HAMPIR PRU 14, P.H HENDAK MEMBANTU RAKYAT, TERNYATA TIPU, SELEPAS PILIHANRAYA, RAKYAT SEMAKIN SUSAH,BANGSA DAN AGAMA TERUSIK.
KELAPA TURUN
SAWIT TURUN,
MATA WANG TURUN,
MANA JANJI PRU 14 ?
-Pak Karamu-
'PAS jangan bimbang, Umno tetap kuat'
Ketua Penerangan Umno Shamsul Anuar Nasarah hari ini menyeru PAS
tidak bimbang dengan situasi Umno ketika ini yang menyaksikan sekumpulan
anggota dan wakil rakyatnya meninggalkan parti.
Jelas Shamsul,
keadaan itu lebih kurang sama ketika anggota dan wakil rakyat PAS keluar
parti dan menubuhkan Parti Amanah Negara (Amanah).
"Biarpun
Amanah wujud namun PAS tetap kuat, maka biarpun beberapa wakil rakyat
Umno meninggalkan Umno kita tetap yakin Umno tetap sebagaimana biasa.
"Umno
akan terus berperanan sebagaimana ideologi yang dipegangnya malah akan
terus menjadi juara membela kepentingan rakyat, dan pastinya akan
merampas kembali kerusi yang hilang," katanya dalam kenyatan media hari
ini.
Terdahulu, Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata PAS sukar untuk bergabung dengan Umno kerana parti itu ibarat bahtera yang telah bocor.
"Umno
sekarang mengalami kebocoran bahtera. Kaedah kita orang pergi laut,
kalau bahtera bocor kita pergi dekat, bahtera kita pun boleh tenggelam
sama.
"Nak gabung dengan parti bocor ini satu benda yang sulit dan payah," kata Abdul Hadi.
Sejak
pilihan raya umum, Umno kehilangan satu demi satu wakil rakyatnya yang
seterusnya menyebabkan presiden parti itu, Ahmad Zahid Hamidi
menyerahkan tugasnya kepada timbalannya, Mohamad Hasan.
Sejak
memenangi 54 kerusi parlimen pada pilihan raya umum (PRU) ke-14, Umno
sudah kehilangan 18 wakil rakyat dan kini hanya memegang 36 kerusi
parlimen. Beberapa wakil rakyat Umno yang keluar parti juga menyertai
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Bersatu tak boleh ganti Umno
Sementara
itu, dalam kenyataan sama, Shamsul menegaskan bahawa meskipun Bersatu
mendakwa ia parti Melayu, Umno masih pilihan utama orang Melayu.
Tegas Shamsul, Bersatu tidak akan boleh menggantikan Umno.
"Hakikatnya Umno jauh lebih baik berbanding Bersatu. Umno punyai sistem pentadbiran yang bersistematik.
"Umno mempunyai pimpinan yang tersusun daripada peringkat Umno Cawangan, bahagian, negeri hinggalah ke pusat.
"Jauh
berbeza dimana, tidak kedengaran pun mesyuarat cawangan atau bahagian
Bersatu diadakan hanya diadakan di peringkat pusat sahaja. Ini bukti
Umno mempunyai kekuatan lebih baik berbanding Bersatu," katanya.
Tambah
anggota parlimen Lenggong itu, kehilangan wakil rakyat berkenaan tidak
menyebabkan Umno di kawasan mereka terbubar. Sebaliknya, katanya, mereka
"dengan mudah" diganti oleh pemimpin muda yang lebih baik, bertenaga
dan bersemangat.
"Kita perlu ingat, mereka yang keluar Umno tentulah antaranya kerana mereka sudah hilang keyakinan dan kesetiaan pada Umno.
"Jadi,
biarlah yang tidak yakin atau setia ini tinggalkan Umno. Jika mereka
terus berada dalam parti ia akan menjadi barah yang akhirnya memusnahkan
parti dari dalam," katanya menyeru agar anggota Umno yang masih kekal
tidak bimbang dengan perubahan dan pendekatan baru parti mereka.
"Umno
mahu menang dan kembali berkuasa sebagai sebuah kerajaan. Oleh itu
semua pihak perlu fokus, bersama menyokong kepimpinan parti dan bersama
memainkan peranan," katanya.
21 orang berkata:
Jangan kutuk pada Tun M. Pru 15 akan berlaku pertandingan PH vs Bersatu + Warisan + Pas.
Anda yang tidak faham politik lebih baik diam!
Ilmu politik itu perlu dikaji.
Sekian dari saya si perentas masa. Tq
kikiki hebat sangat la tu ilmu politik anon 4.13am. sudah la kau, baik kau buat ramalan nombor ekor atau loteri la bagus lepas tu kau share kat sini. pak karam pun dah takde side income, iklan nomor togel pun dah lama tak keluar kat sini.
pak karam, kan lebai hadi dah cakap umno tu mcm kapal bocor dah nak karam, apasal pak karam mcm gedik jer nak kat umno lagi? tak wala' laa pak haram ni.
pala buto la perentas masa 4.13am, kau stim ketum ke?
yer pas tetap kuat wpun wujud amanah..tapi pas kalah teruk kan?
yer umno tetap kuat wpun bersatu wujud..tapi umno kalah teruk kan?
jadi apa lah kehebatan kuat andai kalah berterusan..
lu pk la lah sendiri
Tapi pas perasan kuat. Mcm tu tak dikira kuat ke, bro?
Bertanding kerusi parlimen 158 tapi menang 18. Kuat mcm kingkong.. eh! silap kingmaker.
Pru 15 akan berlaku PH VS Umno + pas.
anon 4.13am kahkahkah meroyan nak gabungkan pas dan bersatu pulak! nak tumpang populariti tun m la tuu, haritu kemain kutuk org tua tu. pas elok kekal jadi pembangang jer, tak payah nak gabung dgn mana2 parti.
Pak karamu, ayohchik taknak gabung dgn umno, guane ni? Kalau pas bertanding sendirian mmg kalah lagi la. Kata nak ke putrajaya? Dah tak jadi ke? Pas daftar jadi badan dakwah jer la lagi senang.
Elok dibubar jer pas sebagai parti politik. Yg nak berpolitik boleh join umno atau bersatu. Yg taknak berpolitik boleh terus berdakwah. Pak karamu boleh tubuhkan parti panji panji hitam.
Mencarut jer kamu nii.. malang nyer ibu kamu...
Berpuluh tahun pas berjuang tumbangkan kerajaan bn. Bila bn tumbang sekarang pas nak tumbangkan kerajaan ph pulak. Tu jer la kerja pas, tumbangkan kerajaan tak sudah2 hahaha semoga terus istiqomah utk tumbangkan kerajaan dan semoga istiqomah jadi pembangang selamanya.
Kerja pas memang gitu ler. Tolong ph tumbangkan umnobn. Skrg tgh usaha tolong umno tumbangkah ph. Gitu ler seterusnya hingga presiden dia meninggal. Kih3
Ruu355 pun dah senyap. Hudud lagi tak dengar langsung. Sekarang sibuk dgn icerd.
Ruu355 mende kalau dah ponteng memanjang bila parlimen bersidang. Pemalas betul lebai hadi tu.
lebai tu tak jumpa ayat quran melarang ponteng parlimen.
Aku kerja di Hongkong 3 THN. dlu Amat trsiksa Majikan gak baik Tiap hari di marahin kerja terus 24 jam jarang istrahat tidur mlm Kerja sampe subuh pgi klo lagi libur sekolah sibuk masak" boro" bisa istrirahat, pokoknya kerja.. kerja truss... jd TKW Bikin kapok tersiksa batin 3 THN, kebetulan wktu itu ada teman Q kenal namanya Mbah Suro di facebook, awalnya Q ikut-ikutan melihat temanku, ternyata setelah kubuktikan hasilnya memang luar biasa..!! katanya sering di bantu sm beliau. ternyata dia seorang guru spritual Pesugihan Uang Gaib , tp Q beranikan diri coba telpon beliau. Alhamdulillah benar2 terbukti nyata hasilnya, Q di Hongkong bisa pulang ke indonesia dengan selamat jg dah Alhamdulilah jika ada teman minat ingin tlpn beliau ini nmr nya +6282354640471 smg bisa di bantu sprti Q. Amin...
pak karam, perbicaraan kes baham dedak rm90juta tu bulan april 2019 kan? lagi 4 bulan jer ni, duit tambang, makan, baju sejuk, tempat tido semua dah cukup ke? jom la buat tabung infaq wajib tahun baru masihi 2019.
HOI VANGANG!!! KASI UPDATE BLOG LA. BANYAK CERITA HARDY WANG WOIII
MANA VODOH NI PEGI. LAMA VODOH NI TAK UPDATE
Vodoh ni dah keluar pas, dia tubuh parti baru.
Post a Comment