Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Warga Aman pertahan Mat Sabu, harap PDRM tidak bias

August 30, 2011
KUALA LUMPUR, 30 Ogos — Angkatan Warga Aman Malaysia sambil melahirkan sokongan kepada Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan tanpa sikap pilih kasih ke atas aduan dibuat berhubung isu komunis dan pejuang kemerdekaan.

“Angkatan Warga Aman Malaysia yang mewakili 20 pertubuhan bukan kerajaan menyokong penuh pandangan Timbalan Presiden PAS sebagai betul. Mat Sabu telah mengecam laporan Utusan Malaysia yang mendakwa beliau telah menyokong pengganas komunis dalam insiden Bukit Kepong sebagai hero,” kata Setiausaha Agungnya S Barathidasan dalam satu kenyataan hari ini.

“Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis (Datuk Seri) Khalid Abu Bakar berkata polis telah menerima 49 aduan ke atas Mat Sabu kerana mengeluarkan kenyataan menggemparkan masyarakat,” katanya lagi.

Semalam, Khalid berkata, kertas siasatan telah dibuka berhubung dakwaan kenyataan Mohamad yang dikatakan menghina pasukan polis minggu lalu.

Menurut Khalid, kertas siasatan itu telah dibuka di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan yang melibatkan kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam.

“Kenyataan itu menggemparkan masyarakat. Kita telah menerima sebanyak 49 laporan polis setakat ini dan ini akan disiasat secara menyeluruh,” kata beliau.

Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai “Mat Sabu” dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lepas, dilaporkan berkata, pengganas komunis yang membunuh dengan kejam anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara.

Sehubungan itu kata Barathidasan, pihaknya ingin tahu apa sudah jadi dengan Utusan Malaysia, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali dan Senator Mohd Ezam yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan berunsur mencetuskan ketegangan kaum.

“Mengapa sehingga kini polis tidak mengambil apa-apa tindakan apabila Angkatan Warga Aman Malaysia dan pertubuhan bukan kerajaan lain membuat laporan ke atas mereka? Mengapa ada sikap pilih kasih? Adakah rakyat akan ada kepercayaan dan keyakinan ke atas PDRM kita?” kata beliau.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.