Anwar atau banduan lain tidak dibenar buat kenyataan
SHAH ALAM - Jabatan Penjara Malaysia menafikan bahawa kenyataan media
mengenai kekecohan semasa program Nothing to Hide 2.0 bertarikh 14 Ogos
lalu dikeluarkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Timbalan Pengarah Dasar Kepenjaraan, Supri Hashim berkata, banduan
tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan atau penyiaran tanpa
kebenaran pihak mereka.
"Anwar masih menjalani tempoh hukuman pemenjaraan seperti mana yang
diarahkan Mahkamah dan dalam hal ini beliau tidak diberikan kebenaran
berbuat demikian.
"Selain itu, gambar yang digunakan pada kenyataan media tersebut juga
bukanlah gambar sepanjang tempoh Anwar berada di mahkamah pada tarikh
tersebut.
"Pihak-pihak yang tidak berkaitan dengan perbicaraan berkenaan juga
tidak dibenarkan menemui beliau termasuklah media massa," katanya dalam
satu kenyataan, hari ini.
Terdahulu, Anwar didakwa mengeluarkan kenyataan mengenai
kekecohan yang berlaku Ahad lalu ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjawab soalan peserta dalam program tersebut.
Dalam kenyataan tersebut, Anwar didakwa mengeluarkan kenyataan yang
meminta kerajaan bertindak tegas terhadap golongan perusuh supaya ia
dapat dielakkan menjelang PRU14 kelak.
0 orang berkata:
Post a Comment