaskan kesemuanya aspek isu Memali, iaitu punca
kenapa kes ini berlaku, apakah tindakan yang telah diambil dan
sebagainya,” katanya.
Selain Kertas Putih Memali, visual anggota polis melakukan operasi di
Memali itu juga sudah disiarkan untuk tontonan masyarakat.
“Kalau ada pihak tidak percaya dengan Kertas Putih itu, kita nak percaya kepada siapa?” soalnya.
Dalam pada itu, Musa mempertahankan tindakan anggota polis yang
bertugas ketika operasi itu dan menegaskan bahawa polis tidak akan
mengambil tindakan drastik, melainkan pihak itu yang memulakan serangan.
“Malah, anggota polis telah pergi ke Kampung Memali beberapa kali dan
meminta anggota kumpulan yang anti-kerajaan ini menyerah diri namun
mereka enggan berbuat demikian,” katanya.
Oleh demikian, Musa meminta semua pihak untuk membaca semula Kertas
Putih Memali untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai tragedi
terbabit.
3 orang berkata:
Sokong kenyataan bekas kpn ini. Polis dah bagi banyak peluang utk serah diri tapi dia tak ambil pot...
Tak yah buang masa jom kita desak rci. .jangan sampai saksi2 kes memali ditutup mata lalu ditumbuk bertalu2 sudah la..
20171110 junda
air max 1
marc jacobs outlet
kate spade outlet online
chicago blackhawks jerseys
cheap basketball shoes
canada goose coats
uggs outlet
ugg boots black friday
burberry outlet
ralph lauren
Post a Comment