Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HILANG IKUT KAWAN .......

Remaja Hilang Dibawa Lari Kawan


Seorang gadis berusia 16 tahun hilang tanpa berita selepas mengikuti seorang kawannya ke sebuah pasar raya di Alor Setar pada 22 Julai lalu.
Siti Noor Atikah
Abu Bakar dipercayai mengikuti seorang kawan perempuan dikenali sebagai Shiela oleh kakaknya, Siti Noor Hasfinas Nurain, 17, yang ketika itu bersamanya.

Siti Noor Hasfinas berkata, dia dan adiknya pergi ke Alor Setar kira-kira jam 5 petang sebelum adiknya bertemu dengan Shiela.


Menurutnya, selepas itu, Siti Noor Atikah mengikuti Shiela dengan sebuah motosikal manakala dia menunggu adiknya di pasar raya berkenaan.

“Saya menunggu dia sehingga larut malam dan kelibatnya tidak muncul-muncul,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Panchur, dekat sini.

Bapanya, Abu Bakar Mat Desa, 44, berkata, sehingga hari ini khabar berita dan nasib mengenai anak ketiga daripada lapan beradik itu tidak diperoleh mereka.

Menurutnya, Siti Noor Atikah yang bersekolah di sebuah sekolah di daerah ini berperwatakan baik dan apabila ditegur sekiranya melakukan kesalahan, dia mendengar kata dan patuh dengan nasihat mereka.

“Saya cuba menghubungi telefon bimbit tetapi tidak dapat sehingga hari ini, saya minta sekiranya dia berkecil hati dengan kami, baliklah, kami minta maaf.

“Saya bimbang dengan keselamatannya, bagaimana dia hidup, tempat macam mana dia duduk dan bagaimana makan minumnya,” katanya.

Ibunya, Haironi Abul Rahman, 43, berkata, anaknya yang bercita-cita mahu menjadi seorang model selepas tamat persekolahan juga tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum kehilangannya.

Menurutnya, sambutan hari raya pada tahun ini tidak memberikan sebarang makna kepada mereka kerana sepanjang masa sentiasa memikirkan tentang nasib dan keselamatan anaknya itu.

"Bagaimanalah nasib anak kami sekarang," katanya.

Susulan kehilangan tersebut satu laporan polis dibuat di Balai Polis Pokok Sena dan sesiapa yang mempunyai maklumat boleh menghubungi keluarga berkenaan di talian
012-4594148
atau balai polis berhampiran.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.