APA RELAVANNYA PUSAT AJARAN SESAT ?
Ura-ura hendak menubuhkan pusat ajaran sesat ada baik dan ada buruknya, kita umat islam di negara ini perlu melihat dan mengkaji apakah yang dimaksudkan sesat itu, dan apa usha-usha untuk membendungnya, JIKA usha membendung ajaran sesat tersebut dengan membuat operasi penangkapannya maka itu lagilah tidak relevan, rasanya apa yang sangat penting ialah mengujudkan pelajaran akidah di negara ini disamping pehak berkuasa pemerintah mengujudkan balik mata pelajaran akidah diperingkat sekolah-sekolah dan di pusat pengajian tinggi
Mengujudkan mata pelajaran akidah di sekolah-sekolah dan di pusat pengajian adalah usha membendung gejala kesesatan pada peringkat kanak-kanak dan dewasa dilihat sebagai sangat relaven dari membendung ajaran tersebut dengan penangkapan yang dijalankan, islam telahpun mengujudkan contoh yang sangat baik segala hukumannya iaitu mencegah dan membendung, jika konsep mencegah dan membendung itu dengan cara penangkapan dan mengujudkan pusat tahanan maka itu kelihatan sebagai tidak berfaedah
Kebiasaan apa yang dikatakan sesat tersebut ialah perkara yang berkait dengan akidah dan berkait dengan fahaman mazhab, di Kampung Nakhoda ada ajaran sesat yang jabatan agama islam tidak boleh berbuat apa-apa dengan mereka kerana dikatakan mereka sudah istiharkan bahawa mereka berfahaman yang mereka iktikadkan, lalu jabatan agama tidak berbuat apa-apa adakah ajaran ini nanti akan dikumpulkan juga di pusat tahanan tersebut ?
Setiap yang sesat adalah kafir dan orang kafir tidak mengucap dua kalimah syahadat namun ada yang telah melakukan ajaran yang bertentangan dengan ajaran islam tapi ajaran itu dilihat pula sebagai halal, dalam islam jika kita mengambil sebahagian dan meninggalkan kepada sebahagian yang lain juga adalah sesat dan Allah murka, jadi jika cara membendung mereka dengan penangkapan maka itu sangatlah tidak relavan kerana ia tidak dapat menyelesaikan masalah kesesatan seperti ajaran qadiyani
3 orang berkata:
Pusat ajaran sesat untuk parti ajaran sesat atau pun kahs untuk parti anutan syaitan.
Pak Karamu,
yang aneh orang yang ada ilmu pun boleh tertipu kan? betapa licik dsn halusnya tipuan syaitan.
sALAM
Yang jadi masalahnya siapa yang sebenarnya yang sesat, mereka sama-sama mengucap dua kalimah syahadah
SIAPA YANG SEBENARNYA SESAT ?
Post a Comment