Ketua Penerangan Umno Shamsul Anuar Nasarah hari ini menyeru PAS
tidak bimbang dengan situasi Umno ketika ini yang menyaksikan sekumpulan
anggota dan wakil rakyatnya meninggalkan parti.
Jelas Shamsul,
keadaan itu lebih kurang sama ketika anggota dan wakil rakyat PAS keluar
parti dan menubuhkan Parti Amanah Negara (Amanah).
"Biarpun
Amanah wujud namun PAS tetap kuat, maka biarpun beberapa wakil rakyat
Umno meninggalkan Umno kita tetap yakin Umno tetap sebagaimana biasa.
"Umno
akan terus berperanan sebagaimana ideologi yang dipegangnya malah akan
terus menjadi juara membela kepentingan rakyat, dan pastinya akan
merampas kembali kerusi yang hilang," katanya dalam kenyatan media hari
ini.
"Umno
sekarang mengalami kebocoran bahtera. Kaedah kita orang pergi laut,
kalau bahtera bocor kita pergi dekat, bahtera kita pun boleh tenggelam
sama.
"Nak gabung dengan parti bocor ini satu benda yang sulit dan payah," kata Abdul Hadi.
Sejak
pilihan raya umum, Umno kehilangan satu demi satu wakil rakyatnya yang
seterusnya menyebabkan presiden parti itu, Ahmad Zahid Hamidi
menyerahkan tugasnya kepada timbalannya, Mohamad Hasan.
Sejak
memenangi 54 kerusi parlimen pada pilihan raya umum (PRU) ke-14, Umno
sudah kehilangan 18 wakil rakyat dan kini hanya memegang 36 kerusi
parlimen. Beberapa wakil rakyat Umno yang keluar parti juga menyertai
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Bersatu tak boleh ganti Umno
Sementara
itu, dalam kenyataan sama, Shamsul menegaskan bahawa meskipun Bersatu
mendakwa ia parti Melayu, Umno masih pilihan utama orang Melayu.
Tegas Shamsul, Bersatu tidak akan boleh menggantikan Umno.
"Hakikatnya Umno jauh lebih baik berbanding Bersatu. Umno punyai sistem pentadbiran yang bersistematik.
"Umno mempunyai pimpinan yang tersusun daripada peringkat Umno Cawangan, bahagian, negeri hinggalah ke pusat.
"Jauh
berbeza dimana, tidak kedengaran pun mesyuarat cawangan atau bahagian
Bersatu diadakan hanya diadakan di peringkat pusat sahaja. Ini bukti
Umno mempunyai kekuatan lebih baik berbanding Bersatu," katanya.
Tambah
anggota parlimen Lenggong itu, kehilangan wakil rakyat berkenaan tidak
menyebabkan Umno di kawasan mereka terbubar. Sebaliknya, katanya, mereka
"dengan mudah" diganti oleh pemimpin muda yang lebih baik, bertenaga
dan bersemangat.
"Kita perlu ingat, mereka yang keluar Umno tentulah antaranya kerana mereka sudah hilang keyakinan dan kesetiaan pada Umno.
"Jadi,
biarlah yang tidak yakin atau setia ini tinggalkan Umno. Jika mereka
terus berada dalam parti ia akan menjadi barah yang akhirnya memusnahkan
parti dari dalam," katanya menyeru agar anggota Umno yang masih kekal
tidak bimbang dengan perubahan dan pendekatan baru parti mereka.
"Umno
mahu menang dan kembali berkuasa sebagai sebuah kerajaan. Oleh itu
semua pihak perlu fokus, bersama menyokong kepimpinan parti dan bersama
memainkan peranan," katanya.