Memali: Kecoh Nothing to Hide 2.0
Abdul Hadi Awang
SEMUA pihak menuding jari menyalahkan pihak lain
dengan melupai punca asas tercetusnya kekecohan apabila jawapan yang
tidak memuaskan hati terhadap peristiwa Memali.
Pas adalah mangsanya apabila diserang hebat sehingga mengorbankan salah
seorang pemimpinnya, Ustaz Ibrahim Mahmud dan rakan-rakan.
Terima kasih diucapkan kepada mereka yang meminta penjelasan berkenaan
peristiwa Memali. Kepada yang tidak mampu menjawab sepatutnya tidak
marah dan orang lain tidak membuat kekecohan.
Anak-anak muda sahaja tidak sepatutnya dipersalahkan, sepatutnya juga dipersalahkan yang menjadi penyebabnya.
Ketika peristiwa itu masih panas darah yang mengalir, para ulama Pas
mengisytiharkan syahidnya mereka yang menjadi mangsa kerana dibunuh
dengan zalim dan mereka mempertahankan Islam yang ditegakkan.
Ketika itu Ustaz Ibrahim Mahmud dan rakan-rakannya dipersalahkan, bukan
pula dipersalahkan orang yang selalu menghina Islam dan hukumnya yang
sangat dimarahi oleh Ustaz Ibrahim dan rakan-rakan.
Pas mempunyai pendekatan sebagai parti yang berdakwah, bukan menghukum
kafir mengkafirkan kerana kejahilan umat terhadap Islam, yang
mengharamkan pendekatan itu.
Akhirnya Pas berjaya membendungnya secara ilmu dan mereka yang paling
kuat mengkafirkan Umno pula akhirnya ramai yang masuk Umno atau diam
sahaja.
Hari ini dapat diwujudkan kerjasama Pas dan Umno dalam perkara Islam. Malangnya ada pihak yang marahkan pendekatan ini.
Ramai kakitangan kerajaan, polis dan Umno tidak bersetuju dengan
pendekatan yang dilakukan sehingga mengorbankan polis yang dipaksa dan
Ustaz Ibrahim dan rakan-rakannya yang diserang. Kita mengharapkan yang
dipaksa juga mendapat syahid, inilah hukum Islam.
Namun ramai yang melempar batu menyembunyikan tangan dalam mengulas isu
sejarah hitam ini. Pas hanya menyebut pepatah Arab yang berbunyi:
"Dia yang memukul saya, dia pula yang menangis. Dia yang menzalimi saya, dia pula yang mengadu"
Tiada guna mengungkit cerita lama sejarah hitam itu tanpa bertaubat dan
meminta maaf sekiranya bersalah, dan tanpa membetulkan keadaan dengan
membayar yang perlu dibayar dan mengganti yang perlu diganti.
Apa yang terbaik adalah melaksanakan nasihat daripada ALLAH:
"Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada
dua bahagian siang (pagi dan petang) dan pada waktu-waktu yang
berhampiran dengannya dari waktu malam.
Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan
kejahatan. Perintah-perintah ALLAH yang demikian adalah menjadi
peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat" (Surah Hud: Ayat 114)
ABDUL HADI AWANG, Presiden Pas
1 orang berkata:
Awalnya saya hanya mencoba mengikuti program pesugihan akibat adanya hutang yang sangat banyak,dan akhirnya saya mencari jalan pintas meskipun itu dilarang agama,apa boleh buat dengan kondisi keuangan,dan akhirnya saya menemukan seorang dukun yang bisa membantu,saya di kasi pesugihan dana gaib tanpa tumbal sebesar 10M.alhamdulillah dengan seisin gusti allah dengan lantaran MBAH BUDI HARTONO,saya dapat mengubah hidup yang jauh lebih baik dari sebelumnya,berkat bantuan MBAH BUDI HARTONO dengan waktu yang singkat,saya sudah membuktikan namanya keajaiban satu hari bisa merubah hidup,bagi saudarah bisa membuktikan sendiri,silahkan hubungi MBAH BUDI HARTONO di no 085256077899 untuk info lebih lengkap buka blog mbah karna di dalam blognya sumuanya sudah di jelaskan klik PESUGIHAN DANA GAIB TANPA TUMBAL yang penting anda yakin dan percaya,dan jangan samakan dengan dukun yang lainnya,bantuan MBAH BUDI HARTONO tidak ada epek samping aman tanpa tumbal,dan meman tidak ada duanya,wassalam dari saya ibu herlina..
Post a Comment