Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JUAL KEPENTINGAN ESSO KEPADA PHILIPHINA


Isu Esso: Pemuda Umno mahu Putrajaya runding dengan ExxonMobil

August 27, 2011
 
KUALA LUMPUR, 27 Ogos — Pemuda Umno berharap kerajaan dapat berunding dengan ExxonMobil International Holdings mengenai tindakannya menjual 65 peratus kepentingannya dalam Esso Malaysia Bhd kepada sebuah syarikat Filipina.

“Aset syarikat ini adalah strategik, maka itu perlu pertimbangan terutama apabila sudah ada tawaran yang begitu tinggi (oleh) syarikat tempatan,” kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dipetik Bernama Online.

Khairy mengulas tindakan syarikat petroleum Amerika yang dilaporkan telah mencapai persetujuan untuk menjual kepentingannya itu kepada syarikat pembuat bir terkenal dari Filipina, San Miguel Corp, yang juga konglomerat yang amat pelbagai dengan harga yang lebih rendah daripada tawaran yang dibuat oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera.

Menurut Khairy, tindakan rakyat negara ini yang mahu kerajaan melihat semula mengenai perjanjian antara ExxonMobil International dengan San Miguel Corp bukan bermakna rakyat negara ini menghalang syarikat antarabangsa daripada masuk dan melabur di sini, atau tidak menghargai penglibatan mereka dalam ekonomi negara.

“Cuma kita minta kerajaan melihat semula kepada transaksi ini. Mungkin tidak boleh buat apa-apa tapi mungkin kita boleh minta supaya ExxonMobil dapat mempertimbangkan tawaran dibuat LTAT,” katanya.

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.