ORANG MELAYU TAKUT SEBUT ISLAM SEBAB TAKUT PADA BANGSA LAIN SEDANGKAN DIA BERAGAMA ISLAM
Selesaikah masalah orang melayu jika dasar memperjuangkan bangsa melayu berasaskan semata-mata kepada semangat kebangsaan melayu ? tidakkah mereka melihat bahawa bangsa arab berpecah belah kerana terlalu kuat berfahaman bangsa tersebut sehinggakan masalah Palastin yang kecil itu tidak dapat diselesaikan ?
Persoalan kepada bangsa melayu tidak akan selesai sampai bila-bila selagi mereka tidak memperjuangkan bangsanya berasaskan kepada islam, contoh yang terbaik ialah bagaimana bangsa melayu pada tahun 46 ketika mana bangsa ini bersatu kerana mahu menunjukkan kepada bangsa barat bahawa mereka bersatu padu mahukan kemerdekaan dan memerintah sendiri akhirnya apabila orang melayu mengekalkan semangat bangsa maka ada diantara yang kuat beraga mereka meninggalkan UMNO kerana melayu tiada rukunnya
Tidakkah kita ingat berapa kali UMNO yang memperjuangkan bangsanya telah berpecah belah beberapa kali ? Yang besarnya seingat kita sudah 3 kali, pertama keluarnya orang agama daripada UMNO lalu menubuhkan PAS, kedua keluarnya tengku Razali lalu menubuhkan Semangat 46, ketiga keluarnya Anuar Ibrahim lalu dia menubuhkan PKR, itu yang besarnya yang kecilnya mungkin banyak, ertinya UMNO yang memperjuangkan bangsa semakin mengecil
PAS yang terdiri dari kebanyakannya orang melayu juga pernah berpecah kerana ada diantara pimpinannya yang kebendaan namun PAS terus berkembang dengan dasar islamnya dan ia tidaklah menguncup seperti UMNO, ini menunjukkan bahawa dasar islam jika dibawa maka pasti Allah akan memeliharanya, parti negara tumbang ! Semangat 46 tumbang ! Berjasa tumbang !, Hamim tumbang ! Semuanya tanpa pusara, sama ada mereka tumbang kerana benda ataupun kerana dasar ataupun korap
Kita semua dapat melihat berapa lama UMNO dapat bertahan dengan dasar bangsanya, sekarangpun mereka mula berubah dengan dasar 1 Malaysia, ini menunjukkan bahawa dasar memperjuangkan bangsa akan luput dengan sendirinya sekalipun ia dikatakan hanya sebagai muslihat politik sahaja namun akhirnya nanti bangsa melayu akan menjadi Singapura yang mana tiada melayu dan tiada cina Singaporean !
Untuk mengingatkan kepada orang melayu di negara ini, hilangkah melayu jika mereka berjuang berdasarkan kepada islam ? Akan hilangkah hidung kembang orang melayu kerana memperjuangkan islam ? Akan hilangkah adat budaya mereka jika mereka memperjuangkan islam ? Senua itu nereka kena jawab, Apakah mereka fikir bahawa akan tertegaknya empayer melayu kerana dasar melayu ? Tidakkah mereka ingat, dimana hilangnya gugusan pulau-pulau melayu yang mereka banggakan dalam sejarahnya ?
1 orang berkata:
just wanna appreciate beautiful header and layout of the blog.
regards
Post a Comment