Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PI LA MELAWAT ! NAK TAKUT APA !!! NOTHING TO HIDE !


Kekecohan Dalam Program 'Nothing to Hide 2.0'


1. Parti Islam SeMalaysia (PAS) memandang serius kejadian kekecohan yang berlaku dalam Program "Nothiing To Hide 2.0" yang diadakan di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam pada 13 Ogos 2017.

2. PAS merasakan kejadian seumpama itu tidak sepatutnya berlaku dan bukanlah menjadi suatu budaya dalam masyarakat Malaysia selama ini.

3. Apapun program tersebut sepatutnya dikawal dengan lebih cermat terutama oleh pihak penganjur supaya ianya tidak membuka ruang kepada suasana yang boleh menimbulkan keadaan emosional dan provokasi. 

Peranan ini boleh dimainkan oleh pihak penganjur dengan mengawal keseluruhan keadaan, di samping ahli panel dengan mengelakkan ulasan yang mengundang reaksi negatif dan terakhir sekali peserta program itu sendiri dengan lebih bersopan serta menghormati perbezaan pandangan.

4. Sehubungan dengan itu, PAS menganjurkan supaya rakyat Malaysia mengelakkan budaya politik perkauman, emosi, permusuhan serta membesar-besarkan sesuatu masalah yang boleh diselesaikan secara damai dan harmoni. 

Budaya masyarakat Malaysia yang lemah lembut dan bersopan santun harus dikekalkan dan dimantapkan lagi dengan rasa berlapang dada dan mengutamakan rasa saling hormat menghormati.

5. Rentetan daripada isu Memali yang dibangkitkan oleh peserta program. PAS merasakan pihak yang berkaitan dengan 'peristiwa malang' tersebut harus mengambil pendekatan lebih bersifat 'ehsan' terutama terhadap keluarga serta sanak saudara mereka yang terlibat. 

Dengan pendekatan demikian diharapkan agar perasaan dendam, prejudis, syak wasangka dan keegoaan sesetengah pihak dapat dihentikan, sebaliknya kita mengorak langkah membela nasib semua pihak yang memerlukan bantuan sama ada material mahupun moral.

6. Dalam hal ini juga PAS pernah menyarankan agar Tun Dr. Mahathir sebagai seorang negarawan dapat melawat masyarakat Memali yang terlibat dalam peristiwa berkenaan dengan harapan ianya boleh menghasilkan suatu natijah yang baik kepada rakyat dan negara.
Dato' Takiyuddin Hassan
Setiausaha Agung

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.